*P*enggunaan kalimah Allah ini telah pun wujud sebelum zaman Rasulullah SAW
diutus lagi. Di Mekah sendiri ketika itu, orang-orang kafir Quraisy sudah
pun menggunakan nama Allah di dalam kehidupan seharian mereka, baik semasa
beribadat mahupun dalam sumpah mereka.Namun demikian, terdapat keadaan di
mana Allah sendiri yang mengecam dan melaknat golongan kafir ini apabila
mereka telah menyalahgunakan dan *meletakkan Allah di tempat yang salah.

*Sahabat group sekalian dalam isu kalimah Allah kini, kita merasakan bahawa
puak kristian ingin memperdaya kita, mereka mencabar kita seluruh umat Islam
di Malaysia dengan membawa kes kalimah Allah ini ke mahkamah kuffur dan
menang!

Tetapi sedarlah bahawa itulah juga yang sedang dilakukan oleh kita sendiri
dengan menyokong idelogi sekular yang di bawa pemerintah yang ada
sekarang.Bila timbul isu sebegini contohnya, para pemerintah cuba berlagak
sebagai penyelamat. Dengan memperjuangkan nama Allah, mereka menunjukkan
seolah-olah merekalah golongan yang memperjuangkan Islam. Begitu juga
segelintir umat Islam, sama ada mereka adalah talibarut sistem sekular atau
mereka yang ikhlas namun terkeliru di dalam perjuangan, terus bangkit dan
berdemonstrasi menyuarakan kemarahan terhadap penggunaan nama Allah.

*Sungguh malang apabila hal ini terjadi di mana ‘nama’ Allah mereka
perjuangkan, namun ‘hukum’ Allah mereka bakul sampahkan. *
**
*Sila tatap lanjutan tulisan ini di
SINI.<http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2171597927618466289&postID=2839409193296240001>
*

**
* *

Salaam & Regards

*Amri el Wahab*

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Mutiara Kata:"*Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.
Sent from Kuala Lumpur, Malaysia


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------


===
http://media-islam.or.id

Anda bisa mendapatkan Busana Muslim secara online di:
http://rumahmadina.com
http://www.butikaqilla.com
http://wearmuslim.com
Toko buku Islam online:
http://rumahpensil.webuang.com
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke