Dari Blog Hembusan Amal4U <http://hembusan-amal.blogspot.com/>.

Oleh kerana Parti Allah kepunyaan Allah, maka ia sentiasa mendapat bantuan
yang tidak di duga dari Allah.Kalau ketuanya bertaraf Rasul, pertolongan itu
di namakan mukjizat.Kalau pemimpinnya bertaraf wali, bantuan itu di panggil
karamah.Paling tidak Parti Allah itu akan mendapat maunah sekiranya pemimpin
atau ketuanya bertaraf orang soleh.Parti Allah sentiasa dapat pertolongan
dari Allah, kerana ia kepunyaan Allah.Bila Allah sudah tolong, tidak ada
lagi kuasa lain yang boleh menentangnya.Sebab itu Parti Allah pasti menang!

Disebabkan kebenaran dan kebaikan serta kejayaan yang di capainya dalam
pembangunan insan dan material, maka orang bukan Islam pun suka dan senang
menerima kehadiran Parti Allah. Walaupun mereka tidak sanggup menukar agama
tetapi mereka senang bernaung dan bekerjasama serta menolong Parti Allah
ini.Mereka dikatakan golongan zimmi parti atau zimmi negara Islam.Mereka
akui kehebatan Islam dan kebenaran Islam dan taat pada pemimpinnya.Cuma
mereka tidak sanggup menukar akidah.Gologan zimmi ini di naungi Parti Allah.

Bagaimana Parti Allah mengembangkan sayap ke taraf negara dan ummah? Caranya
murni sekali.Bukan dengan peperangan atau rebutan kuasa atau bergaduh dalam
pilihanraya, tetapi melalui cara yang tidak diduga.Kalau pun terpaksa
berlaku peperangan, ia disebabkan penentangan kelompok musuh yang bimbang
kepentingan mereka tercabar bila Parti Allah memerintah.Kelompok itu lah
yang mengundangnya ke medan perang.Sedangkan hati rakyat berada di pihak
parti yang benar.

Ahli ahli Parti Allah adalah orang yang bertaqwa.Bilamana ahli ahli sudah
kurang taqwa, kurang ibadah,tidak berakhlak,kurang berkorban dan kurang
berjuang menegakkkan hukum Allah, Parti Allah mula malap.Ia hidup di atas
ketaqwaan manusia manusia yang mendukung nya.

 Seorang anak murid Tuan Guru Nik Aziz, yang juga salah seorang tenaga
pengajar/penceramah di Masjid tempat saya berkata, dia pernah bertanya TGNA
mengenai tanda tanda masyarakat atau sesuatu parti atau harakah Islam itu
sudah mencapai taqwa.*Maka TGNA jawab bahawa di antara tanda tanda nya ialah
apabila kita lihat semua masjid sentiasa di penuhi oleh jemaah dari kalangan
masyarakat dan ahli ahli parti Islam pada tiap tiap sembahyang 5 waktu
saperti waktu sembahyang Jumaat.*Berdasarkan jawapan TGNA menunjukkan bahawa
masyarakat,persatuan,harakah atau Parti Islam yang ada di Malaysia belum
lagi mencapai tahap taqwa yang boleh di katakan layak menerima bantuan
Allah.Sebab itu kita lihat Allah belum lagi ingin memberi kemenangan kepada
Parti Parti Islam (yang mengaku Parti Allah) seluruh dunia walaupun mereka
sudah berjuang sejak sekian lama lagi.Tidak terkecuali Parti PAS (yang
mengaku Parti Allah) di Malaysia yang sudah berjuang sejak lebih 52 tahun.

Demikian di antara ciri ciri jemaah atau Parti Allah.Ia membawa Rahmat dan
kemenangan kepada Umat Islam.Ia bukan Parti yang turut sama bermain politik
kotor ala Barat saperti yang di amalkan parti parti sekular hingga membawa
dan mendokong pergaduhan dan perpecahan sesama umat Islam khas nya dan
masyarakat majmuk am nya.



Salaam & Regards
Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


*Mutiara Kata*:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu
Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita,
hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke