*K*ita umat Islam seluruh dunia sudah salah berfikir.Kita sudah tidak pandai
menilai baik buruknya didalam kehidupan.Kita tidak kenal gejala masyarakat
yang merosakkan kehidupan yang sebenarnya.Ada yang menganggap gejala ada
yang anggap bukan gejala. Kita tidak kenal yang mana padi dan yang mana
lalang.Mana pokok yang sebenarnya, mana pokok yang menumpang (dedalu
namanya).Akibatnya padi dibuang, lalang disuburkan.Dedalu dibiarkan pokok
sebenarnya ditebang.Yang untung di musnahkan, yang merugikan dibiarkan.Racun
tikus di makan, ubat sebenarnya di buang.

 Akhirnya semenjak merdeka Negara Negara Islam tidak habis habis
bermasaalah.Bahkan semakin banyak masaalah saperti perpecahan, kemunduran,
kemiskinan, kekotoran, kezaliman dan penindasan.Ertinya masyarakat Islam
sedunia tidak kenal mana baik, mana buruk,mana memberi faedah, mana yang
mendatangkan padah dan parah.Kerana kayu pengukur hanya AKAL dan NAFSU.
Bukan Al Quran dan Sunnah.

 Tidak hairanlah masyarakat Umat Islam sedunia punah ranah dan musnah.Kalau
ada orang yang membawa kebenaran dan membuat teguran jadi isu pula.Bukan
sahaja tidak di terima , bahkan dianggap musuh Umat dan Negara ,ditangkap,
di pinggir atau di ISA.Tapi orang yang menjadi racun kepada masyarakat
dihormati dan dibelai.Selagi krisis nilai masih berlaku dikalangan dunia dan
masyarakat Islam, masaalah masyarakat Islam tidak akan selesai.

 Krisis nilai tidak akan selesai selagi Umat Islam merujuk pada AKAL dan
NAFSU.Tempat rujuk yang sebenarnya bagi Umat Islam adalah Al Quran dan As
Sunnah.Ia membawa perpaduan, membawa satu dasar dan kekuatan.


Salaam & Regards
 *Amri el Wahab*
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke