<http://bp0.blogger.com/_Etx5djtAdo0/SDbhcLJ4iBI/AAAAAAAAAXI/z7M-cwMZI3s/s1600-h/b0220.jpg> <http://bp2.blogger.com/_Etx5djtAdo0/SDbjzrJ4iCI/AAAAAAAAAXQ/kKmFXMMjqQc/s1600-h/b0112.jpg>
Jika malu sudah tercabut daripada hati Hatinya sudah tidak terasa apa apa tentang apa yang dia cakap dan apa yang dia buat Dia akan bercakap apa sahaja tanpa disukat Dia juga berbuat apa sahaja tanpa memikir akibat Orang yang tidak malu, Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya Tuhan ada atau tiada dia tidak ambil kira lagi Yang dia fikir dia bebas, dia boleh buat apa dia suka Kebebasan jangan di sekat, orang lain peduli apa Bercakap lucah boleh aje, mencarut tidak mengapa Pegang dan tepuk perempuan perkara biasa Pada dia tidak ada pantang larangnya Apa orang hendak kata, biarlah apa dia hendak kata Banyak orang cacat hati, dia tidak terasa apa apa Hatinya telah kebal daripada merasa malu dengan manusia Orang pun telah bercakap cakap tentang nya Bukan dia malu bahkan terasa megah dan bangga pula Begitulah jika sifat malu pada seseorang sudah tidak ada Padahal malu itu perbezaan di antara haiwan dan manusia Apabila malu sudah tercabut daripada hati manusia Itulah dia haiwan yang berupa manusia yang melata. <http://bp2.blogger.com/_Etx5djtAdo0/SDbjzrJ4iCI/AAAAAAAAAXQ/kKmFXMMjqQc/s1600-h/b0112.jpg> Salaam & Regards Amri el Wahab 68000 Ampang, Selangor MALAYSIA Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com [Non-text portions of this message have been removed]

