*O*rang menilai "masaalah" berbeza beza.Kadang kadang masaalah di katakan
bukan masaalah dan bukan masaalah di katakan masaalah.Masaalah yang paling
besar sebenarnya ialah masaalah tidak takut Tuhan.Tetapi malangnya zaman ini
tidak ada orang menyebut masaalah tidak takutkan Tuhan ini satu
masaalah.Bila orang tidak kenal dan tidak takut Tuhan, yang bukan masaalah
menjadi masaalah.Contohnya  menjadi pandai bukan masaalah.Tidak ada siapa
akan berkata pandai ini satu masaalah.Tetapi hari ini pandai itu sudah jadi
masaalah.Ia menjadi masaalah kerana orang pandai itu tidak takut tuhan.Bila
pandai tetapi tidak takut Tuhan, datang lah sifat sombong hingga menjadi
masaalah.Datang rasa ego hingga menjadi masaalah.Menipu,dan memutar belit
hingga menjadi masaalah.Menjadi pemimpin bukan masaalah.Semua orang suka
adanya pemimpin.Samada rakyat suka pemimpin, yang punya diri pun suka jadi
pemimpin.Jadi pemimpin bukan masaalah.Tetapi pemimpin yang tidak takut
Tuhan, itu masaalah.Bila dia ada kuasa mula lah sombong, ada kepenting
diri,rasuah,menjadi zalim, menindas,untuk mempertahankan kedudukan nya dia
mencantas musuhnya dengan umpatan,fitnah dan ada yang sanggup membunuh..



Manusia menilaikan  masaalah yang remeh temeh dikatakan masaalah
besar.Contohnya kemiskinan.Bagi Tuhan miskin itu bukan masaalah. Tuhan tidak
kata miskin tiu berdosa dan masok neraka.Manusia bertungkus lumus hendak
mencapai kemiskinan sifar. Mana ada kemiskinan sifar dalam Islam.Allah
jadikan semua berpasang pasang. Jadi kalau ada kaya tentu ada miskin.Jadi
tidak boleh ada miskin sifar. itu karut.Dan begitu juga tidak boleh ada
semua orang kaya dalam masyarakat 100%.Orang miskin yang redha dengan Allah
dan masyarakat yang menjalankan tanggung jawab terhadap orang miskin tidak
jadi masaalah.Kerosakan sosial akibat orang miskin hanya kecil sahaja.
Tetapi kerosakan yang di buat orang cerdik pandai (termasok ulama) dan
pemimpin mengakibatkan negara menjadi huru hara, dan lingkup.Itu masaalah.

Jadi macam macam masaalah yang sedang berlaku sekarang saperti krisis
politik, krisis antara pemimpin pemimpin,krisis ekonomi,krisis pendidikan,
krisis sosial dan berbagai bagai krisis yang melanda negara kita ada lah
kerana masaalah yang paling besar yang tidak di pandang langsung untuk di
tangani ia itu masaalah tidak takut

Tuhan.



Siapa kah sepatutnya yang bertanggung jawab menangani masaalah tidak takut
Tuhan ini yang sudah jadi tsunami besar yang melanda manusia sejagat?



Salaam & Regards

*Amri el Wahab*

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Mutiara Kata**:"*Kalau kita hendak menasihati orang.Tanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke