Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu &  
Yang Jangan DiLakukan 
Oleh  
Zaharuddin Abd Rahman 
www.zaharuddin.net 
 
Bulan Ramadhan, sudah hampir
tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati
‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan
Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan
pemergiannya.  
Sebaliknya orang yang tidak
sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan
berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya
yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya
bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.   
Seolah-olah individu yang
berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan
berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan
berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan'
iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah. 
Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka 
Masalah pasti berterusan
kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak
mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal
soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.  
"waste of time!!" katanya lagi. 
Padahal di bulan Ramadhan
yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk
Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang
benar dan yang salah).  
Malang bagi mereka yang masih
tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam
kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.  
Sebagaimana kata-kata hukama :- 
ÇáúÞõÑúÂóäõ ÔóÇÝöÚñ ãõÔóÝøóÚñ Ýóãóäú ÌóÚóáóåõ ÅöãóÇãóåõ ÞóÇÏóåõ Åáì ÇáúÌóäøóÉö 
æóãóäú ÌóÚóáóåõ ÎóáúÝóåõ ÓóÇÞóåõ Åáì ÇáäøóÇÑö 
Ertinya : "Al-quran
itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai
pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan
barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan
mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331
; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin
Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)  
BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?
 
Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya 
bersedih sahaja ?.  
Jawapannya, bergembira di
Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat
islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah
dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.  
Nabi SAW juga pernah menegur
kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah
r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah
Rasulullah SAW dengan katanya :  
ÏÚåãÇ íÇ ÃÈÇ ÈßÑ ÝÅäåÇ ÃíÇã ÚíÏ  
Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat 
Al-Bukhari)  
Mukmin sebenar akan merasa
gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan
kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan
Ramadhan.  
Sudah tentu mukmin ini merasa
puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah
terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW
:  
ãä ÓóÑøóÊúåõ ÍóÓóäóÊõåõ æóÓóÇÁóÊúåõ ÓóíøöÆóÊõåõ ÝÐáß ÇáúãõÄúãöäõ 
Ertinya "Sesiapa yang
merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan
perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no
2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih ,
rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )  
Selain mengenangkan usaha
berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas
kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW
telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).  
Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan. 
MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?  
Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan 
pemergian Ramdahan?.  
Secara
ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan
kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan
dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-  
1) Peluang untuk meraih ke
Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut
tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di
belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT
terhadap diri dan amalannya.  
2) Tawaran pengampunan
dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan
solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan
Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.  
3) Kemaqbulan doa yang hebat
ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang
sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.  
4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia 
dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.  
5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas) 
 
Hasil dari sebab inilah, kita
dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian
Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi
pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.  
TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI  
Bagi sesiapa yang ingin
memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah
rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang
setiap hari.  
Rancangan yang tidak pasti
akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak
sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda
terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau
samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda
pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir
berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.  
Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak 
kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.  
Dan sebagaimana sedinya
ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka
Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya. 
Demikianlah para mukmin soleh
dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi
mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.  
RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA  
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-  
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .  
Ulama besar Tabien Said
Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya
: mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".  
2) Menjamah makanan sebelum keluar.  
Ia berdasarkan hadith dari
Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi
SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW
menjamah beberapa biji kurma..."  
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain 
mercun ;  
Seharusnya umat Islam jangan
terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga
meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam
selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni
melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri,
beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk
mengimamkan solat hari raya.  
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; 
Tiada masalah untuk
menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama.
Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah
"Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (
amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".  
Disebut dalam sebuah riwayat : 
ÞÇá æÇËáÉ áÞíÊ ÑÓæá Çááå íæã ÚíÏ ÝÞáÊ ÊÞÈá Çááå ãäÇ æãäß ÞÇá äÚã ÊÞÈá Çááå ãäÇ 
æãäß 
Ertinya : Berkata
Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan
pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya,
taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath
Al-Bari, 2/446 ) 
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;  
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. 
 
Tidak dibenarkan untuk
menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali
pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam
Islam).  
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;  
Ia berdasarkan hadith dari
Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza
jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)  
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang 
diperolehi.  
  
RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA 

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan 
kesilapan kerap di musim perayaan :- 
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika
berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat
para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila
melibatkan pemuda dan pemudi. 
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain 
ketika
berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat
di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur
secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan
abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. 
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim 
perayaan
lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan
mahram.  
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan 
nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. 
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang
lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan
jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai
dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga
dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)  
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini. 
   
7) Dosa Bertempoh ;
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah
memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan.
Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka
syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan
maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh
berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh
kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya
jauh-jauh.   
  
Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang 
dicatatkan. Semoga ada manfaat. 
  
Selamat Hari Raya Idil Fitri 
  
"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal" 
  
  
Sekian dahulu, 
  
  
Zaharuddin Abd Rahman 
http://www.zaharuddin.net/ 
27 Ramadhan 1428 H 
9 Oktober 2007  
  
Ulang siar pada 25 Sept 08 ( 25 Ramadhan 1429 H)  


      

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Anak Muda Islam mailto:[EMAIL PROTECTED]

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment 
....Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke