assalmualikum wr.wb...

kumaha saderek daramang....?mugi-mugi masi di tangtayungan kunu 
kawasa,Amien.tepangkeun nami sim kuring teh ferry,ari kawitmah ti 
kuningan,ngan nuju ngumbara di kota batur bari damel lah tambi 
lumayan bae kanggo ngabantosan sepuh....:),sim kuring mah hoyong 
terang bae ari sunda teh naon...sunda teh saha...nya pokonamah hoyong 
terang bae,,,maklum budak nembe nonghol di dunia :).
ceukap sakitu panginteun kang admin...!!!
--- In urangsunda@yahoogroups.com, Dian Nugraha <[EMAIL PROTECTED]> 
wrote:
> Ieu aya analisis ti salah saurang profesor Malaysia.
> Punten teu ditarjamahkeun :)
> 
> 
> ------
> 
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Rencana/20050304232821/Ar
ticle/
> 
> Tinta Strategi: Tuntutan wilayah bantut penerokaan kawasan minyak
> Oleh Prof Madya Dr Azmi Hassan
> 
> BANTAHAN yang dibuat oleh Jakarta terhadap tindakan Kuala Lumpur 
yang
> memberikan konsesi penerokaan minyak kepada Shell dan Petronas 
Carigali
> di Laut Sulawesi, tidak begitu memeranjatkan kerana sememangnya 
sudah
> diduga.
> 
> Kawasan konsesi yang dimaksudkan itu terletak sebelah timur Sabah,
> terdiri daripada dua blok yang dinamakan ND6 dan ND7 berada dalam 
Lembah
> Tarakan iaitu lebih kurang 100 kilometer dari timur laut Tawau.
> 
> Bantahan sudah diduga lebih awal kerana Jakarta sebelum ini sudah
> membuat dakwaan bahawa sebahagian daripada perairan Laut Sulawesi di
> sebelah timur Kalimantan adalah milik mereka dan kawasan penerokaan
> minyak digelar Blok Ambalat dan Blok East Ambalat.
> 
> Jakarta berkeras dengan pendapat bahawa ND6 dan ND7 berada dalam
> perairan mereka kerana menggunakan logik kedua-dua blok itu berada 
dalam
> kawasan Blok Ambalat yang sebelum ini telah diberi konsesi 
penerokaan
> minyak kepada syarikat minyak Itali, ENI.
> 
> Bagi Kuala Lumpur pula penghujahan blok ND6 dan ND7 berada dalam 
wilayah
> perairan negara kerana menggunakan dalil apa yang termaktub dalam 
peta
> Pentas Benua dan Wilayah Perairan Malaysia 1979 yang jelas 
menunjukkan
> kedua-dua blok itu berada dalam perairan Malaysia.
> 
> Tidak dapat dinafikan bahawa Indonesia sudah beberapa kali 
menghantar
> nota bantahan terhadap kesahihan peta 1979. Malaysia juga 
menggunakan
> kaedah bantahan sama apabila Indonesia memberikan konsesi Blok 
Ambalat
> kepada ENI.
> 
> Tetapi, kaedah serupa itu sebenarnya tiada kesudahannya dan besar
> kemungkinan akan membantutkan usaha penerokaan minyak yang akhirnya
> boleh merugikan kedua-dua negara.
> 
> Begitu jelas sekali percanggahan kedudukan ND6, ND7 dan Blok Ambalat
> berlaku kerana ada pertindihan tuntutan wilayah perairan dan perkara
> sebegini bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku dan tidak mustahil
> masalah ini boleh diselesaikan dengan pantas dan adil.
> 
> Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, memberi harapan bahawa
> masalah terbaru ini boleh dijadikan perintis kepada penyelesaian 
yang
> membabitkan kegiatan penerokaan minyak di Laut Sulawesi.
> 
> Masalah yang dihadapi Jepun, China dan Taiwan mengenai tuntutan 
wilayah
> perairan Kepulauan Senkaku dan Diaoyu di Laut China Timur, dikatakan
> lebih rumit dan sensitif tetapi masih dapat dikawal.
> 
> Ada beberapa kejadian yang membimbangkan berlaku, terutama sekali di
> antara Jepun dan China yang membabitkan masalah penerokaan minyak di
> kawasan itu. Tetapi setakat hari ini kejadian itu belum lagi
> diterjemahkan dalam bentuk konflik ketenteraan.
> 
> Ramai penganalisis berpendapat perbalahan di Laut China Timur itu 
timbul
> bukan sangat berpunca daripada perebutan khazanah sumber asli, 
tetapi
> lebih kepada semangat nasionalis sesetengah pihak di China dan Jepun
> yang tidak gemar melihat kedaulatan negara seolah-olah dicabar.
> 
> Begitu juga dengan masalah tuntutan bertindih di Laut Sulawesi 
menjadi
> panas bukan sangat kerana berebutkan habuan ekonomi daripada 
penerokaan
> sumber minyak, tetapi lebih kerana timbul semangat berbentuk 
nasionalis
> di kalangan pihak tertentu.
> 
> Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Minyak dan Gas Indonesia, 
Iin
> Arifin Takhyan, jelas mempamerkan pendekatan yang akan diambil 
Jakarta.
> 
> Antara lain Iin Arifin berkata: "Blok itu (ND6 dan ND7) masih berada
> dalam wilayah Indonesia, tetapi Malaysia menganggap sejak Pulau 
Sipadan
> dan Ligitan dinyatakan sebagai wilayah Malaysia, blok minyak dan 
gas itu
> didakwa sebagai miliknya juga".
> 
> Perlu diingat bahawa pada 2002, Mahkamah Antarabangsa di The Hague 
telah
> membuat keputusan kedua-dua Pulau Sipadan dan Ligitan adalah milik
> Malaysia setelah isu tuntutan bertindih berlarutan buat sekian lama.
> 
> Walaupun kedua-dua pulau itu tiada kena mengena dengan tuntutan
> bertindih kawasan penerokaan minyak Laut Sulawesi, isu lama ini
> ditimbulkan kembali jelas mencerminkan ada kalangan di Indonesia 
yang
> masih tidak berpuas hati di atas kehilangan Pulau Sipadan dan 
Ligitan.
> 
> Perlu diungkit juga bahawa Indonesia turut kehilangan Timor Leste 
(Timor
> Timur) pada 1999 dan kehilangan kedua pada 2002 adalah tamparan 
hebat
> dan sukar diterima oleh sesetengah golongan di Indonesia.
> 
> Isu terbaru di Laut Sulawesi telah memperlihatkan Tentera Nasional
> Indonesia (TNI) mengambil pendekatan yang agak agresif kerana
> kemungkinan bimbang peristiwa 1999 dan 2002 akan kembali berulang.
> 
> Ada berita yang menyebut Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) telah
> menghantar tiga kapal perang ke kawasan terbabit di Laut Sulawesi 
dan
> khabarnya juga akan menghantar sebuah kapal selam untuk membantu
> pemantauan kawasan itu daripada dicerobohi.
> 
> Untuk tujuan apa TNI menghantar kapal perang dan kapal selam ke 
kawasan
> terbabit sukar difahami kerana Petronas baru saja mengumumkan
> pembahagian kontrak, tetapi penerokaan sebenar belum dimulakan.
> 
> Berapa lama aset TNI ini akan membuat pemantauan sukar ditelah, 
tetapi
> apa yang nyata ialah penggunaan kapal perang dan kapal selam di 
kawasan
> itu tidak menguntungkan mana-mana pihak.
> 
> Sudah tidak menjadi rahsia lagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan TNI
> tidak berada dalam keadaan yang optimum akibat daripada sekatan
> ketenteraan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) sejak 13 
tahun lalu.
> 
> Sebagai contohnya, hanya 40 peratus jet pejuang yang dimiliki 
tentera
> udara TNI dapat digunakan pada satu ketika akibat kurang alat ganti 
dan
> penyelenggaraan. Jet pejuang Sukhoi umpamanya hanya mempunyai 
kemampuan
> radar saja, tanpa dibantu oleh kelengkapan persenjataan asas yang 
lain.
> 
> Sebab itu, apabila ombak besar tsunami melanda pantai Aceh baru-baru
> ini, TNI mendapati begitu sukar untuk menghulurkan bantuan kepada 
rakyat
> mereka kerana aset mereka tidak boleh beroperasi dengan baik.
> 
> Pendekatan yang diambil Beijing dan Tokyo untuk menghurai masalah
> tuntutan Kepulauan Senkaku dan Diaoyu, patut dijadikan sebagai
> pengajaran bagaimana masalah yang rumit dapat diselesaikan jika 
pihak
> yang bertelagah mengambil sikap sederhana dan penuh diplomatik.
> 
> Beijing dan Tokyo amat memahami bahawa jika sikap agresif diambil 
maka
> habuan ekonomi dalam bentuk hasil sumber minyak akan terlepas begitu
> saja. Pendekatan sederhana diambil kerana kedua-dua negara ini amat
> memerlukan tenaga dari sumber minyak untuk kegunaan industri mereka.
> 
> Begitu juga Jakarta dan Kuala Lumpur perlu mengambil pendekatan yang
> lebih berhemah kerana kedua-dua negara memerlukan hasil daripada 
sumber
> minyak. Tindakan agresif tidak kira berpunca sama ada dari Jakarta 
atau
> Kuala Lumpur sudah tentu akan merugikan kedua-dua pihak.








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Give underprivileged students the materials they need to learn. 
Bring education to life by funding a specific classroom project.
http://us.click.yahoo.com/4F6XtA/_WnJAA/E2hLAA/0EHolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/urangsunda/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke