Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn jin 
perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali 
sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada 
syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Syaitan juga mempunyai kota yg 
menjadi tempattinggal mereka. Kota-kota mereka terletak di-padang padang pasir, 
gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat tempat yg 
menjadi kegemaran para syaitan duuk beristirehat dan bermain main adalah 
didalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan tempat membuang 
kotoran.

Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri menteri, pemerintah, 
wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang 
paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang itu berwaspada dgnnya.

1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang 
sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata 
kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. 
Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan 
ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan 
manusia.

2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan 
sesebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa 
curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka 
terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan 
perceraian.

3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan perlakuan zina dan 
keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya 
bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita 
masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini 
cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat menlaksanakan tugasnya dengan 
sempurna.

4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan 
yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan 
mereka reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.

5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia 
akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama 
manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.




      

Kirim email ke