MOTIVASI MUTIARA  DR . DANIAL ZAINAL ABIDIN

DISINI MURTAD DISANA PELUK ISLAM

Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang saya 
dimuliakan. Lagi sekali Dr Danial bersama-sama dengan anda pada pagi yang 
permai ini. Pagi ini saya teringat tentang satu isu yang mengejutkan kita yang 
pernah ditimbulkan oleh seorang mufti disalah sebuah negeri di Malaysia ini. Ia 
berkaitan dengan golongan islam yang murtad di Malaysia baru-baru ini. Beliau 
menganggarkan jumlah mereka yang murtad mencecah lebih kurang 100 ribu orang. 

            Kenyataan beliau sudah pastinya mengejutkan ramai pihak. Sudah 
pastinya ia bukanlah suatu yang menggembirakan kita. Saya tidak pasti tentang 
jumlah itu. Saya juga tidak terkejut dengan jumlah itu Melihat kepada 
gelagat-gelagat remaja kita sepanjang saya berceramah di negeri-negeri di 
Malaysia ini. Melihat kepada media masa kita dengan paparan hiburan yang 
melampau sehingga tidak meletakkan hiburan itu diatas landasan agama yang suci 
lagi murni. Melihat kepada pendakwah-pendakwah dan ustaz ustazah kita 
berceramah yang kadang kala menyulit dan menyukarkan dan begitulah seterusnya 
dalam aspek ibu bapa yang jahil tentang islam. Apabila mereka bercakap tentang 
agama, mereka bercakap bahasa yang sempit, bukan agama yang moden, maju, mudah 
dan bukan agama yang komprehensif yang di bawa oleh nabi Muhammad saw. 

            Saya tidak terkejut bila orang menyatakan bahawa ramai remaja kita, 
golongan islam di Malaysia telah murtad. Sepatutnya perkara ini menginsafkan 
kita tentang kealpaan kita bersama. Betapa kita sebagai ibubapa, kita 
melepaskan tangan kadang kala. Kita mengharapkan ustaz dan ustazah di sekolah 
menyelesaikan kesemua masalah agama bagi anak kita sedangkan kita sebagai ibu 
bapa merupakan juga seorang pendidik dalam bahagian dan bidang agama bagi 
anak-anak kita. Paling kurang kita merupakan orang yang sepatutnya memantau 
agama anak-anak kita. 

 Saya tidak menafikan ada ibubapa yang masyaallah. Ada ustaz dan ustazah yang 
masyaallah. Mereka gigih dan bekorban masa untuk mendidik anak-anak bangsa 
menjadi orang yang beriman dan bertakwa. Tetapi tidak kesemua kita seperti itu. 

            Tuan-tuan & puan-puan, kita perlu memandang serius dengan isu ini. 
Kita perlu melihat agama sebagai satu agama yang cukup mudah, moden dan maju. 
Mungkin aspek ini akan saya bicarakan pada ketika yang lain. Bila saya membaca 
pula tentang apa yang berlaku di luar negara ia menggembirakan pula. Orang luar 
negara yakni kristian sebagai contoh dan barat secara umumnya mula tertarik 
dengan islam. Jika di Malaysia makin ramai yang tidak tertarik dengan islam, di 
barat makin ramai yang tertarik dengan islam. Sebagai contoh Rebecca Simmons 
daripada Abilene Reporter- news melaporkan pada Nov 1 1997 tentang seorang yang 
merupakan seorang tokoh wanita yang radikal, seorang wartawan radio, seorang 
kristian di barat tetapi akhirnya memeluk agama islam dan beliau ialah Aminah 
Assilmi. Pada hari ini beliau merupakan duta wanita islam di barat.

             Kemudian Marc Ramirez daripada Seattle Times melaporkan pada 
Januari 24, 1999 mengatakan dengan 6 juta orang islam di Amerika maka islam 
boleh dikatakan sebagai salah satu agama yang semakin hebat, semakin tinggi 
perkembangannya di Amerika. Dalam The Sunday Morning Harold bertarikh May 19, 
2001 ia membawa tajuk Islam Finds Western Women To Be Rising Force Among 
Converts iaitu islam telah berjaya menambat hati ramai wanita di barat sehingga 
mereka semakin meningkat jumlahnya yang memeluk agama islam. 

             Dalam the Sojourners Magazine Online demikian juga yang di 
laporkan tentang ramai orang-orang di barat yang jatuh hati kepada islam. 
Demikian juga yang telah di laporkan oleh Chris L. Jenkins pada tanggal Januari 
7 2001 dalam Washington Post Online, beliau juga mengatakan semakin ramai 
wanita-wanita di barat yang memeluk agama islam. Pada tanggal 9 November 1993 
The Times London di bawah tajuk The Spread Of A World Creed oleh Lucy 
Berrington juga mengatakan makin ramai wanita di barat yang telah memeluk agama 
islam.

             Ini dan lain-lainnya menceritakan tentang suatu yang juga 
mengejutkan di barat iaitu tentang orang yang semakin dekat dengan islam. 
Mereka sepatutnya anti islam dan membenci islam tetapi mereka jatuh hati dengan 
islam dan memeluk agama islam. Lebih mengagumkan lagi antara mereka yang 
memeluk islam ialah padri-padri, sebagai contoh padri Kenneth L.Jenkins yang 
merupakan padri di Pentecostal Church di Indianapolis indiana, beliau telah 
memeluk islam baru-baru ini dan telah menceritakan pengalaman beliau dalam 
bukunya yang bertajuk How A Christian Preacher Embraced Islam.

              Demikian juga dengan Sue Watson, Padri George Anthony daripada 
gereja katholik, Sri Lanka. Demikian juga dengan padri Ibrahim Khalil Philobus 
yang juga telah memeluk islam dan baru-baru padri Yusuf Estes dari Amerika dan 
beliau telah memberikan ceramah dan ceramahnya yang saya dengar mengatakan 
beliau telah bertemu dengan ramai lagi padri yang kesemuanya memeluk agama 
islam. 

              Tuan-tuan & puan-puan, apa sedang berlaku di sana dan apa yang 
sedang berlaku di sini. Di sana orang semakin mengkaji islam. Di sini!!! 
Allahuaklam. Di sana orang semakin mengkaji islam sehingga padri memeluk islam, 
golongan elit memeluk islam, tokoh-tokoh di barat memeluk islam dan tidak 
mustahil satu hari nanti di barat, jumlah muslim dan muslimat meningkat dan 
dengan itu akan bersinarlah islam di barat seolah-olahnya matahari naik di 
barat. Salah seorang diantara mereka ialah Yvonne Ridley. Beliau merupakan 
seorang wanita yang pernah ditahan oleh Taliban baru-baru ini. Selepas itu 
beliau memeluk agama islam dan pada hari ini merupakan seorang muslimah yang 
gigih berdakwah untuk menaikkan nama islam terutamanya di barat. Beliau akan 
datang ke Pulau Pinang minggu ini. 

              Tuan-tuan & puan-puan, jangan lepaskan peluang untuk mendengar 
ceramah oleh Yvonne Ridley. Mungkin bila kita mendengar ceramah dari orang yang 
berbeza dengan kita sebab dia berasal dari agama kristian, seorang yang anti 
islam, tiba-tiba cinta yang amat sangat pada islam. Ini peribadi yang berbeza 
dengan mindset kita, kerangka minda kita, cara fikir kita. Dengar daripada 
orang yang macam ini. Ia akan memberikan motivasi kepada anda. Alhamdulillah 
Yvonne Ridley akan memberikan ceramah pada hari Khamis 3 Ogos 2006 di USM jam 
8.15 malam. Pastikan anda datang dan mendengar, belajar dan ambil semangat 
daripada tokoh islam ini yang sedang menaikkan nama islam di barat membela 
islam di penjuru beliau di barat. Itu yang sedang berlaku di sana. 

               Mereka jatuh hati dengan islam. Semoga semangat mereka 
menjangkiti kita. Semoga kita akan mengkaji quran. Kita akan mengkaji semula 
agama kita dan dengan itu kita akan sama-sama berperanan untuk menaikkan nama 
islam mencontohi Yvonne Ridley yang akan kita dengar ceramahnya pada Khamis ini 
di USM dan insyaallah semoga dengannya kita akan menjadi orang islam yang lebih 
baik. Insyaallah. Semoga ada kebaikkannya. 



Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 01 Ogos  
2006, hari Isnin  jam 7.30 pagi di Mutiara FM pulau Pinang 95.7 mhz.

                                                                                
                                                                                
                                           [EMAIL PROTECTED] 






--------------------------------------------------------------------------------


Moderator
Hidayahnet
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
Subscribe: [EMAIL PROTECTED] 
Group Information
  a.. Members: 9750 
  b.. Category: Islam  
  c.. Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet ยท eGroup For The Muslim Ummah (Malay) 
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh 

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues 
pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage 
participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, 
Singapore, Brunei and whoever can read Malay. 




--------------------------------------------------------------------------------

{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom 
(i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue 
with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone 
astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy 
Quran-16:125)



Hidayahnet eGroup



Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia              : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah                 : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info                         : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera         : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                                   : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood           : http://ikhwanweb.com


[Non-text portions of this message have been removed]






=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke