Kalo gitu mau mengekspresikan cinta ala hindu aja deh, mencoba mengamalkan 
kitab kamasutra, hehehe .....


salam,



-----Original Message-----
From: Pembela Agama Islam <pembelaagamais...@yahoo.com>

Date: Tue, 10 Feb 2009 19:24:33 
To: <taman2syu...@yahoogroups.com>; <dak...@yahoogroups.com>; 
<mymas...@yahoogroups.com>; <dunia-mus...@yahoogroups.com>; 
<bicara-mus...@yahoogroups.com>; <wanita-muslimah@yahoogroups.com>; 
<hidayah...@yahoogroups.com>; <mencintai-is...@yahoogroups.com>; 
<islam4...@yahoogroups.com>; <eramus...@yahoogroups.com>; 
<ellyn_amy...@yahoo.com>; <aboy_c...@yahoo.com>; <lovely_nard...@hotmail.com>; 
<hidayah_...@yahoo.com>; <a_an...@yahoo.com>; <nirah...@yahoo.com>; 
<gatoida...@yahoo.com>; <prettyleona...@yahoo.com>; 
<gegirl_babykey...@hotmail.com>; <adira_xy...@yahoo.com>; 
<izah...@hotmail.com>; <ryu_...@yahoo.com>; <adeq_comel2...@yahoo.com>; 
<awien_sti...@yahoo.com>; <aimanismana...@yahoo.com>; <neo_he...@yahoo.com>; 
<harry_a...@yahoo.com>; <a_an...@yahoo.com>; <orange_...@yahoo.co.uk>; 
<norman_outk...@yahoo.com>; <dbongbo...@yahoo.com>; <engrauli...@yahoo.com>; 
<fyala_ez_2...@yahoo.com>; <bangus52...@yahoo.com>; <dege...@yahoo.com>; 
<tjkitts1...@yahoo.com>; <wid...@yahoo.com>; <sara_ro...@yahoo.com>; 
<cool_io_pors...@yahoo.com>; <gredchen2...@yahoo.de>; 
<millineumwildch...@yahoo.com>; <blackdr...@yahoo.com>; <ocasevill...@yahoo.com>
Subject: [wanita-muslimah] Fatwa Mufti Perak Datuk Harussani tentang 
Valentine`s Day


Fatwa Mufti Perak Datuk Harussani tentang Valentine`s Day

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 
14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara 
melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. 

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada 
mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: 

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia 
turut termasuk bersama golongan tersebut.'' 

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih 
bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha 
untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut 
sejarah purba Rom. 

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas 
bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna 
dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih 
cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 
Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama. 

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang 
beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum 
bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. 

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara 
rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda 
berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. 

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan 
Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka 
sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka. 

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari 
sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.' 

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan 
mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. 

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka. 

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati 
peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis 
From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang 
pengawal penjara. 

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan 
ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah 
kemaksiatan. 

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya 
kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada 
hari-hari tertentu atau berkala. 

``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari 
berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam 
sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau. 

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka 
secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur 
jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. 

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu 
sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, 
suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata 
beliau. 

(Semoga dapat disebarkan kepada pengetahuan umum)




      




[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke