http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=728&Itemid=72




Fatwa Zakat Minyak Dari Al-Azhar




KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan
fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu
diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan.




Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan
fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus
daripada keuntungan minyak, gas dan mineral.




"Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad
s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral
tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah
universiti itu. - AFP 




 




ULASAN UZAR 




Badan Penyelidikan Universiti Al-Azhar yang
diketuai oleh Prof. Dr Raf'at Othman dan selaku Prof Shariah di Universiti
Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa sesebuah negara WAJIB mengeluarkan 
zakat
minyak dan semua hasil minyaknya sebanyak 20% berdasarkan hadis Nabi s.a.w.




Keputusan itu juga mengambil kira pendapat yang
bercanggah dengannya. ( rujukan )




Ringkasannya, hukum zakat ke atas minyak ini ada
dua situasi. Pertama jika minyak itu dimiliki oleh individu, dan kedua jika
minyak itu dimiliki negara. Ia adalah seperti berikut :-




 




a)    Zakat
atas minyak yang DIMILIKI oleh individu : 




Menurut Dr Yusuf Al-Qaradawi, tiada khilaf (perbezaan
pendapat ulama) bahawa zakat diwajibkan ke atas minyak yang dimiliki oleh
individu untuk perniagaan. Namun mereka berbeza pendapat samada dikenakan 2.5%
atau 20%.




Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Abu Ubaid dan lain-lain ulama
telah berfatwa, oleh kerana minyak adalah tergolong dalam barang galian iaitu
RIKAZ atau harta galian tersimpan, maka berdasarkan kepada hadis, zakatnya 
adalah
1/5 dari hasil, ini beerti 20%. Ini juga merupakan pendapat Syeikh Dr Yusuf
Al-Qaradawi.




Ini berdasarkan hadis nabis s.a.w : 




Ýí
ÇáÑßÇÒ ÇáÎãÓ




Ertinya : Zakat bagi harta galian tersimpan
adalah 1/5  (20%) ( Muttafaq ‘alaih)




Mazhab Syafie dan Malik pula berfatwa tiada zakat bagi minyak,
hanya emas dan perak sahaja.




 


 


b)       
Zakat ke atas minyak yang DIMILIKI oleh Negara






Hasil minyak yang dimiliki oleh Negara, masih terdapat perbezaaan pendapat
ulama samada perlu dizakat atau tidak.




Dr Yusuf Al-Qaradawi menghuraikan bahawa terdapat beberapa ahli
ekonomi Islam seperti Dr. Shawqi Isma`il Shehatah dan Dr. Mohammad Shawqi
Al-Fangari yang membangkitkan isu ini semasa Persidangan Pertama Berkaitan
Ekonomi Islam pada 1976 di Mekah. Kedua-dua ahli ekonomi ini berpendapat
perlunya Negara mengeluarkan zakat atas hasil minyak dan mineral yang
dimiliknya. 








Namun al-Qaradawi menolak pendapat ini, dan beliau menyatakan
telah adanya persepakatan antara ulama bahawa TIADA ZAKAT ke atas minyak yang
dimiliki oleh Negara atas sebab berikut :-




1) Zakat adalah wajib dan tanggungan individu yang memiliki
sesuatu kekayaan. Merekalah yang bertanggungjawab di hadapan Allah. Adapun 
Negara
bukan miliki individu, begitu juga organisasi.




 






Allah Berfirman 


ÎÐ ãä
ÃãæÇáåã ÕÏÞÉ




 




'Take alms of their wealth, wherewith you
may purify them'
(At-Tawbah: 103). 




 




The Prophet (peace and blessings be upon
him) also said: 




ÃÏæÇ
ÒßÇÉ ÃãæÇáßã




Ertinya : Dan keluarkan zakat dari harta kamu "


 


Kedua-dua dalil ini menunjukkan tanggungjawab zakat ke atas individu
dan organisasi sepertimana negara. Pemimpin negara tidak memiliki harta negara,
harta negara adalah hak semua dan hanya ditadbir oleh pemimpin.  




 




2) Berkaitan individu yang diperlukan membayar zakat ; dalam
Islam pembayar zakat hanya perlu membayar sejumlah wang untuk dimanfaatkan oleh
penerima yang layak, mankaala baki wangnya yang lain adalah khas untuk 
kegunaannya
sendiri. Namun dalam hal harta Negara ia SEPATUTNYA sentiasa dimanfaatkan oleh
orang ramai setiap sennya. Jika kita katakan perlunya zakat 20% untuk ummah,
adakah ini bermakna baki 80% boleh digunakan oleh pemimpin untuk diri mereka
sendiri. ? Ini tidak benar sama sekali.




 




Allah berfirman :




 




ãøóÇ
ÃóÝóÇÁ Çááøóåõ Úóáóì ÑóÓõæáöåö ãöäú Ãóåúáö ÇáúÞõÑóì Ýóáöáøóåö æóáöáÑøóÓõæáö
æóáöÐöí ÇáúÞõÑúÈóì æóÇáúíóÊóÇãóì æóÇáúãóÓóÇßöíäö æóÇÈúäö ÇáÓøóÈöíáö ßóíú áóÇ
íóßõæäó ÏõæáóÉð Èóíúäó ÇáúÃóÛúäöíóÇÁ ãöäßõãú




Ertinya : Apa saja harta
rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari
penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak
yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya
harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu 
(Al-Hashr: 7) 








3) 
Jika Negara dikehendaki membayar zakat, maka siapakah yang
akan menjadi pemungut zakat tersebut?. Sudah tentu negara juga, justeru
bagaimana pula pembayar membayar kepada diri sendiri dalam waktu yang sama. 




 




Al-Qaradawi juga menegaskan bahawa beliau
faham yang ahli-ahli ekonomi Islam tersebut mungkin memberikan pendapat itu
kerana merasa tertekan dengan keadaan negara-negara umat Islam yang banyak
hasil minyaknya namun masih terlalu ramai faqir miskin di pelbagai negara Islam
yang lain, seolah-olah hasil kekayaan ini tidak sampai kepada si faqir dan 
miskin.





 




Namun setelah perbincangan yang panjang
Al-Qaradawi merasakan pendapat mewajibkan zakat dari negara Islam kaya dan zakat
itu diberikan kepada negara Islam miskin adalah bukan cara yang praktikal.  
Malah tiada jaminan sama sekali wang zakat itu
akan disampai kepada si faqir miskin tadi.




 




Benar ia adalah TIDAK HALAL SAMA SEKALI diwaktu
 negara Islam yang kaya dengan hasil
minyak bermewah dengan hasilnya, pada masa yang sama negara umat Islam yang 
miskin
menderita kemiskinan dan penyakit. 




 




Nabi s.a.w bersabda :




 




ãÇ Âãä Èí ãä ÈÇÊ ÔÈÚÇä æÌÇÑå ÌÇÆÚ Åáì ÌäÈå æåæ íÚáã Èå




Ertinya : Tidak sempurna iman seseorang
denganku (nabi s.a.w), mereka yang tidur kekenyangan sedangkan jirannya sedang
berlapar (kerana kemiskinan) dan ia mengetahuinya" ( Riwayat Al-Bazzar dan
At-Tabarani ; As-Sayuti : Hadis Hasan)




 




PENYEBAB
SEMAKAN KEMBALI FATWA 




 




Namun persoalan yang tidak kurang penting
adalah bukan isu wang zakat minyak untuk diagihkan kepada negara Islam lain, 
tetapi
lebih DIBIMBANGI ia tidak sampai langsung kepada rakyat negara itu sendiri. 




 





 




Ia hanya jatuh kepada poket individu
tertentu dari kalangan pemimpin. Inilah yang merisaukan sehingga terdapat ulama
yang mula memikirkan fatwa berbeza. Ia bagi memastikan hasil minyak negara
MAMPU sampai kepada rakyat yang betul.




 




Pun begitu, bagi saya ia masih belum mampu
menjamin apa-apa sekiranya individu yang mengendalikan wang zakat dan
pembehagiannya juga jenis TIDAK TAKUT ALLAH dan hanya memikirkan perut dan nafsu
mereka. Tidak mampu dinafikan tidak sedikit individu yang sebegini. 




 




Lihatlah betapa gagalnya sebuah negara
jika mereka gagal mendidik kualiti diri individu dengan Islam. Sebaik manapun
pemimpin, jika menteri-menterinya, pegawai-pegawainya korup dan berhati rakus
harta. Semua perancangan baik pemimpin yang baik akan menjadi hancur berkecai. 
Keadaan
akan menjadi semakin dahsyat JIKA PEMIMPIN itu sendiri berhati rakus. Maka
pemipin yang baik mestilah memberi tumpuan utama kepada pentarbiyahan KAKITANGAN
mereka terlebih dahulu bagi melaksanakan kebaikan menyeluruh.




 




Kerana itu, walaupun sebuah
negara itu punyai banyak hasil mahsul dan pendapatannya, ia pasti
gagal dimanfaatkan oleh rakyatnya, tidak kirlah sebanyak manapun
bangunan tinggi yang dibina dengan megahnya. Namun rakyat masih
menderita.




 




Negara hanya akan berjaya jika pemimpin berjaya membina
bangunan iman dan taqwa yang tinggi dalam jiwa kakitangan dan rakyatnya. Inilah
tugas yang paling rumit dan sukar. Inilah kejayaan baginda nabi s.a.w. Tatkala
itu, tanpa bangunan tinggi, litar Formula 1, lapangan terbang terbesar,
jambatan terpanjang  dan mercutanda hebat,
rakyat dalam negara akan merasai kemajuan yang tiada tolok bandingnya (walaupun
tanpa bangunan tinggi).




 




KESIMPULAN





 




Menurut hukum Islam yang asal, hasil
mahsul minyak dan mineral lain mestilah dalam kawalan dan perancangan bijak
pemimpin sesebuah negara.  Pemimpin
bukanlah bermaksud untuk kegunaan peribadi dan kroni-kroni tetapi adalah untuk
kegunaan rakyat. (Al-Ijtihad in Shari`ah, Al-Qaradawi, cet Dar Al-Qalam, Kuwait)




Namun begitu diakibatkan oleh gejala tidak sihat di  kalangan pemimpin yang 
tidak amanah sehingga
hasil minyak sesebuah negara tidak sampai kepada rakyatnya, mungkin kerana 
itulah
al-Azhar mengeluarkan fatwa terkini bahawa perlunya zakat minyak dikeluarkan 
oleh
sesebuah negara agar ia sampai kepada rakyat miskinnya. 




 




Justeru, disebabkan setiap negara punyai
keadaan dan situasi masing-masing, adalah tepat jika Majlis Fatwa Kebangsaan
dapat membincangkan isu ini dengan telus. Sama ada mereka bersama fatwa 
Al-Qaradawi
dan majoriti ulama silam, atau bersama fatwa Badan penyelidikan Al-Azhar yang
terkini.


Namun masalah yang
dihadapi oleh Majlis Fatwa dalam hal ini adalah, saya difahamkan bahawa
Majlis fatwa sudah menghantar surat rasmi kepada PETRONAS untuk
berbincang hal zakat ini. Namun surat rasmi itu kelihatan tidak
diendahkan oleh mereka. 






 




Sekian




 




Zaharuddin Abd Rahman




www.zaharuddin.net




16 Jun 2008 




 




INi berita asal dalam bahasa arab




ÃÞÑ ãÌãÚ ÇáÈÍæË ÇáÅÓáÇãíÉ ÇáÊÇÈÚ ááÃÒåÑ ÇáÔÑíÝ¡ Ýí ÌáÓÊå ÇáãäÚÞÏå ÙåÑ
Çáíæã ÇáÎãíÓ¡ ÝÑÖ ÒßÇÉ ãÞÏÇÑåÇ 20 % Úáì (ÇáÑßÇÒ) æåí ßá ãÇ íÎÑÌ ãä ÈÇØä ÇáÃÑÖ
æÊÔãá ÇáÈÊÑæá æãÔÊÞÇÊå æÇáãÚÇÏä Ü ÚÏÇ ÇáÐåÈ æÇáÝÖÉ .




æÝí ÊÕÑíÍÇÊ ÎÇÕÉ áÔÈßÉ ÇáÃÎÈÇÑ ÇáÚÑÈíÉ "ãÍíØ" ÞÇá ÇáÏßÊæÑ
ãÍãÏ ÑÃÝÊ ÚËãÇä¡ ÃÓÊÇÐ ÇáÝÞå ÇáãÞÇÑä ÈÌÇãÚÉ ÇáÃÒåÑ æÑÆíÓ áÌäÉ ÇáÈÍæË ÇáÝÞåíÉ
ÈÇáãÌãÚ¡ Ãä ÇáÃÚÖÇÁ ÞÏ ÇÊÝÞæÇ Úáì æÌæÈ ÅÎÑÇÌ ÇáÏæáÉ ááÒßÇÉ Úä ÇáÈÊÑæá æãÔÊÞÇÊå 
ÈÇÚÊÈÇÑåÇ
ÇáãÇáß ÇáæÍíÏ áßá ÂÈÇÑ æÍÞæá ÇáÈÊÑæá¡ æÐáß ÇÓÊäÇÏÇ Åáì ÍÏíË ÇáÑÓæá Ü Õáì Çááå
Úáíå æÓáã "Ýí ÇáÑßÇÒ ÇáÎõãÓ".




æÃÔÇÑ Åáì Ãä ÇáÃÚÖÇÁ ÇÊÝÞæÇ ÃíÖÇ Úáì Ãä äÓÈÉ ÇáÒßÇÉ Úáì ÇÓÊÎÑÇÌ
ÇáÐåÈ æÇáÝÖÉ ãä ÈÇØä ÇáÃÑÖ åí ÑÈÚ ÇáÚÔÑ Ãí 2.5 ÈÇáãÇÆÉ.




æÚä ßíÝíÉ ÊÍÕíá åÐå ÇáÒßÇÉ ãä ÇáÏæáÉ ÃæÖÍ Ï. ÚËãÇä Ãä åÐÇ ÇáÞÑÇÑ
ÈæÌæÈ ÅÎÑÇÌ ÇáÏæáÉ ááÒßÇÉ Úáì "ÇáÑßÇÒ" åæ ãÌÑÏ ÝÊæì ÊÙåÑ ÇáÍßã ÇáÔÑÚí
æáßääÇ áÇ äÓÊØíÚ ÅÌÈÇÑ ÇáÏæáÉ Úáì ÅÎÑÇÌ Êáß ÇáÒßÇÉ.




ßÇä ÃÚÖÇÁ áÌäÉ ÇáÈÍæË ÇáÝÞåíÉ ÈãÌãÚ ÇáÈÍæË ÇáÅÓáÇãíÉ ÞÏ ØÇáÈæÇ Ýí
ÇÌÊãÇÚåã ÇáÇËäíä ÇáãÇÖí ÈÖÑæÑÉ ÊÍÕíá ÞíãÉ ÇáÒßÇÉ Úáí ãäÊÌÇÊ æãÔÊÞÇÊ ÇáÈÊÑæá¡
ÈäÓÈÉ 20% áÕÑÝåÇ Ýí ãÕÇÑÝåÇ ÇáÔÑÚíÉ.




æÇÊÝÞ ÃÚÖÇÁ ÇááÌäÉ Úáí ÖÑæÑÉ ÝÑÖ ÇáÒßÇÉ Úáí ÇáÈÊÑæá æãÔÊÞÇÊå¡ ÈäÓÈÉ
20%¡ ÇÓÊäÇÏÇ Åáí ÍÏíË ÇáäÈí¡ (Ýí ÇáÑßÇÒ ÇáÎãÓ) æßáãÉ "ÇáÑßÇÒ" ÊÔãá ßá
ãÇ íÎÑÌ ãä ÈÇØä ÇáÃÑÖ.




æßÇä ÇáÏßÊæÑ ãÍãÏ ÔæÞí ÇáÝäÌÑí¡ ÃÓÊÇÐ ÇáÇÞÊÕÇÏ Ýí ÌÇãÚÉ ÇáÃÒåÑ¡ åæ
ÇáÐí ÊÞÏã ÈØáÈ ÑÓãí Åáí ãÌãÚ ÇáÈÍæË ÇáÅÓáÇãíÉ¡ áÊÍÏíÏ ãæÞÝ ÇáÔÑíÚÉ ÇáÅÓáÇãíÉ ãä
ÊÍÕíá ÞíãÉ ÇáÒßÇÉ Úáí ÇáÈÊÑæá æãÔÊÞÇÊå¡ æÃÚÏÊ ÇááÌäÉ ÊÞÑíÑÇ ÔÇãáÇ Êã ÚÑÖå Çáíæã
Ýí ÇáÇÌÊãÇÚ ÇáÔåÑí áãÌãÚ ÇáÈÍæË ÇáÅÓáÇãíÉ ÇáÐí íÚÏ ÃÚáì ÌåÉ ÈÇáÃÒåÑ ÇáÔÑíÝ
æíÑÃÓå ÔíÎ ÇáÃÒåÑ ÇáÏßÊæÑ ãÍãÏ ÓíÏ ØäØÇæí.




 




      

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Anak Muda Islam mailto:[EMAIL PROTECTED]

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment 
....Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke