Dalam banyak hal fatwa Dr Yusuf mengenai isu yang berlaku di Malaysia ada
yang meleset.Masaalahnya dia sering buat fatwa secara "remote".Pandang
dengar dari jauh sahaja sudah bisa mengeluarkan fatwa.

Adakala fatwa Dr Yusuf sendiri tidak di terima oleh TGNA.Contoh dalam isu
Islam Hadhari satu masa dahulu, di mana Dr Yusuf pernah menyebelahi kerajaan
Malaysia memfatwakan tidak ada salahnya konsep Islam Hadhari di sisi
Islam.Fatwa nya itu di tolak oleh TGNA dan ulama ulama dalam PAS.Ini
menunjukkan bukan semua fatwa ulama ini kita harus terima.

Kemusykilan saya, di mana kita perlu lihat,tidak mungkin seorang ulama
tersohor ini boleh mengeluarkan fatwa hanya bersandarkan kepada kenyataan
dan cerita cerita dari sebelah pihak, ya itu pihak Seri Anwar, "adhoc" dalam
masa 33 minit? Bagi saya CD itu bukan CD fatwa tetapi hanya pendapat
peribadinya berdasarkan apa yang di cerita oleh pihak Seri Anwar ketika itu.

Kemusykilan saya lagi, sebelum dia mengeluarkan fatwa dan yakin kes Seri
Anwar adalah kes konspirasi adakah dia sendiri sudah berhati hati melakukan
siasatan terperinci terlebih dahulu? Contohnya sudah kah dia dengar dan
ambil kira kenyataan dari pihak sdr Saifu dan lagi satu pihak yang di tuduh
konspirator? Adakah dia sudah terlalu faham sangat dan arif mengenai selok
belok ,tipu daya,suasana politik, dan permainan pemimpin pemimpin politik di
Malaysia? Hingga dia tidak perlu siasat dan boleh keluarkan fatwa "adhoc"
dalam masa 33 minit?

Kemusykilan saya lagi,adakah Dr Yusuf sudah ambil kira bahwa sdr Saiful juga
memerlukan pembelaan dan keadilan dan perlu juga mendengar dari pihaknya
sebelum mengeluarkan fatwa? .

Sdr Saiful mungkin tidak berpeluang untuk berjumpa ulama ini,jika sdr Saiful
boleh berjumpa dan berpeluang menceritakan pula kes dari versinya, mungkin
ada satu lagi "CD fatwa Dr Yusuf Al Qardhawi versi Saiful".



Dari laman Blog Hembusan Amal 4u <http://hembusan-amal.blogspot.com/>


Salaam & Regards

Amri el Wahab

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke