commit 845020c20e9b83ffd8a2689de3e6f44184790da0
Author: Translation commit bot <translat...@torproject.org>
Date:   Wed May 8 01:50:23 2019 +0000

    Update translations for tor_outreach_md_completed
---
 tor-outreach2019-2020-ms_MY.md | 162 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 1 file changed, 162 insertions(+)

diff --git a/tor-outreach2019-2020-ms_MY.md b/tor-outreach2019-2020-ms_MY.md
new file mode 100644
index 000000000..209458b20
--- /dev/null
+++ b/tor-outreach2019-2020-ms_MY.md
@@ -0,0 +1,162 @@
+# Bahan Jerayawara Tor 2019-2020
+
+# 1. TOR UNTUK PRIVASI
+
+### Privasi atau kesendirian ialah hak asasi manusia
+
+Seperti orang lain, Aleisha menghabiskan masanya di atas-talian--berhubung 
dengan rakan, mengepos di media sosial, dan melayari sesawang.
+
+Tetapi baru-baru ini, beliau mendapati iklan-iklan berkaitan penggelintaran 
beliau sebelum ini telah mengikutnya semasa berada di atas-talian.
+
+Beliau menjadi tidak selesa dan telah mengkaji tentang iklan atas-talian dan 
didapati bukan sahaja pengiklan menjejaknya tetapi ISP, syarikat-syarikat 
analitik, platform media sosial, dan banyak lagi.
+
+Aleisha nekad mencari dan menggunakan perisian yang tidak mengutip data, tidak 
menjejak beliau, dan tidak memberitahu perkhidmatan lain apa-apa maklumat 
peribadinya.
+
+Dia pergi ke latihan berkenaan privasi di hackerspace tempatan dan mendapati 
**Pelayar Tor** satu-satunya pelayar sesawang yang membolehkan beliau melayari 
internet secara awanama.
+
+---
+
+# 2. TOR UNTUK FEMINIS
+
+### Masa hadapan untuk feminis siber
+
+Fernanda telah mengumpul maklumat berkenaan hak-hak reproduktif di Brazil, 
yang melarang pengguguran.
+
+Fernanda dan rakan-rakannya telah membina sebuah laman sesawang berkenaan 
pengguguran, kawalan kelahiran, dan lain-lain sumber yang mengenai maklumat 
reproduktif.
+
+Jika laman sesawang ini dipaut kembali kepada mereka, berkemungkinan mereka 
boleh ditahan--atau lain-lain perkara buruk boleh berlaku.
+
+Untuk melindungi diri mereka, Fernanda dan rakan-rakannya telah membina sebuah 
laman sesawang menggunakan **perkhidmatan onion**. Perkhidmatan onion bukan 
sahaja melindungi diri mereka daripada diketahui oleh operator pelayan tetapi 
dapat melindungi para pelawat yang pergi ke laman sesawang tersebut kerana 
mereka perlu menggunakan Pelayar Tor jua.
+
+Selain itu, Fernanda menggunakan **Pelayar Tor** untuk semua aktiviti 
pelayaran sesawang beliau untuk memastikan keselamatan terjamin.
+
+Dia juga menggunakan apl yang diperkasakan dengan Tor iaitu **OnionShare** 
yang dapat menghantar fail-fail kepada para aktivis lain secara selamat dan 
rahsia.
+
+### Aktivis hak-hak reproduktif seperti Fernanda dapat berjuang untuk 
kebebasan asasi, dan Tor membantu memperkasakan penentangan beliau.
+
+---
+
+# 3. TOR UNTUK HAK ASASI MANUSIA
+
+### Air ialah kehidupan
+
+Jelani tinggal di sebuah kampung yang direntasi sungai yang luas.
+
+Sungai ini menyediakan air kepada komunitinya semenjak ketibaan leluhurnya di 
sini.
+
+Tetapi hari ini, sungai tempat tinggal Jelani telah diancam oleh syarikat 
multinasional yang mengerudi minyak di kawasannya.
+
+Firma-firma sekuriti persendirian, telah diupah oleh syarikat-syarikat ini 
telah menggunakan mekanisma pengintipan yang hebat untuk memantau apa jua 
aktiviti atas-talian Jelani dan jiran-jirannya di dalam kampung. Khususnya 
kepada sesiapa yang merancang untuk melindungi sungai mereka.
+
+Jelani menggunakan **Pelayar Tor** untuk menghalang syarikat-syarikat ini 
memantaunya ketika beliau melawati laman sesawang berkaitan perlindungan hak 
asasi dan bantuan perundangan antarabangsa serta menulis hantaran-hantaran blog 
berkenaan gerakan mereka di kampung tersebut.
+
+Dia juga menggunakan **OnionShare** dan **SecureDrop** untuk memastikan 
dokumen dihantar kepada wartawan yang mahu mendedahkan pelanggaran hak asasi 
manusia secara selamat.
+
+Semua perisianini menggunakan Tor dapat membantu kerahsiaan Jelani.
+
+### Aktivis hak kemanusiaan seperti Jelani berjuang untuk keadilan 
komunitinya, dan Tor membantu dengan memperkasakan tentangan mereka.
+
+---
+
+# 4. TOR UNTUK ANTI-TAPISAN
+
+### Bina titi bukannya dinding
+
+Jean telah melancong ke sebuah negara yang jauh dari keluarganya.
+
+Seusai tiba di sebuah hotel, beliau terus membuka komputer ribanya.
+
+Dia menjadi kepenatan bila mesej "Connection has timed out" muncul setiap kali 
membuka pelayar sesawangnya, beliau anggap disebabkan oleh kesilapannya.
+
+Tetapi setelah berkali-kali mencuba, beliau dapati penyedia emel, laman 
sesawang berita, dan banyak lagi aplikasi lain tidak boleh digunakan.
+
+Beliau diberitahu negara ini telah menapis internet dan jika ia masih berkuat 
kuasa.
+Bagaimana beliau dapat menghubungi ahli keluarganya di sebalik tembok yang 
sukar ditembusi?
+Selepas membuat beberapa penggelintaran sesawang, beliau menemui sebuah forum 
dan mendapat maklumat berkenaan VPN, perkhidmatan persendirian yang membolehkan 
anda bersambung dengan rangkaian tanpa tapisan.
+
+Jean menghabiskan satu setengah jam memilih VPN murah yang terbaik.
+
+Beliau telah memilih satu dan buat sementara ia berfungsi dengan baik, tetapi 
selepas lima minit sambungan terputus dan VPN juga tidak dapat bersambung 
sepertimana yang dikehendaki.
+
+Jean mencari maklumat dan pilihan-pilihan yang ada dan mengetahui Pelayar Tor 
dan cara menggunakannya untuk menghindari tapisan.
+
+Beliau menemui satu cermin laman sesawang rasmi yang dapat memuat turun 
program tersebut.
+
+Bila beliau membuka **Pelayar Tor**, beliau terus ikuti makluman untuk 
pengguna tertapi dan bersambung dengan titi yang membolehkan beliau mencapai 
internet semula.
+
+Dengan Pelayar Tor, Jean dapat melayari secara bebas dan persendirian dan 
seterusnya dapat menghubungi ahli keluarganya.
+
+### Pengguna tertapis di seluruh dunia bergantung kepada Pelayar Tor untuk 
mencapai laluan Internet tanpa tapisan.
+
+---
+
+# 5. Seksyen Perkongsian Maklumat
+
+## Apakah Tor?
+
+Tor ialah perisian bebas dan rangkaian terbuka yang dapat melindungi anda dari 
penjejakan, pengintipan, dan tapisan di atas talian.
+Tor dicipta secara percuma oleh sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan 
U.S 501(c)3 yang dikenali sebagai Tor Project.
+
+Cara termudah menggunakan Tor ialah melalui Pelayar Tor.
+Bila anda menggunakan Pelayar Tor, tiada siapa dapat melihat laman sesawang 
yang anda lawati atau lokasi anda berada.
+
+Lain-lain aplikasi, seperti SecureDrop dan OnionShare, menggunakan Tor untuk 
melindungi pengguna mereka terhadap pengintipan dan tapisan.
+
+
+## 6. Bagaimanakah Tor berfungsi?
+
+Amal mahu melayari laman sesawang Bekele secara sulit, jadi beliau membuka 
Pelayar Tor.
+
+Pelayar Tor memilih satu litar rawak dari tiga geganti, merupakan 
komputer-komputer di serata dunia yang telah dikonfigurkan untuk menghala 
trafik melalui rangkaian Tor.
+
+Pelayar Tor kemudian menyulitkan permintaan laman sesawang beliau sebanyak 
tiga kali dan menghantarnya ke geganti Tor yang pertama di dalam litarnya.
+
+Geganti pertama membuang lapisan penyulitan pertama tetapi tidak mengetahui 
destinasi tersebut ialah laman sesawang Bekele.
+
+Geganti pertama hanya mengetahui lokasi berikutnya di dalam litar, yang 
merupakan geganti kedua.
+
+Geganti kedua membuang lapisan penyulitan yang lain dan majukan permintaan 
laman sesawang ke geganti ketiga.
+
+Geganti ketiga membuang lapisan penyulitan terakhir dan majukan permintaan 
laman sesawang ke destinasinya, iaitu laman sesawang Bekele, tetapi ia tidak 
mengetahui permintaan tersebut berasal daripada Amal.
+
+Bekele tidak tahu permintaan tersebut berasal daripada Amal melainkan beliau 
memberitahunya sendiri.
+
+## 7. Siapa yang menggunakan Tor?
+
+Individu-individu di seluruh dunia menggunakan Tor untuk melindungi kerahsiaan 
mereka dan mahu mencapai sesawang dengan bebas.
+
+Tor dapat melindungi para wartawan, pelindung hak-hak kemanusiaan, mangsa 
keganasan domestik, pengkaji akademik dan sesiapa sahaja yang pernah dijejak, 
ditapis, atau diintip.
+
+## 6. Kenapa perlu mempercayai Tor?
+
+Tor direka khusus untuk privasi. Kami tidak tahu siapa pengguna kami, dan kami 
juga tidak menyimpan log aktiviti pengguna.
+
+Para operator geganti Tor tidak pernah mendedahkan identiti sebenar pengguna 
Tor.
+
+Semakan semula kod sumber Tor secara berterusan oleh para akademik dan 
komuniti sumber terbuka dapat memastikan tiada pintu belakang di dalam Tor, dan 
kontrak sosial kami berjanji tidak sesekali membuat pintu belakang untuk Tor.
+
+## 7. Sertai komuniti Tor
+
+Tor wujud disebabkan oleh pelbagai set para pengguna, pembangun, operator 
geganti dan penyokong di seluruh dunia.
+
+Kami memerlukan bantuan anda untuk memastikan Tor boleh digunakan dan selamat 
untuk sesiapa sahaja di mana-mana.
+
+Anda boleh menjadi sukarela Tor dengan menulis kod, menjalankan sebuah 
geganti, mencipta dokumentasi, menawarkan sokongan pengguna, atau beritahu 
orang lain dalam komuniti anda mengenai Tor.
+
+Komuniti Tor ditabdir berdasarkan tatakelakuan, dan kami telah menggariskan 
satu set janji kepada komuniti di dalam kontrak sosial kami.
+
+Ketahui lebih lanjut berkenaan Tor dengan melawati laman sesawang kami, wiki 
kami, temui kami di IRC, sertai salah satu dari senarai mel kami, atau 
melanggan Berita Tor di newsletter.torproject.org.
+
+
+## 8. Muat Turun Tor
+
+Tor untuk Desktop
+torproject.org/download
+
+TOR UNTUK TELEFON BIMBIT
+### Android 
+Pelayar Tor untuk Android tersedia di dalam GooglePlay.
+
+### iOS
+Pelayar Onion, dibangunkan oleh M. Tigas, adalah satu-satunya pelayar yang 
kami sarankan untuk iOS.
+

_______________________________________________
tor-commits mailing list
tor-commits@lists.torproject.org
https://lists.torproject.org/cgi-bin/mailman/listinfo/tor-commits

Reply via email to