http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016168&Itemid=85




                                        Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis 
gesa PM bertaubat

                                                                        
                                                        
                        
                        
                
                                        
                                
                                        Azamin Amin
                                        


                                                                Sun | Aug 03, 
08 | 10:43:56 am MYT


                                
                        
                                        
                        
                                

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu
muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga,
tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah
bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada
sebarang unsur keberhalaan."

  
    Iklan
     
  
  
    
     
  
  
     
     
  





Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang
mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu,
yang menyaksikan Perdana Menteri, 

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.








Abdullah
dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu
Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa
mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last
Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I,
Azamin Itam.
 
Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu
berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai
sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka
perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.
 
"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku
beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh
mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik
yang jelas.
 
"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau
sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat
kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," 

kata Dr
Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar
tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang
menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan
bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala
selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa
Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran
Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa
Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :

"Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan
Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah
ditinggalkan." - mks._ 



      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke