Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan 
keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana 
panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur 
hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak 
ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
  1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
  
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

  Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara 
solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan 
barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak 
menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." 
(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh 
Allah S.W.T, antaranya :
  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum 
membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang 
keji dan mungkar."
  Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak 
dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya 
solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari 
melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang 
yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan 
dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

www.mynutrend.com?id=superjamu  dan www.superjamu.indonetwork.co.id
Andy 08563063499 / 08881067685



 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke