Jom Turunkan Harga Barangan Sempena Hari Raya

Artikel ini di Internet : http://www.wanita.us/jimatraya.php

Hari Raya semakin dekat dan aktiviti-akiviti persediaan menyambutnya
semakin rancak berjalan. Banyak keputusan yang dibuat akan menentukan
sama ada ia merupakan perkara perlu atau ia hanyalah satu pembaziran.

Pada masa inilah pembelian banyak dilakukan. Sama ada untuk membeli
pakaian baru, membeli barangan dapur untuk membuat kuih-muih raya,
menukar perabot atau peralatan rumah dan pelbagai perkara yang perlu
dibarukan. Edaran wang dan duit meningkat pada masa ketibaan Hari Raya.

Pada musim perayaan, peniaga mahu meningkatkan untung dan melakukan
pelbagai perkara untuk mendapatkannya. Pembeli atau pengguna
sepatutnya menggunakan kuasa belian untuk mendapatkan untung pula
dalam pembelian dan mengekang kenaikan harga melampau.

Perubahan perlu dilakukan. Penjimatan dan bijak berbelanja perlu
menjadi budaya masyarakat Malaysia dan kepada wanita ia disandarkan
harapan ini.

Sebelum keluar membeli sesuatu sediakan senarai harga barangan yang
hendak dibeli. Sertakan sekali harga jangkaan barangan di dalam
senarai. Adalah penting untuk menyimpan resit-resit lama sebagai
rujukan harga. Tandakan barang-barang perlu dan ketahuilah barangan
yang dibawah kawalan harga oleh kerajaan.

Sewaktu membuat belian, biasakan untuk membuat bandingan harga
barangan yang hendak dibeli dengan banyak kedai. Jadikan harga pada
senarai yang dibuat sebagai bandingan harga. Jika barangan bukan pada
harga tetap, Cuba tawar-menawar dengan peniaga. Sebagai permulaan,
buat tawaran 20 peratus lebih murah daripada harga yang dipamerkan.

Matlamat anda adalah cuba mendapatkan harga 10 peratus lebih rendah
daripada harga di dalam senarai anda atau harga yang dipamerkan, yang
mana lebih rendah. Sekiranya peniaga berkeras tidak mahu turunkan
harga. Buat pilihan. Jika bukan dalam senarai perlu maka anda
tangguhkan belian selepas Hari Raya. Jika dalam senarai perlu cuba
dahulu di kedai-kedai lain.

Anda ada senarai dan harga belian sebelum ini sebagai perbandingan.
Tanyalah kepada peniaga kenapa naikkan harga?. Jika peniaga masih
berkeras dengan harganya, maka carilah ditempat lain. Catatkan alamat
kedai yang terbabit kerana matlamat seterusnya sebagai pengguna adalah
membuat laporan kepada persatuan pengguna dan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
http://www.kpdnhep.gov.my/

Membuat laporan adalah permulaan kepada satu langkah penting. Satu
usaha untuk memaksa pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas. Aduan
dan laporan turut menjadi kayu pengukur kepada pihak berkuasa untuk
mengetahui perniagaan mana yang perlu diambil tindakan. Semakin banyak
aduan kepada satu perniagaan akan menunjukan keaslian aduan dan
laporan yang lain.

Yang penting adalah membuat laporan. Aduan jangan pula hanya kepada
pihak berkuasa malah kepada persatuan pengguna perlu disampaikan juga.
Ini akan membantu menguatkan kes sekiranya persatuan pengguna perlu
melakukan sesuatu agar ianya bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja.
Bantu persatuan pengguna untuk bertindak dengan membuat aduan dan laporan.

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
http://www.fomca.org.my/

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
http://www.muslimconsumer.org.my/

Bayangkan apa akibatnya kepada harga barangan jika semua pengguna
bersatu untuk menekan kenaikan harga. Jika setiap kali belian, para
pengguna menekan mahu harga 10 peratus lebih murah daripada harga
belian sebelum ini maka peniaga terpaksa akur. Yang penting mengetahui
barang yang perlu tidak semesti menjadi perlu. Hendak membeli tidak
semesti perlu dibeli sekarang.

Buat senarai, bincang dengan teliti. Semakin kurang barangan tanda
perlu semakin kurang tekanan untuk perlu beli.

Tanpa rendang ayam dan daging, ketupat dan lemang, kuih-kuih raya dan
pelbagai juadah raya, Hari Raya seperti tidak meriah. Namun begitu
sikap peniaga yang sering menaikkan harga barangan pada masa perayaan
mengecewakan kita semua. Apa kata kali ini, satu langkah drastik
dilakukan oleh semua golongan pengguna dan pembeli.

Mari kita kurangkan pembelian sehingga 50 peratus.

Jika selama ini kita dirugikan dengan terpaksa keluarkan lebih duit
dan wang hanya kerana harga naik mengapa tidak sekarang kita rugikan
perniaga.

Apabila pembelian semakin kurang, ia akan mengakibatkan lambakan
barangan di pasaran. Sempena Hari Raya dan musim perayaan seperti
Deepavali yang turut disambutkan bersama maka pasaran dilambakan
dengan barangan.

Sekiranya para pengguna dan pembeli mengambil langkah mengurangkan
pembelian barangan daripada pembelian sebelum ini, lambakan barangan
tanpa pembeli akan membuat harga menurun malah sekiranya penjual atau
peniaga tidak segera menurunkan arga, lambakan barangan ini akan
menjadi satu kerugian.

Kita masak rendang macam biasa tetapi kuantiti yang lebih kurang. Kita
sediakan kuih macam biasa namun biarlah sekadar yang ada. Fikirkan
matlamat untuk menurunkan harga untuk Hari Raya. Jika kesannya tidak
tahun ini, maka ia akan berlaku tahun hadapan sekiranya semua bersatu
melakukannya.

Gula susah hendak didapatkan kerana sikap kita tidak mahu mengurangkan
penggunaannya. Harga barangan naik setiap kali musim perayaan kerana
sikap kita membuat pembelian melampau. Apa kata tahun ini dan
seterusnya, kita sebagai pengguna dan pembeli membuat tekanan kepada
peniaga dan penjual.

Matlamat kita.

(1) Harga ditawar dan ditekan 10 peratus lebih murah daripada
pembelian sebelum ini.
(2) Pembelian dikurangkan sehingga 50 peratus daripada kebiasaan.

Macam mana?

Malaysia boleh, kita boleh.

Artikel Sebelum ini :

Jimat Minyak Petrol
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php

Berjimat Dengan Menjaga Kesihatan
http://www.wanita.us/jimat-sihat.php

Lain-lain Tips dan artikel
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

10OKT2006

--- Iklan

Dapatkan Kad Raya Dan Depavali di
http://www.wanita.us/ecard.php

Duit Adsense semua boleh lakukan
http://www.wanita.us/adsense.php








=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke