Menyanggah Rasul Dahri Wahhabi Takfiry

Oleh: Ustaz Abu Syafiq 006 012 2850578

RASUL DAHRI MENGUBAH AYAT ALLAH DAN BERDUSTA TERHADAP IMAM ABU HASAN AL-ASY’ARY

Ketahuilah bahawa kitab Al-Ibanah karangan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary telah 
banyak ditokok tambah isi kandungannya oleh ajaran Hasyawiyyah dan 
Musytasyriqin. Oleh itu terdapat dalam isi kandungan kitab Al-Ibanah tersebut 
berbeza-percanggahan antara satu sama dalam kitab yang sama. 
Ya, kitab Al-Ibanah ‘An Usulid Diyanah sememangnya karangan Imam Agong Imam Abu 
Hasan Al-Asy’ary dan beliau pernah mengarangnya tetapi isi kandungannya telah 
diubah-ditukar oleh musuh-musuh Islam bertujuan menjauhkan kesatuan aqidah umat 
Islam bahkan naskhah yang asal amat berbeza dengan apa yang tercetak sekarang. 
Maka sesetengah penulis tidak teliti dan tidak amanah dalam menukilkan sesuatu 
lantas menyandarkan sesuatu kenyataan itu kepada Imam Abu Hasan Al-Asy’ary 
tanpa kajian dan tahqiq. Disamping itu golongan Musyabbihah yang menyamakan 
Allah dengan makhluk zaman kini mengambil peluang mengunakan teks yang telah 
diubah-ubah dan ditokok-tambah itu untuk memenangkan dan menyokong aqidah 
mereka menyamakan Allah dengan makhluk dan mengkafirkan sesiapa yang tidak 
sehaluan dengan mereka.


Rasul Dahri Mengubah Ayat Allah Dan Berdusta Ke atas Imam Abu Hasan Al-Asy’ary.
Dalam kitabnya berjudul ‘Yang Benar Mazhab Syafie Bukan Wahhabi’ penulisnya 
Rasul Dahri telah meletakkan pelbagai kenyataan yang diubah oleh dirinya 
sendiri samaada pada terjemahan juga pada nukilan bertujuan merialisasikan 
impian aqidah songsangnya yang menyamakan Allah dengan makhluk dan mendakwa 
kononnya Allah itu jisim. Antara yang diubah oleh Rasul Dahri dalam kitabnya 
tersebut adalah firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 16 
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ 
yang bermaksud: “Apakah kamu semua merasa aman terhadap siapa yang dilangit”. 

Perkataan ‘man’ iaitu ‘siapa’ dalam ayat tadi bererti malaikat bukan bererti 
Allah berada dan bertempat dilangit.Tidak.. Ia berdasarkan kepada ulama Ahli 
Hadith yang menjelaskannya iaitu Imam Al-Hafiz Al-‘Iraqi dalam Amalinya (kitab) 
bahawa “Perkataan ‘siapa’ pada ayat tersebut bererti malaikat”. Begitu juga 
saya (Abu Syafiq) mendapati Al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya turut menjelaskan 
perkara yang sama bila mentafsirkan ayat tersebut. Sekiranya ingin dimaksudkan 
dari perkataan ‘man’ (siapa) dalam ayat tadi itu adalah ‘Allah’ maka tidak 
boleh dikatakan keberadaan Allah itu di langit kerana Allah tidak memerlukan 
langit tetapi memberi erti ‘kerajaan Allah’ BUKAN ‘zat Allah’. Maha suci Allah 
dari sifat makhlukNya.

Kemudian, yang berada dilangit dan bertempat dilangit bukanlah Allah tetapi 
para malaikat berdasarkan hadith Nabi bermaksud: “ Tidaklah di setiap langit 
itu kecuali pada setiap empat jari terdapat banyak para malaikat melakukan 
qiyam, rukuk atau sujud ”. Hadith Riwayat Tirmizi. 

Ketahuilah bahawa tempat tinggal para malaikat yang mulia adalah di langit pada 
setiap langit penuh dengan para malaikat manakala bumi terkenal dengan tempat 
tinggal manusia dan jin. Maha suci Allah dari bertempat samaada di langit 
mahupun di bumi.

Malangnya Rasul Dahri mengubah ayat Allah tersebut sekaligus berdusta ke atas 
kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary, buktinya lihat teks kenyataan Rasul Dahri 
ketika menukilkan kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tanpa kajian dalam 
bukunya berjudul ‘Yang Benar Mazhab Syafie Bukan Wahhabi’ (teks Rasul Dahri) :

“Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas 
langit?”.Tamat nukilan dari kenyataan Rasul Dahri.

Sanggahan :
1) Ketika Rasul Dahri menukilkan kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary dari kitab 
Al-Ibanah yang telah ditokok tambah isi kandungannya Rasul Dahri telah mengubah 
firman Allah pada surah Al-Mulk ayat 16 itu. Lihat dan rujuk ayat tersebut 
dalam al-Quran yang asal tidak terdapat perkataan ‘zat’ dan tidak terdapat 
perkataan ‘berada’ (maujud) tetapi demi merialisasikan impiannya menyebar 
aqidah Tajsim dan Tashbihnya maka ayat Allah itu diubah dan ditokok-tambah oleh 
Rasul Dahri dengan perkataan ‘zat’ sedangkan ia tidak wujud langsung bahkan 
tiada satupun ulama tafsir mu’tabar mengatakan sedemikian.

2) Apabila dirujuk kepada kitab Al-Ibanah yang dicetak dalam bahasa arab pula 
didapati perkataan ‘Zat’ itu tidak wujud langsung. Lihat bagaimana kitab 
Al-Ibanah yang asal telah diubah-ubah kini kitab itu yang mereka ubah sendiri, 
mereka ubah pula terjemahannya. Menukar-mengubah atas apa yang mereka sendiri 
ubah-tukar.Subhanallah. 

Ketahuilah bahawa kitab Al-Ibanah sekarang ini telah banyak diubah-suai isi 
kandungannya oleh penjenayah ilmiah seperti Wahhabiyah dan selainnya. Ini hanya 
secebis antara contoh kitab Al-Ibanah karangan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary 
diputar-belit dan diubah isi kandungannya oleh Musyabbih Mujassim, mereka turut 
merubah pelbagai isi kandungan kitab-kitab para ulama lain bagi mencapai impian 
jahat mereka.

Adakah Kenyataan Rasul Dahri Itu Sesat ?
Cuba perhatikan apabila Rasul Dahri mengubah ayat al-Quran tadi bertujuan 
dengan niat jahat iaitu menanamkan rangkaian aqidah Tasybih dan Tajsim kepada 
pembaca. 
Fokus saja pada perkataan ‘Zat’ yang ditokok-tambah olehnya dan dimaksudkan 
oleh Rasul Dahri dari perkataan ‘Zat’ itu adalah ‘Jisim Allah’ ini kerana 
apabila difokus pada seluruh penulisannya dalam kitab tersebut perkataan ‘ZAT’ 
diertikan oleh Rasul Dahri sebagai Jisim. Sedangkan Allah tidak pernah 
memberitahu diriNya itu adalah Jisim.Maha suci Allah dari sifat berjisim. 
Seterusnya, bila diamati terdapat kenyataan yang amat jelas menjisimkan Allah 
dan menyandarkan tempat bagi Allah. Lihat pada kenyataannya ‘yang berada di 
langit’. Bukankah apabila perkataan ‘zat’ itu disandarkan pada perkataan 
‘berada di langit’ bererti zat itu bertempat ? Ahli Sunnah Wal Jama’ah 
menafikan tempat bagi Allah termasuk Al-Albani tokoh Wahhabi menafikan tempat 
bagi Allah dan Al-Albani sendiri sering berkata : Sesungguhnya sesiapa yang 
mengubah ayat al-Quran maka dia telah terpesong aqidahnya. Tidak harus ke atas 
umat Islam berkata : ‘zat Allah
 berada disuatu tempat atau dimana-mana tempat’ kerana Allah wujud tanpa/tidak 
memerlukan tempat.

Manakala dakwaan Rasul Dahri bahawa « zat Allah » itu bererti « Jisim Allah » 
adalah kesalahan dan penyelewengan yang besar bahkan membuktikan bahawa Rasul 
Dahri ini adalah seorang Mujassim yang menjisimkan Allah. Maka tidak salahlah 
Rasul Dahri ini dikategorikan dikalangan Mujassim Musyabbih yang menjisimkan 
Allah dan menyamakan Allah dengan makhluk.

* Saya mengharapkan agar Ustaz Rasul Dahri kembali bertaubat daripada dosa yang 
amat besar ini. Saya menasihati ustaz atas dasar agama Islam itu adalah 
nasihat. Demi Tuhan yang mencipta ana dan anta serta makhluk lain... 
Bertaubatlah wahai Ustaz Rasul Dahri dan tarik balik kenyataan anta yang 
menokok tambah ayat al-Quran dan berdusta kepada Imam Abu Hasan Al-Asy’ary. 
Wallahi demi Allah sekirannya ustaz bertaubat dari segala penyelewengan aqidah 
dan pemalsuan kitab-kitab ulama Islam... ana bersama mereka insan-insan yang 
bertaubat.

RASUL DAHRI MENIPU IMAM SYAFI’E DAN SAIDINA ALI BIN ABI TALIB DALAM AQIDAH . 
RASUL DAHRI MENDAKWA SAIDINA ALI SAHABAT NABI MERIWAYAT KATA-KATA IMAM SYAFI’E 
SEDANGKAN SAIDINA ALI TELAHPUN MENINGGAL DUNIA SEBELUM IMAM SYAFI’E DILAHIRKAN

Pada mulanya saya ikhlas mengkaji buku tulisan Rasul Dahri yang berjudul ‘Yang 
Benar Mazhab Syafie Bukan Wahhabi’ dan saya mengharap kebenaran akan lebih 
terpancar dalam diri saya. Malangnya amat menyedihkan apabila saya merujuk 
banyak kenyataan yang Rasul Dahri nukilkan dalam kitab tersebut terdapat 
kepalsuan yang jelas dan perubahan pada terjemahan yang jauh bahkan boleh 
memudaratkan aqidah seseorang muslim itu.
Ingat ! bukan sahaja kepalsuan yang banyak terdapat dalam kitabnya itu bahkan 
banyak perkara yang dilakukan oleh Rasul Dahri ketika dia menterjemahkan teks 
kenyataan yang dia nukilkan dari para ulama, diubah teks tersebut dengan 
terjemahan yang menyimpang serta banyak bersumberkan dari kitab bukan karangan 
ulama itu sendiri tetapi dikutip dari mereka yang tidak mempunyai sanad. Ya. 
Bukan kesemua isi kandungannya begitu tetapi kebanyakannya begitulah. Tiada 
amanah dalam nukilan. Saya sedih apabila mengetahui Ustaz Rasul Dahri ini ada 
menyampaikan tazkirah aqidah dan sudah pasti berapa orang tertipu dengan 
kepalsuannya dalam nukilan.
Golongan Musyabbihah yamg menyamakan Allah dengan makhluk sememangnya sering 
mempergunakan ayat al-Quran, al-Hadith Nabawi dan kenyataan ulama Islam kepada 
makna yang amat bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Rasul Dahri Menipu Imam Syafi’e Dan Sahabat Nabi Saidina Ali Bin Abi Talib 
Radiyallahu ‘anhu Pada Aqidah Dan Riwayat

Wahhabi akan menguna segala teks yang mereka sendiri palsukan. Kemudian mereka 
akan katakan : ‘ Tengok ! Imam ini kata begini Imam itu kata begitu’ dan 
sebagainya dari pembuktian bohong yang direka sendiri oleh mereka bagi 
merialisasikan impian aqidah Tajsim dan Tashbih tersebar. 
Alhamdulillah Allah tidak membiarkan agamaNya dipermainkan oleh golongan sesat 
ini. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Akan sentiasa ada kumpulan dari 
kalangan umatku menjelaskan kebenaran dan menjawab kesamaran sehinggalah hari 
kiamat ”. R.Muslim.

Rasul Dahri yang merasakan dirinya dalam kebenaran hakikatnya adalah amat 
terpesong, dia sering memalsukan kenyataan ulama mu’tabar antaranya Imam 
Syafi’e. 
Lihat pengkhianatan Rasul Dahri pada ulama Islam khasnya bila membicarakan isu 
aqidah dalam bukunya ‘Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi’ (teks Rasul 
Dahri):

“Imam Syafie rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh 
Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu”. Tamat nukilan kenyataan Rasul Dahri.

Sanggahan:
1) Lihat bagaimana pendustaan lelaki palsu ini. Rasul Dahri apabila mahu 
mengambarkan secara palsu kononnya Imam Syafi’e beraqidah seperti dirinya, dia 
(Rasul Dahri) mendakwa sahabat Nabi Imam Saidina Ali bin Abi Talib meriwayat 
kata-kata Imam Syafi’e. Amat lucu dan jelas pendustaan Rasul Dahri ini!.

Imam Saidina Ali bin Abi Talib Radhiyallahu ‘anhu hidup dizaman Rasulullah dan 
meninggal dunia wafat pada tahun 40H sedangkan Imam Syafi’e lahir pada 150H. 
Bagaimana Rasul Dahri boleh mendakwa Imam Saidina Ali pula meriwayatkan 
kata-kata Imam Syafi’e?!. 110 tahun beza antara waktu wafat Imam Saidina Ali 
dengan kelahiran Imam Syafi’e. 
Cuba fikir! Saidina Ali meriwayatkan kenyataan Imam Syafi’e??!! Sapa yang dulu 
hidup?! Sapa yang dulu mati?!
Dan nama ‘Ali bin Abi Talib’ itu dimaksudkan sahabat Nabi Muhammad yang 
terkenal iaitu suami Saidatuna Fatimah dan bapa kepada Saiduna Hasan dan 
Husein. Ini kerana Rasul Dahri sendiri meletakkan perkataan “radhiyallahu 
‘anhu”. Sila fokus!.

2) Ketika Rasul Dahri menceritakan aqidah Imam Syafi’e (secara palsu) itu, 
terdapat isi kandungannya yang amat bercanggah dengan aqidah Islam. Tidak 
mungkin Imam Syafi’e membahagi-bahagikan sifat Allah sebegitu. 
Hakikatnya Imam Syafi’e TIDAK PERNAH mendakwa ‘Allah bersifat kaki’, ‘Allah 
bersifat jari’, ‘Allah bersifat duduk’ dan selainnya daripada sandaran yang 
hakikatnya bukan sifat bagi Allah.

Ya, golongan Musyabbihah Mujassimah Wahhabiyah sering menyandarkan aqidah itu 
ke atas Imam Syafi’e, sedangkan riwayat ke atas sandaran itu tidak benar dan 
tidak sahih. Banyak kenyataan Imam Syafi’e dipalsukan oleh Wahhabi Mujassim 
Musyabbih. Aqidah yang disandarkan secara palsu itu ke atas Imam Syafi’e 
terdapat dalam sanadnya lelaki bergelar Al-‘Asyaary bernama Muhammad Bin Ali 
Al-‘Asyaary meninggal tahun 452H yang dihukum sebagai ‘Mughaffal’ seorang yang 
biol/lalai oleh ulama hadith dan dialah yang menyandarkan aqidah itu kepada 
Imam Syafi’e secara dusta dan palsu. 
Kepalsuan itu telah diakui oleh Az-Zahabi dalam Al-Mizan.Sila rujuk Mizan 
Al-‘itidal juzuk 3 mukasurat 112 dan kitab Zail Tarikh Baghdad juzuk 18 
mukasurat 173. 
Dan apabila mengkaji sanad aqidah yang disandarkan kepada Imam Syafi’e itu 
didapati pula ada seorang lelaki lagi bernama Abul ‘Iz Ibnu Kadish Ahmad bin 
‘Ubaidillah yang meninggal tahun 526H dan dia merupakan seorang yang suka 
memalsukan ‘Ma’ruf Bil Wad’’ iaitu terkenal sebagai seorang yang suka 
memalsukan hadith. Sila rujuk Mizan Al-‘Itidal jzuzk 1 mukasurat 118 dan ini 
membukti riwayat tersebut tidak benar bahkan palsu.

Maka jelas! mereka yang menyandarkan aqidah salah tersebut ke atas Imam Syafi’e 
adalah dari golongan yang tidak diterima periwayatannya dan aqidah tersebut 
diakui oleh Az-Zahabi sebagai palsu iaitu ia disandarkan kepada Imam Syafi’e 
secara palsu dan dusta.

Pepatah arab ( Lau Sallilmna Jadalan),
Sekalipun sanadnya hendak didakwa sahih-benar, tidak mungkin teks Imam Syafi’e 
sedemikian. Tidak mungkin Imam Syafi’e membahagi-bahagikan sesuatu kemudian 
mendakwa ianya sifat Allah. Tidak mungkin Imam Syafi’e kata: “ Allah ada kaki, 
jari, bersemayam yang bererti duduk dan berwajah ”. Tidak mungkin kerana 
Rasulullah sollahu ‘alaihiwassalam tidak pernah mengatakan itu semua sifat 
Allah tetapi hanya disandarkan kepada Allah dan ia mempunyai makna bukan pada 
zahirnya dan perlu diingatkan BUKAN SEMUA YANG DISANDARKAN KEDAPA ALLAH ITU 
SIFAT ALLAH ( Laisa kullu idhofah huwa sifah). Tidak pernah juga Rasulullah 
berkata pada para sahabat baginda: “Wahai sahabatku! Ketahuilah sifat Tuhan 
kamu Allah itu berkaki ,berjari, bertangan, berwajah dan duduk”…Wallahi tidak 
pernah. Maka aqidah Imam Syafi’e seperti aqidah Nabi Muhammad dan para sahabat 
tidak membahagi-bahagikan semua sandaran itu sifat!.

* Perhatian! Dalam buku/tulisan Rasul Dahri banyak pemalsuan dari sudut fakta 
dan perubahan dari segi nukilan terjemahan yang mendorong kepada aqidah yang 
berbeza dengan aqidah Islam sebenar khususnya dalam tulisan/bukunya berjudul “ 
Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi ”. Saya menasihatkan Ustaz Rasul Dahri 
agar bertaubat dan saya hanya mahukan kebaikan terbit dari diri ustaz tidak 
lebih daripada itu. Imam Syafi’e mengatakan: “Aku tidak berdebat dengan 
seseorang melainkan aku mahu kebaikan terbit dari lidahnya ”. Bertaubatlah 
wahai Ustaz Rasul Dahri.

www.abu-syafiq.blogspot.com
006 012 2850578 (Saya bersedia untuk discus/bincang dengan Rasul Palsu)

-Baca tulisan lain mengenai Rasul Palsu:
http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/11/rasul-dahri-anuti-agama-yahudi.html

dan:

http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/02/menyanggah-rasul-dahri-wahhabi-takfiry_19.html




      

Kirim email ke