Tips Pengambilan Kalsium Untuk Wanita


Artikel ini di Internet
http://untukwanita.noorjannah.com/2009/01/tips-pengambilan-kalsium-untuk-wanita.html



Kalsium merupakan bahan yang penting bagi tubuh manusia bukan sahaja
untuk pembentukan tulang malah, pembinaan sel-sel dan perjalanan
sistem tubuh badan manusia turut memerlukan kalsium untuk meneruskan
fungsinya. Dengan kalsium yang mencukupi ia membantu dan pencegahan
reputan tulang pada masa peningkatan usia manusia. Bagi golongan
kanak-kanak pula ia turut membantu dalam pembentukan gigi dan kuku.



Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di
http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita
atau hantarkan email kepada tipswanita-subscr...@yahoogroups.com



Kalsium dalam tulang tidak kekal sentiasa dalam tulang. Sel-sel tulang
akan melakukan proses penggantian kalsium setiap masa. Kalsium dalam
tulang turut diambil sekiranya badan tidak cukup sumber daripada makanan.


Kalsium boleh didapati dengan mudah melalui permakanan tenusu seperti
susu lembu, yougurt, cheese, ais krim, roti dan pelbagai.



Namun begitu tidak ramai mengambil kalsium pada jumlah yang mengcukupi
iaitu pada kadar harian yang disarankan. Satu kajian di Malaysia
mendapati pengambilan kalsium pada kadar 300-400mg sehari peratusannya
yang tidak besar sehingga meletakkan majoriti penduduk Malaysia dalam
risiko menghadapi Osteoporosis dalam jangka masa dua dekad.



Wanita Malaysia mengambil kurang daripada separuh kalsium yang
diperlukan oleh badan seorang wanita.



Nilai yang dicadangkan adalah sekitar 600 ke 1200mg sehari dan bagi
wanita mengandung dan ibu yang menyusu nilaian yang dicadangkan adalah
sekitar 1200mg. Silakan dapatkan nasihat doktor untuk nilaian yang
sesuai. 



Rujukan

http://www.nof.org/prevention/calcium.htm



Walaupun Osteoporosis sentiasa dikaitkan ianya berlaku pada golongan
berusia namun ia boleh berlaku pada setiap peringkat usia. Masalah ini
bukan setakat berlaku kepada golongan wanita sahaja malahan golongan
lelaki. Setiap sepuluh orang yang menghadapi Osteoporosis dua
daripadanya adalah lelaki.



Osteoporosis adalah keadaan dimana tulang menjadi reput dan
menyebabkan ia mudah retak dan lambat untuk sembuh. Pengambilan
Kalsium sebelum umur tiga puluh tahun dapat mengurangkan risiko
menghadapi Osteoporosis.



Makanan Tambahan Kalsium



Sejak kebelakangan ini kesedaran mengenai Osteoporosis  dan bahaya
pengambilan kalsium yang tidak mengcukupi semakin bertambah. Menyedari
hakikat itu semakin ramai mengambil makanan tambahan kalsium.



Perkara paling penting dalam pengambilan makanan tambahan kalsium
adalah sejauh mana ia mudah diserap oleh badan manusia. Beberapa
cadangan pengambilan makanan tambahan kalsium.



(1) Ia perlu diambil dengan kerap dalam sehari dalam nilaian yang
kecil bagi setiap pengambilan. Setiap pengambilan yang dicadangkan
adalah bawah 500mg dan diambil dua kali sehari. Ini adalah kerana
nilaian serapan kalsium berkurangan apabila nilaian kalsium dimakan
bertambah.



(2) Kalsium yang dikunyah atau dicairkan adalah mudah diserap kerana
dalam bentuk ini ia lebih mudah diserap berbanding dengan kalsium
berbentuk tablet yang perlu dihancurkan dahulu oleh sistem penghadaman
sebelum ia boleh diserap dengan mudah oleh badan.



(3) Vitamin D turut dimasukkan bersama kalsium kerana vitamin D
membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam badan. Namun awas patuhi
pengambilan vitamin D sehari tidak melebihi 400IU ke 800IU. Vitamin D
adalah vitamin berasaskan lemak. Ia boleh disimpan oleh badan apabila
ia tidak digunakan. Maka pengambilan berlebihan akan menyebabkan badan
boleh berlebihan vitamin D dan ini membahayakan.



Pengambilan kalsium yang terbaik adalah dengan minum susu. Susu adalah
sumber kalsium yang utama. Dalam keadaan semula jadi dan dalam bentuk
cair, badan dengan mudah dapat menyerap kalsium dalam susu yang diminum.



Senaman adalah merupakan antara faktor utama dalam perkembangan
tulang. Dengan senaman ia membuat badan menguatkan tulang bagi
menghadapi aktiviti-aktiviti fizikal. Kalsium yang ada dipergunakan
sepenuh oleh badan bagi membentuk tulang. Sekiranya badan tidak aktif
dengan pergerakan dan aktiviti fizikal, lama kelamaan kalsium dalam
tulang akan berkurangan dengan cepat apabila dibandingkan dengan
proses menggantikan semula.



Dengan senaman ia memastikan proses penggantian dilakukan dengan lebih
cepat dan tulang yang terbentuk semula adalah lebih kuat.



Sebelum mengambil apa-apa permakanan tambahan sila dapatkan nasihat
doktor. Artikel diatas adalah hanya untuk pengetahuan am sahaja dan
penjelasan terperinci hanya layak dilakukan oleh doktor.



Sumber Rujukan



http://www.nof.org/



Artikel lain



Keperluan Asid Folik Untuk Wanita

http://wanita.perempuanmelayu.info/articles/folic.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/05/
keperluan-pemakanan-asid-folik-untuk.html



Sampaikan email ini kepada rakan-rakan yang lain. Ia juga usaha untuk
menyedarkan orang ramai bahawa bumi tempat kita tinggal ini semakin
kritikal.


Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

Kempen Hijau Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Menjaga Sistem Penghadaman Anda
http://keluarga.noorjannah.com/2008/12/menjaga-sistem-penghadaman-anda.html


Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/10/bacaan-untuk-pasangan-suami-isteri-yang.html


Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html

Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/



Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di


http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita


atau hantarkan email kepada tipswanita-subscr...@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, tips dan nasihat di


http://blog.perempuanmelayu.info/


Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita.com Noorjannah.com dan Perempuanmelayu.info

versi 2

6 Jan 2009

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis
Tipswanita.com Noorjannah.com dan laman Perempuanmelayu.info


http://www.perempuanmelayu.info/


This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.


--- Iklan ---

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/


Direktori Artikel Untuk Wanita Melayu dan English
http://www.tipswanita.com/

Kutu Pinggan
http://cyber-niaga.blogspot.com/

Kirim email ke