Benarkah kata kata pemerhati bahawa pendekatan untuk menarik manusia kepada
Islam yang dibawa oleh mereka dari parti Politik Islam adalah amat berbeza
dari Pendakwah atau Daei.Kita lihat mereka terutama dari kalangan penyokong
penyokong parti politik Islam sangat gelojoh dalam pejuangan mereka.Mulut
cabul suka memaki hamun dan menghentam orang yang tidak sehaluan dengan
mereka.Sering kali tindak tanduk mereka melampaui batas dan melebihi tindak
tanduk pemimpin mereka.Ada kah cara ini dapat menarik manusia kepada Islam?
Atau sebenarnya sikap mereka itu telah banyak mencemarkan Islam........?
Sepatutnya sebagai pejuang Islam mereka perlu berhikmah : iaitu meletakkan
sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT
menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: *"Serulah ke jalan Tuhanmu
(Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang
baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara
yang lebih baik."
*Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang
boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya KLIK sini.
<http://hembusan-amal.blogspot.com/2009/06/ahli-gerakan-islam-perlu-tahu-uslub.html>

Salaam & Regards

Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com
Sent from Kuala Lumpur, Malaysia


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke