----- Forwarded Message ----
From: nor faizah <faiza2...@yahoo.com>
To: taman2syu...@yahoogroups.com
Sent: Friday, June 5, 2009 10:31:11 AM
Subject: ((Tmn2Syurga)) Renungan Jumaat : Hikmah Berdiam Diri

  




 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



.:: HIKMAH BERDIAM DIRI ::.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan 
kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana 
di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di 
akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa 
kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk 
berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan 
mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang 
sia-sia.

Hikmah Diam

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barang siapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa 
yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak 
dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )* 

"Barang siapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata 
yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )*

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RIWAYAT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN 
KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG 
BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN 
ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA 
DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik 
ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg 
baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman 
pada diri manusia.

Wallahualam.

Biro Agama & Kerohanian 
Kelab MATRADE

 

   


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Reply via email to