Dari Abi Hurairah Abdir Rahman bin Skhar ra.hu, dia telah berkata : Rasulullah 
saw 

bersabda : Sesungguhnya Allah taala tidak melihat kepada jisim-jisim kalian, 
dan 
tidak kepada rupa-rupa kalian, tetapi Dia melihat kepada jantung-jantung 
(qulub) 
kalian. 

(HR Muslim)
  
1.       Allah swt hanya menilai dalaman para hamba-Nya, bukan luaran mereka. 
2.       Allah swt itu Maha Kaya, Dia tidak tertarik kepada jisim dan rupa 
ciptaan-Nya walau ia sangat cantik menurut manusia yang lain. 

3.       Allah swt itu Maha Melihat, Dia mampu melihat segala yang 
diciptakan-Nya termasuk isi jantung hamba-hamba-Nya.
4.       Qalb bukan seratus peratus bermaksud hati, tapi jantung. Lihat sini.
5.       Sunnah menyampaikan hadis ini sepertimana Rasulullah saw menyampaikan 
kepada para sahabat.  

6.       Sunnah menggunakan kun-yah, iaitu gelaran abu (bapa) atau ummu (ibu). 
Seperti mana Rasulullah saw memberi kun-yah pada Abdur Rahman bin Skhar sebagai 
Abu Hurairah (Bapa anak kucing - kerana dia sukakan bintang itu). Baginda 
sendiri dipanggil Abu al-Qasim (Bapa al-Qasim – nama anaknya)
7.       Abu Hurairah r.a tidak kekal dengan agama kufurnya seperti bapanya 
yang 
tidak memeluk Islam. Oleh kerana itu dia didoakan ‘radiyallahu anhu’.
8.       Sunnah mendengar, mengambil pelajaran dan menyampaikan hadis 
Rasulullah 
saw seperti apa dilakukan oleh Abu Hurairah r.a ini.
 
Hanya tekan 1 klik disini walau selama 1 saat, anda telah menyumbang 10 sen 
kepada kerja dakwah saya. Jazakallahukhoiron kathira.


      

Kirim email ke