Oleh Faisal Tehrani

Sinema Spiritual dalam Siasah minggu ini akan menyorot dokumentari
arahan John Pilger (foto di atas) berjudul 'The War On Democracy'. Dalam
dokumentari ini beliau membongkar modus operandi CIA dalam menjatuhkan
kerajaan yang ada, termasuk usaha kudeta melengserkan Hugo Chavez lapan
tahun lalu. Saya kemudian mengaitkannya dengan apa yang berlaku di
Tehran hari ini. Dapatkan Siasah ahad nanti.

Petikan artikel:

"Selapis demi selapis John Pilger membongkar kudeta yang sebenarnya
dirancang oleh CIA. Bertahun-tahun Amerika Syarikat mengerahkan seluruh
jentera yang ada khususnya media untuk menyediakan basis konspirasi
dahsyat ini. Salah satu jentera di bawah CIA tersebut ialah NED. Apakah
NED? NED ialah National Endowment for Democracy.

NED berfungsi untuk menyalurkan dana bagi menjatuhkan kerajaan di negara
yang tidak memihak kepada Amerika Syarikat. Atau di negara yang Amerika
Syarikat percaya tokoh buah hatinya akan lebih `berfungsi'. Di
Venezuela, lebih dua juta dolar disalurkan kepada pembangkang untuk
menjatuhkan Chavez.

Dokumentari ini sangat penting untuk ditonton. Kita akan memahami
anatomi penipuan, helah, cara kerja Rumah Putih dalam menyediakan boneka
Amerika di negara yang mereka sasarkan. Sejak 1945, menurut kajian
Pilger, Amerika Syarikat telah berusaha menjatuhkan lebih 50 buah
kerajaan yang demokratik supaya ia pro Washington.

Inilah yang sedang dilakukan oleh NED di Malaysia dan Republik Islam
Iran. Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir
NED terlanjur mengatakan dalam ucapannya di sebuah majlis di Washington
beberapa hari sebelum pengundian di Iran, berbunyi begini:
"There's the talk of a `green revolution' in
Tehran."

Gerakan hijau yang beliau maksudkan tidak lain tidak bukan ialah gerakan
pembangkang atau reformis yang diketuai Mir Houssein Mousavi. Kempen
Mousavi menggunakan warna hijau. Dan kita semua tahu betapa media selama
bertahun-tahun menggambarkan Presiden Ahmadinejad sebagai fasis anti
Zionis yang tidak cekap mengurus ekonomi.

Tidakkah ada persamaan apa yang menimpa Chavez hampir sepuluh tahun lalu
dengan apa yang dilalui Ahmadinejad hari ini? Siapakah pembunuh sebenar
Neda Agha-Soltan, remaja yang ditembak mati oleh penembak hendap dari
atas bumbung di Tehran? CNN mendakwa Neda dibunuh oleh Basiji (kumpulan
para militari yang setia kepada Ayatullah Ali Khamanei). Tetapi tidak
pernah ada pembuktian. Malah video pembunuhan Neda yang kini boleh
dimuat turun dari youtube dan dihebahkan menerusi twitter di seluruh
dunia kononnya menjadi ikon untuk menjatuhkan Imam Ali Khamenei."

sumber - faisal tehrani
<http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/06/ned-chavez-dan-ahmadinejad-da\
lam-siasah.html>


Sila klik di sini untuk join egroup AIDC
http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/
<http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/>



Untuk maklumat lanjut sila layari
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>



Terima kasih.





[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke