http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=146725
 
 
 
Di Manakah Kebenarannya Seruan dan Propaganda Amerika/Israel untuk Iran?
 
 
 
Sebelum pilihanraya presiden 4 November 2008, Israel berlakon melancarkan 
propaganda untuk menyerang Iran sebelum Bush berundur dan Obama menaiki takhta 
presiden Amerika pada 20 Januari 2009. Dilaporkan sememangnya Israel telah 
mengemukakan saranan kepada Bush untuk melancarkan serangan sebelum ini, tetapi 
telah ditolak oleh Amerika. 
 
Bagaimana pun para think-tank zionist terus melancarkan propaganda kononnya 
Israel tidak teragak-agak untuk menyerang Iran secara bersendirian untuk 
memperkuatkan "khayalan palsu" nya kononnya Iran adalah 'musuh' utama dan 
nuklear Iran merupakan ancaman terbesar kepada dunia khususnya Israel. 

Persoalan, benarkah Israel akan menyerang Iran sebelum 20 Januari 2009 sudah 
pun terjawab, sememangnya 'perang' tersebut adalah merupakan propaganda bagi 
menjana kekuatan imej Iran yang semakin intim dengan Britain, Perancis, German, 
Italy malah apatah lagi hubungan Iran dengan Russia dan China yang tidak mampu 
digugat oleh sesiapa terutamanya Amerika dan Israel. 
 
Berdasarkan undian yang di lakukan oleh tenteradajjal.blogspot terhadap 
kira-kira 216 pengunjung blog kira-kira 42 % tidak mempercayai serangan Amerika 
terhadap Iran, sementara 47% pula berpendapat serangan berkenaan adalah 
propaganda semata-mata, sementara 7 % pula mempercayai kebenaran serangan ini 
bakal berlaku dan 5 % lagi memilih pandangan berkecuali. 
 
Hakikatnya, benarkah Israel atau Amerika ingin menjajah Iran dan akan turut 
memenggal leher Ahmadinejad atau Khamenei seperti mana yang dilakukan oleh 
Amerika terhadap Saddam Husein selepas mereka bersama Iran menjajah Iraq pada 
2003? 
 
Tidakkah semua mengetahui berdasarkan propaganda media Iran dan Barat 
permusuhan Iran dan Amerika serta Israel sangat sengit dan Iran bersikap 
sungguh biadap terhadap Amerika di meja rundingan PBB berkaitan isu nuklear 
dengan mempermainkan Amerika dan Barat seperti budak-budak mentah dengan 
menolak satu persatu resolusi PBB dan saranan Amerika terhadap Iran. 
 
Masa dan propaganda terus berlalu, hari ini 20 Januari 2009, Bush sudah pun 
turun dari takhta presiden dengan 'accident'  yang sangat memalukan dibaling 
kasut oleh wartawan. Para think-tank zionist Amerika mengumumkan bahawa Obama 
akan meneruskan dasar Bush iaitu mengutamakan diplomasi terhadap Iran berkaitan 
isu nuklearnya, malah Obama menggunakan tema 'diplomasi serius' terhadap Iran 
sebagai kempen utama bagi meraih kepercayaan pengundi.
 
 Disebaliknya pula, mesej daripada pentadbiran Obama telah dihantar kepada 
Teheran untuk berdiplomasi secara rasmi tanpa sebarang syarat. malah menurut 
laporan pentadbiran Amerika sendiri sedang meikirkan calon yang paling layak 
mengisi jawatan duta Amerika untuk Teheran. 
 
Ianya disusuli lawatan rahsia pegawai Washington ke Teheran selepas rundingan 
antara William Burn dengan orang-orang Iran di Geneva bulan Julai tahun lalu. 
Ianya berpunca gesaan lima bekas setiausaha Amerika termasuk Medeleine 
Albright, Colin Powell, Warren Christopher, Henry A.Kissinger dan James Baker 
III supaya diadakan hubungan yang lebih luas dengan Iran. 
 
Sementara Amerika dan Israel mengemukakan tarikh-tarikh palsu untuk serangan 
sebelum ini termasuk 20 Januari 2009 yang sememangnya ternyatalah kepalsuannya, 
mereka meneruskan propaganda yang telah dimulakan oleh Ronald Reagan terhadap 
pentadbiran Khomeini dengan tajaan slogan 'paksi kejahatan' namun hakikat 
sebenarnya telah diterjemahkan secara praktikal dengan penjualan senjata 
Amerika kepada Iran melalui Israel dalam skandal Iran Contra semasa Shimon 
Peres menjadi Perdana Menteri Israel, Khomeini menjadi pemerintah sebenar Iran, 
Ali Khamenei menjadi Presiden Iran, Bush Tua menjadi Timbalan Presiden Amerika 
ketika tahun-tahun 1982-88 ketika Iran berperang dengan Iraq yang dipimpin oleh 
Saddam Husein. 
 
Ironinya lewat tahun lalu, Shimon Peres presiden Israel sekarang telah 
mengumumkan serangan terhadap Iran iaitu negara kelahiran Shaul Mofaz, TPM 
Israel dan bekas Presiden Moses Katshav itu adalah sesuatu yang tidak relevan 
dan tidak rasional. 
 
Benarkah serangan Israel atau Amerika terhadap Iran bakal berlaku pada masa 
depan? Jika benar, bilakah tarikh baru yang akan diumumkan? Siapa pula akan 
diperkudakan oleh Amerika untuk membawa perubahan rejim di Iran? Dan lebih jauh 
lagi, jika benar Russia akan melengkapkan nuklear Iran paling lewat 2011 ini, 
apakah Amerika tidak berfikir sekaranglah masa yang paling sesuai untuk 
melanyak Iran dan menggantung musuh utama Yahudi - Ahmadinejad seperti Saddam 
sebelum nuklear itu siap? 
 
Sebodoh itukah Amerika pada pandangan umum yang terkenal sebagai kepala 
perancang kepada segala peristiwa di Timur Tengah khususnya Palestin hari ini? 
Dan apakah mereka tidak mengkaji berdasarkan tindakan Amerika sebelum ini, 
terbukti mereka yang hanya berani menyerang negara yang terbukti tiada senjata 
nuklear seperti Vietnam, Afghanistan dan Iraq sebelum ini. 
 
Kita tetap meyakini Iran pasti bekerjasama dengan Amerika pada masa depan 
kerana bumi Isfahan yang merupakan pusat teknologi nuklear Iran hari ini dan 
satu-satunya bandar terbesar Yahudi di Iran adalah tempat munculnya Dajjal atau 
Mahdi Syiah (Imam ke 12 Syiah = Messiah Dajjal). 
 
Dan Mahdi Syiah akan diikuti oleh Yahudi dan mereka akan bersatu dengan memilki 
teknologi amat canggih untuk bersama-sama memerangi umat Islam khususnya Ahli 
Sunnah. Sekadar mengulangi : "Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari 
Isfahan mereka memakai al-Tayalisah" (jubah-jubah ulama' Syiah Iran hari ini) - 
Riwayat Muslim. Kebenaran hadis semakin menghampiri bersabarlah menganalisis 
berita dan berwaspadalah dengan perancangan tentera-tentera dajjal ini. 
 
 
tenteradajjal.blogspot.com


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke