10 ORG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN REPUT.
 
Di sebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk 
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing 
selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK 
DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. 
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali 
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" 
Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan 
oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin 
sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD 
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu 
dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh 
itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan 
memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui 
bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. 
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK 
BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 
1 Para Nabi 
2 Para Ahli Jihad 
3. Para Alim Ulama 
4. Para Syuhada 
5. Para Penghafal Al Quran 
6. Imam atau Pemimpin yang Adil 
7. Tukang Azan 
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari 
kalangan orang yang beriman. 
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: 
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur 
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 
" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( 
ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah 
dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. 
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua" "anak-anak 
yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa " dulang dari nur 
dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan 
dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu 
di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu 
kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam 
Surah Al-Haqqah bermaksud : 
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada 
HARI yang telah LALU itu." 

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang 
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya 
meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan 
mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." 
Surah Al-Baqarah : 237 
Untuk renungan dan amalan bersama . 
Doa Ikan Nun 

 
 


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke