Assalammu'Alaikum;

Saban hari media melapurkan berbagai salah laku sosial yang 
menakutkan. Salahguna Dadah sudah menjadi berita lapuk, namun 
masalah masih belum selesai. Remaja atau wanita lari rumah ATAU 
dilarikan. Aktiviti sosial yang tidak bermoral malah terlalu 
menjolok mata.

Kes kes pembuangan bayi, keterlanjuran, bercinta dengan suami atau 
isteri orang. Bersekedudukan tampa nikah. Apa erti semuanya ini. 
Apakah kita sekedar melihat dan mengeluh. Sekedar mengharapkan satu 
kuasa sakti untuk merubah segalanya ini; Walau saban hari kata-
kata "KITA MAMPU MENGUBAHNYA" diucapkan.

Sejak 1988 hingga sekarang (20 Tahun), kami dari Kem Modal Insan 
Kewaja telah menyelamat dan menguruskan hampir 2500 orang gadis dan 
wanita bermasalah dari seluruh negara termasuk Thailand, Singapura 
dan Indonesia. Hampir semua gadis atau wanita yang terlibat adalah 
kalangan yang hamil luar nikah atau pernah terjerumus dalam aktiviti 
seks yang tidak bermoral.

Kami di KEWAJA hanya mampu selamatkan segelintir daripada mereka 
yang mampu datang ke tempat kami atau telah dapat maklumat kami. 
Bagaimana dengan mereka yang tak dapat maklumat dan tak tahu hala 
tuju. Adakah kita hanya menatap khabar berita saban hari yang 
menceritakan kes pembuangan bayi, pengguguran haram  atau petambahan 
wanita hamil luar nikah.

Marilah kita sama sama fikir fikirkan. Mencari idea, jalan dan 
seterusnya mengenal peranan dan tanggungjawab kita kearah 
mengurangkan tragedi ini yang KEWAJA anggap sebagai BENCANA SOSIAL.

Marilah bersama KEWAJA. Mulakan sekarang.

http://groups.yahoo.com/group/KEWAJA
http://www.kewaja.enetmyne.com/
email [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke