*HADIS QUDSI*

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman:

   1. Wahai anak Adam, berkhidmatlah kepada Ku, kerana sesungguhnya Aku
   kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku dan Aku menjadikan para hambaKu
   akan berkhidmat (pula) kepadanya.
   2. Maka sesungguhnya engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat yang
   telah engkau lakukan terhadapKu dalam perhitungan telah berlalunya umur
   engkau, dan engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat terhadapKu yang
   engkau akan lakukan dalam tempoh baki umur engkau.
   3. Sesungguhnya Aku adalah Maha Melakukan apa yang Aku kehendaki.
   4. Sembahlah Aku, kerana sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang
   hina dina, sedangkan Aku adalah Tuhan Yang Maha Besar.
   5. Seandainya bahawa saudara saudara engkau dan kekasih kekasih engkau di
   kalangan anak anak Adam terhidu bau dosa dosa engkau dan mereka ternampak
   akan engkau akan apa Aku lebih mengetahui daripadanya (bau tersebut), pasti
   tidaklah mereka duduk bersama engkau dan tidak lah mendekati engkau.
   6. Maka betapakah keadaannya, sedangkan dosa itu bertambah pada setiap
   hari, padahal pada setiap hari umur engkau makin berkurangan sejak engkau
   dilahirkan oleh ibu engkau.



--
Posted By amri el wahab to Hembusan Amal
4U<http://hembusan-amal.blogspot.com/2009/11/menghitung-dosa.html>on
11/30/2009 02:49:00 PM


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke