<http://1.bp.blogspot.com/_Etx5djtAdo0/S3IYpmCi8CI/AAAAAAAABYY/aEcjuhFCovo/s1600-h/interfaithlogo2.jpg>

*D*engan rasa tanpa bersalah Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhd Nor Manuty menyeru umat Islam supaya
menghayati konsep mencari titik persamaan dengan penganut-penganut agama
yang lain dalam berdakwah.(*Sumber : **Harakahdaily,
04/02/2010*<http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24748:cari-titik-persamaan-agama-dalam-berdakwah&catid=1:utama&Itemid=50>
)

 Apakah benar di antara Islam dengan kufar ada titik persamaan? Jika ya, di
mana? Apakah dari sudut akidahnya ataupun dari sudut syariatnya? Bukankah
Islam itu dari Allah SWT sedangkan agama lain yang ada hari ini lahir dari
hawa nafsu manusia? Bukankah Islam datang untuk menghapuskan agama-agama
lain termasuklah agama samawi yang terdahulu, Yahudi dan Nasrani?

Bagi Islam, persoalan dalam menentukan dan menilai sesuatu agama itu adalah
dari sudut *akidah* yang melahirkannya. Yang menyedihkan, ramai umat Islam
pada hari ini, termasuklah para ilmuannya telah terpengaruh samada secara
sedar mahupun tidak dengan konsep dan idea pluralisme. Mereka melihat
seolah-olah wujud titik persamaan di antara Islam dengan agama lain.

*Hakikatnya, titik persamaan antara Islam dan agama lain tidak pernah wujud
dan tidak akan pernah wujud. *

Cukup firman Allah SWT ini sebagai peringatan untuk kita bersama.

*“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam”.
[TMQ A_li-‘Imraan (3) : 19]. “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama
Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak
dari orang-orang yang rugi”. [TMQ Ali-‘Imraan (3) : 85]. *

*“Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang
aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu
pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi kamu agama kamu, dan
bagiku agamaku". [TMQ Al-Kafiruun (109) : 1-6]. *




 Wahai umat Islam berhati-hatilah dengan perangkap *PLURALISME!**. *


<http://2.bp.blogspot.com/_Etx5djtAdo0/S3IXoXAokkI/AAAAAAAABYQ/7OZI9x5amyM/s1600-h/Wake+Up+muslim.jpg>



Salaam & Regards

Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu
Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita,
hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.
Sent from Petaling Jaya, Malaysia


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------


===
http://media-islam.or.id

Anda bisa mendapatkan Busana Muslim secara online di:
http://rumahmadina.com
http://www.butikaqilla.com
http://wearmuslim.com
Toko buku Islam online:
http://rumahpensil.webuang.com
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke