Soalan 1

Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa 
kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang 
yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang 
lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2

Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di 
dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat 
tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain 
sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan 
oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi 
sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia 
diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui 
internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada 
masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih 
mengedarkan risalah ini.

Jawapan

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. 
Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik 
Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. 
Seolah-olah belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah 
terakhir ketika haji wida’, Rasulullah s.a.w telah bersabda “Telah sempurna 
bagimu agamamu” yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang 
akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 
keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya 
tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya 
bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik.. 
Na’uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam 
kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan 
mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah 
satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang 
menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam 
mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan 
pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang 
akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? 
Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat 
baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. 
Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah 
palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa 
contoh yang menjurus kepada perkara diatas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, 
Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi ti dak dibuang kerja tetapi meletak jawatan 
kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga 
Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. 
Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. 
Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati menanti bencana yang 
dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. 
Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat 
tersebut, dan kita edarkan.

Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya 
memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan 
menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya 
kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi 
ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, 
kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi 
dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari Penerangan diatas 
jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.
Wallahu’allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari 
Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah 
keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi 
biara Blessings of St Antonio , Texas , USA pada tahun 1974/75 untuk 
mengelirukan uma t Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis 
Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria 
(bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas 
di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh 
Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de 
Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun. Menurut 
Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam 
Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga 
makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul

Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),

anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi
Al-Quraisy

(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi

Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya

Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque

Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat 
dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada 
tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada 
dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau 
meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana 
bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham D atuk Shafawi Mufti 
Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa 
dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak 
mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya 
itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”.

( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di 
Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, 
Perak.


      

Kirim email ke