Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh..

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli 
keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam 
di muka bumi ini..

http://qhazanah.wordpress.com
Tingkatkan Daya Melawan Penyakit Dalam Diri Anda..!!Mei 17, 2009 by qhazanah 
Tahukah Anda Akan Tahap Daya Melawan Penyakit Dalam Diri Anda..?
Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam isu suhu cuaca yang panas dan kering kebelakangan ini, seluruh
dunia mula dalam keadaan gusar akibat serangan pelbagai jenis wabak
penyakit yang menular ke seluruh dunia..!

Dari A H1N1 yang kini telah dikenalpasti menapak di Malaysia, (klik di sini 
untuk berita selanjutnya) dengan
tahap kesedaran rakyat Malaysia yang masih lagi di takuk lama, ia kini
seolah-olah menjadi igauan ngeri yangmana tidak mustahil ia mampu
merebak dengan lebih luas lagi seandainya tahap kesedaran ini tidak
dipulihkan. Kini dengan masalah demam denggi yang tiada kesudahan,
meningococcal meningitis, penyakit tangan kaki dan mulut dan pelbagai
lagi yang mula mendapat perhatian penasihat kesihatan.
Jangan sampai dah sakit baru terfikir kenapa tak cegah sejak dulu..
Rakyat Malaysia
masih lagi menganggap adalah tidak penting atau bukan suatu kemestian
untuk membelanjakan wang demi memastikan kesihatan sekeluarga terjamin.
Terutama kaum Melayu. Melayu Islam..

Wabak penyakit pada hari ini lebih mudah
merebak kerana pertemuan sesama manusia kini semakin mudah dan singkat
kaedahnya. Pelbagai produk berada di pasaran dalam memberi pilihan
untuk meningkatkan kesihatan.

Adakah anda sedar dan sedia maklum akan
tahap kesihatan anda selama ini..? Mungkin ada yang berkata “Alah.. Aku
bukannnya senang nak dapat penyakit” atau“Bukannya dekat sini pun
penyakit tu merebak..” dan pelbagai lagi alasan lain. 


Akan tetapi
inilah juga yang sering ditanya oleh mereka yang dijangkiti oleh
penyakit; “Pelik.. Saya ni jenis yang susah nak dapat sakit, demam pun
jarang-jarang, tetiba je dapat penyakit ni…?” atau “Entah macamana la
aku dapat penyakit ni, tak pasal-pasal je sakit..”

Sediakan payung sebelum hujan. Ini bukan
satu promo agar anda membeli produk kesihatan di halaman sesawang ini
sahaja akan tetapi ia merupakan suatu tuntutan Islam. Islam mencintai
kesihatan yangmana kesihatan itu juga mampu membina ruang ibadah yang
lebih baik. 

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda “Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang
Mu’min yang lemah’" (Riwayat Muslim).

Juga sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam “Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah
kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari, Tirmidzi dan
Ibn Majah)

Namun begitu, bukankah mengamalkan
pemakanan sunnah seperti petua Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
merupakan suatu yang menjadi keutamaan kita sebagai umat baginda..?
Banyak kupasan dari Al Quran akan kelebihan makanan-makanan yang
digabungkan seperti di dalam produk Qhazanah. Begitu juga petua baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai makanan-makanan ini
yang mampu menjana kesihatan yang cemerlang.

Makanan-makanan seperti yang terdapat dalam Qhazanah seperti Madu Asli, Air 
Zam-Zam, Kurma Ajwah, Buah Kurma, Buah
Delima, Buah Tinn, Buah Zaitun, Buah Kismis, Habbatus Sauda dan Za’fran
sudah terpahat dalam sejarah Islam akan kecemerlangannya dalam menjana
kesihatan dan ia diakui oleh cendekiawan Islam dan pakar kesihatan
seluruh dunia samada Muslim dan bukan Muslim.

Rugi seandainya ia diperakui dan diamalkan
oleh golongan bukan Islam dan tidak diberi perhatian oleh umat Islam
sendiri. Anda sendiri bagaimana..?

Peliharalah kesihatan demi Allah Subhanahu
Wata’ala. Pohonlah kesihatan dari-NYA agar kita dapat menunaikan
tanggungjawab sebagai hamba-NYA dengan cemerlang di dunia dan di
akhirat. InsyaAllah..

http://qhazanah.wordpress.com

**______________________________________________**

Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..

**______________________________________________**
Syukran jazilan,
Wassalam..

Azri Al Aziz
[email protected]
 
Qhazanah™ : Semarak Cinta Sunnah
Makanan Yang Bersih, Menjana HATI Yang Bersih..
 
Surah As Saff
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatuperniagaan yang 
boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidakterperi sakitnya? [10]
 
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuangmembela dan 
menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu;yang demikian itulah 
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendakmengetahui (hakikat yang 
sebenarnya). [11]
 
Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkankamu ke dalam 
taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,serta ditempatkan kamu di 
tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga” Adn “. Itulah kemenangan yang 
besar.[12]
 
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dariAllah dan 
kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlahberita yang 
mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.[13]



      Nama E-mel baru untuk anda! 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke