Cegah Jenayah Rogol

http://www.wanita.us/rogol.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/09/cegah-jenayah-rogol.html

Jenayah rogol juga boleh dicegah sekiranya wanita mengambil berapa
langkah-langkah tertentu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing.

Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada sebarang
pencabulan (rogol) dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang
(perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.

i) Cara Perlakuan (Modus Operandi)

* Mangsa diserang di tempat sunyi dan berseorangan
* Memujuk pujuk rayu untuk berhibur dan bermalam di hotel atau ke
rumahnya
* Menggunakan dadah, minuman keras atau pil khayal sehingga mangsa
khayal/tidak sedarkan diri untuk memudahkan dirogol
* Mangsa dirogol semasa melakukan rompakan
* Mangsa dirogol semasa bersendirian di rumah
* Mangsa sendiri bersetuju bersetubuh tetapi membuat laporan atas
sebab-sebab tertentu
* Mangsa dirogol dengan tipudaya bomoh
* Mangsa bersetuju mengadakan persetubuhan tetapi dibawah usia 14
tahun.

ii) Langkah-langkah Pencegahan

* Jika memandu sendirian - sentiasa melihat bahagian dalam kereta
anda sebelum memasuki kereta. Pasang penghalang buka kunci kereta di
pintu dan di tempat yang memudahkan kereta dibuka tanpa kunci. Selain
ia mengelakkan kecurian ia membantu daripada orang berniat jahat
bersembunyi.

* Kunci segera pintu kereta sebelum membuka kunci keselamatan atau
menghidupkan enjin kereta. Ini untuk memastikan anda tidak diserang
sewaktu leka menghidupkan enjin kereta.

* Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci sewaktu memandu kereta,
ini untuk mengelakkan serangan sewaktu berhenti seperti di lampu
isyarat atau di simpang jalan.

* Hendaklah lebih berhati-hati apabila berjalan menuju ke arah
kereta anda di tempat letak kereta. Pastikan kereta diletakkan di
tempat yang terang, dekat dengan pintu yang menjadi laluan dan dikawal
oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan.

* Apabila menggunakan pengangkutan awam, pastikan yang penumpang
wanita lain ada bersama anda. Catatkan nombor kenderaan awam yang
dinaiki terutama teksi atau sms maklumat tersebut kepada kenalan
terdekat. Pastikan anda sekurangnya mengenali jalan yang digunakan
untuk ke tempat yang dituju. Ini membolehkan anda mensyaki sesuatu
yang tidak diingini lebih awal dan mengambil tindakan.

* Telepon atau SMS sesiapa semasa dalam perjalanan setiap 15 minit
atau jangka masa yang sesuai atau sekurangnya memastikan telepon
bimbit sentiasa dihidupkan. Ia akan memudahkan usaha mencari anda jika
sesuatu berlaku kerana setiap panggilan, sms dan pancaran telepon
bimbit anda, ada catatan di pusat utama telepon bimbit.

* Jika anda melihat seseorang disyaki berlegar-legar di sekitar
kawasan kemudahan awam, elakkan daripada memasuki kawasan itu.
Sekiranya anda diekori lari ke tempat orang ramai sambil membuat
panggilan telepon bimbit.

* Elakkan diri daripada memasuki lif di tempat-tempat terpencil
dan sunyi bersama seseorang yang tidak dikenali atau yang dicurigai.

* Dapatkan kerjasama persatuan penduduk dan anda sendiri untuk
meminta pihak pengurusan bangunan untuk memasang CCTV didalam lif dan
tepat-tempat yang tersembunyi.

* Elakkan dari melalui jalan-jalan di bahagian belakang atau pun
kawasan-kawasan yang terpencil atau sunyi. Jika keadaan perlu,
pastikan anda memakai kasut yang sesuai mudah untuk anda melarikan diri.

* Semasa di rumah, jangan membuka pintu kepada orang yang tidak
dikenali, pastikan pengenalan diri tetamu terlebih dahulu. Sentiasa
bercakap dipisahkan diatara pintu pagar atau gril berkunci. Hubungi
orang terdekat untuk kepastian dan memberi maklumat. Jangan sesekali
membuka pintu kepada sesiapa pun.

* Jika mereka mengaku sebagai pihak berkuasa, minta mereka
tunjukkan kad kuasa, dapat nombor hubungan pejabat mereka untuk
membuat pengenalan. Jangan berikan kebenaran untuk masuk jika anda
seorang diri. Jika masih lagi meragukan dan mereka berkeras untuk
masuk, minta mereka tunggu sementara anda dapatkan orang lain untuk
datang. Jika benar mereka pihak berkuasa, mereka akan menunggu,
sementara anda telepon dan mendapatkan orang lain supaya datang untuk
ke rumah untuk menemankan anda.

* Sila dapatkan pegawai wanita dan anda perlu tegas tentang
perlunya ada pegawai wanita turut serta untuk masuk ke rumah. Sekali
lagi minta mereka nombor hubungan pejabat dan anda telepon sendiri
untuk memastikan kebenarannya. Jika tiada pihak polis mengiringi
mereka, sila tanya kenapa dan jika perlu anda berhubung dengan balai
polis terdekat untuk mendapatkan maklumat. Adalah penting untuk
mendapatkan dan menyimpan nombor balai polis terdekat.

* Pastikan rumah dimangga kunci sentiasa walau pun anda mungkin
ingin keluar sekejap. Jangan lalai. Pastikan juga anda tahu di mana
kunci berada tetapi pastikan ia di tempat yang tidak mudah dicapai
dari luar. Periksa rumah untuk sebarang ruang yang boleh dipanjat
masuk. Buat sesuatu untuk menguatkan kawasan yang lemah.

* Pasangkan rantai atau kunci buka untuk pandang luar bukan
setakat di pintu utama malah di semua bilik. Jika pintu dibuka, rantai
tersebut mampu menahan pintu daripada dibuka.

* Jangan terima pelawaan untuk menaiki kereta daripada orang-orang
yang tidak dikenali atau baru dikenali. Orang-orang yang kenali juga
perlu dikenal pasti dan diketahui oleh keluarga atau teman-teman rapat
anda. Beritahu mereka melalui sms atau telepon bimbit tentang nombor
kenderaan, warna dan jenis kereta.

* Nasihatkan anak-anak anda supaya jangan menerima pelawaan untuk
menaiki kenderaan, hadiah atau makanan daripada orang yang tidak
dikenali ketika berada di luar rumah.

* Tidak digalakkan meninggalkan anak gadis bersendirian dengan
sebarang lelaki di rumah.

* Lengkapkan diri anda dengan alatan pencegahan seperti siren yang
kuat dan penyembur berlada (pepper spray). Hati-hati dengan penyembur
berlada, ia turut boleh menjejaskan mata dan hidung anda. Lakukan
semburan dengan mepastikan ia ditujukan dengan betul dan anda segera
larikan diri.

* Telepon bimbit kini adalah kemudahan yang perlu. Ia boleh
membantu anda dalam mendapatkan bantuan atau usaha menjejak anda. Ia
tidak perlu mahal asalkan ia boleh membuat panggilan dan SMS.

* Pelbagai alatan dalam beg tangan boleh digunakan sebagai alat
pertahanan diri. Sebagai contoh, pen, pensil maskara, hujung sikat
atau berus, kunci yang hujungnya didepan apabila diletak antara jari.
Spray minyak wangi atau rambut turut mampu menjadi senjata terutama
apabila ia disembur pada mata. Gunakan alat berkenaan semasa anda
diserang dan yg paling penting jangan merasa tertekan dan takut.

* Alat berkenaan hendaklah ditujukan pada tempat yg boleh
mencederakan penyerang iaitu mata, kerongkong (dileher), perut, lubang
telinga, dibawah dagu, sebelah atas bahu, lengan tangan, dada
(bahagian puting), tepi pinggang, peha, alat kelamin, belakang leher
dan lubang hidung. Ingat ya tujuan serangan adalah untuk melemahkan
penyerang agar anda boleh larikan diri.

* Belajar seni mempertahankan diri yang mudah. Belajar bagaimana
bertahan dan menyerang tempat yang lemah. Ada bengkel sehari yang
boleh diikuti.

* Jika anda keluar makan dengan orang yang baru dikenali, tahu apa
yang anda minum dan siapa yang menghidangnya. Jika boleh ajak sesiapa
menemankan anda. Pastikan anda pulang awal dan anda dijemput untuk pulang.

* Jangan benarkan gambar-gambar anda diambil terutama oleh orang
yang baru anda dikenali. Hati-hati jika anda melakukan hubungan intim
yang tanpa pakaian, dengan wujudnya telepon bimbit yang boleh
merakamkan gambar dan video, apa yang dirakam dengan mudah boleh
disebarkan di Internet. Ia boleh menjadi bahan ugutan untuk pelbagai
perkara yang anda tidak ingini. Hati-hatilah. Hubungan seks adalah
satu perkara peribadi sila pastikan ia tidak dirakamkan.

iii) Sekiranya Anda Dirogol - Apa Yang Mesti Dilakukan?

* Jangan mandi dan basuh diri anda. Pelbagai tinggalan boleh
membawa kepada penjenayah dan menjadi bukti dakwaan di mahkamah.

* Segera dapatkan bantuan daripada keluarga dan juga pusat
perlindungan wanita. Anda perlukan nasihat kaunseling daripada pakar
dan panduan menghadapi tekanan hari mendatang.

* Segera ke balai polis membuat pengaduan.

* Jangan basuh pakaian yang anda gunakan semasa kejadian.

* Jangan ganggu kawasan persekitaran kejadian jenayah. Biarkan
dalam keadaan sebagaimana ia berlaku. Ini akan membantu polis dalam
siasatan forensik.

* Beri maklumat lengkap tentang kejadian dan bentuk rupa perogol.
Walaupun ia merupakan satu tekanan namun ia adalah yang terbaik untuk
memastikan penjenayah ditangkap dan setiap maklumat terperinci akan
membantu siasatan polis. Sila dapatkan polis wanita untuk mengambil
maklumat anda.

iv) Pegang Nasihat Ini

"You cannot trust anybody except your mother".

Pastikan tiada kelemahan pada pihak anda yang membolehkan penyerang
mengambil kesempatan. Biarlah dikatakan kolot dengan memberitahu
keluarga atau membawa keluarga anda untuk keluar "dating". Ia lebih
selamat.

Fakta yang paling penting dipetik (IKIM) , banyak jenayah rogol yang
dilakukan oleh orang yang dikenali (Acquaintance rape/date rape),
seperti namanya, merujuk kepada kes di mana mangsa mengenali
perogolnya, baik untuk satu jangkamasa yang lama, mahupun untuk masa
beberapa jam sebelum kejadian tersebut.

---

Artikel ini diolah daripada sumber Internet. Diantaranya

http://www.rmp.gov.my/rmpnew/rmp/menarikhtml/tipscegahright.htm (Cegah
Jenayah Rogol)
http://www.rmp.gov.my/rmp03/cjyahvi.htm (Tips hadapi rogol)
http://www.kpwkm.gov.my/ (Tips Keselamatan Ketika Berada Di Dalam Kereta)
http://ikim.gov.my/bm/artikel/1992-2000/arc_29.htm

Rujukan lain

http://www.malaysianbar.org.my/content/view/3584/2/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rogol
http://www.wao.org.my/news/perkosa.htm (Perkosaan dan jenayah seksual)

Info alamat dan telepon kontinjen PDRM Seluruh Malaysia
http://www.rmp.gov.my/rmp03/Info_alamat_telefon.htm

Bilik Gerakan
http://www.rmp.gov.my/rmp03/bgerakan.htm

http://www.wao.org.my/services.htm (Senarai no telepon penting)

WAO Sexual Assault Helpline 03-7960 3030
All Action Women's Society (AWAM) 03-78774221 / 0224
TELEDERA 1-800-883040

Artikel sebelum ini

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/09/tiap-hari-sayang.html
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/kenangan-terindah-ciptakan-ia-setiap\
.html
http://www.wanita.us/bookmarks.php

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]








=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke