Bagus, terima kasih Widya. Selamat berjuang menimba ilmu di tanah tiga
musketir sana. 
Ini adalah salah satu suara langsung dari Afghanistan yang memperjuangkan
kepentingan bangsanya yang dilihat oleh dunia luar dengan visi dan
kepentingan berbeda. Alangkah baiknya apabila kenyataan yang dikemukakan itu
juga bisa terlihat oleh dunia luar seperti yang diinginkan yang
bersangkutan. Ilmu apakah yang diperlukan disini??? Saya juga tidak (belum)
tahu jawabannya.
Salam 
Indradjaja Dalel

 -----Original Message-----
From:   widya utama [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent:   Tuesday, October 23, 2001 3:24 PM
To:     [EMAIL PROTECTED]
Subject:        [yonsatu] Re: WTC 11Sept2001 (FW: Evidence presented to
Parliament, 4th October  2001.html)

setelah menyimak laporan tony blair (terimakasih pak indradjaja), berikut
ini saya sodorkan terjemahan pidato seorang afghan di amerika. terjemahan
ini dilakukan oleh seorang sahabat dari negara jiran, sehingga ada
kata-kata yang seolah keluar dari lidah yang keseleo, harap maklum.
salam,
widya



----------------------------------------------------------------------------
----
----

Artikal "The Invisible Afghanistan"
Oleh Sayyid Rahmatullah Hashemi

[ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah
melawat US awal tahun 2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip
ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada
March 10, 2001]

Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika
datang
kapadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan
teliti,
agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa
mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu."
[Al-Hujurat 49:6]
" Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di
Universiti
Southern California), dan mereka memulakan perbualan dengan topik
patung-patung (Buddha yang dimusnahkan).
Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai
Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui
akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan.
Dan hanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui
mengenai
Afghanistan.
Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana
kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telah menderita dalam
abad
ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak
menyerang British. Kami tidak menyerang Russia.  Mereka yang menyerang
kami.
Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan
kami sendiri.
Pencerobohan Soviet
Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979.
Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan.  Tetapi pihak Russia
dengan
tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan
Disember 1979, iaitu lebihkurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah
selama
satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta
orang,
dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri
dari kekejaman Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini
pun
anak-anak kami mati kerana bahana periok api (land mines) yang ditanam
oleh
pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini.
Selepas Russia Dikalahkan
Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Peranchis dan
China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahideen. Hanya 7
kumpulan Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan
yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas
Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali ke
Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak.
Mereka
tidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama
sendiri di Afghanistan. Kemusnahan akibat dari pertemporan sesama
sendiri
itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia.
Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi
melarikan diri dari situasi huruhara tersebut ke negara-negara lain.
Munculnya Taliban
Melihat huruhara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan
pelajar-pelajar
yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah
menubuhkan
gerakan pelajar pelajar.
Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di
wilayah
selatan Afghansiatan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila
seorang 'warlord' (ketua kumpulan bersenjata bandit) telah menculik dan
memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibu-bapa kanak-kanak perempuan
tersebut telah pergi ke sebuah 'sekolah agama pondok' dan meminta guru
di
sekolah tersebut menolong mereka.  Guru tersebut bersama-sama 53 orang
murid
beliau, dengan bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi menyerang
pengkalan komander tersebut.  Selepas membebaskan kedua kanak-kanak
perempuan yang diculik itu, mereka telah mengantung mati komander. Ramai
orang-orang komander tersebut turut digantung.
Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah
ini,
ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan(Taliban) tersebut,
dan
mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua
puak-puak
bandit. Gerakan pelajar ini Taliban kini menguasai 95% Afghanistan
termasuk
ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus
bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah
Northern Alliance).
Kejayaan Taliban
Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah
kejayaan
kami yang tidak diketahui oleh dunia:
1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah.
Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami
menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.
2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah
melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan
Russia,
hampir setiap orang Afghan memilikki Kalshnikov , dan juga senjata
canggih
seperti stinger missiles, dan ada yang memilikki pesawat dan helicopter
pejuang. Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa
Bersatu
(PBB) menawarkan US$3 billion untuk membeli balik senjata-senjata itu.
Dan
kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak
diteruskan,
dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telah berjaya
melucutkan
senjata di 95% kawasan negara Afghanistan.
3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di bawah satu
pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil
alih.
4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah
memusnahkan sebanyak 75% tanaman candu dunia. Sebelum kami
menghapuskannya,
75% bekalan candu dunia dihasilkandi Afghanistan.
Dan pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman
candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawah
naungan UNDCP, Encik Barnard F. dengan bangganya mengistiharkan
Afghanistan
bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation. Zero,
zilch,
kosong Elangsung tak ada lagi.  Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang
memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak
menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman candu. Dan
tahun ini mereka kehilangan kerja.
5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di
Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduh kami melanggar hak-hak
asasi
manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak
asasi
manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk
hidup
dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di
Afghanistan
boleh hidup dengan selamat.
Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang
selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah memulihkan sistem
kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak perlu membayar
untuk
mendapat pengadilan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Di
Afghanistan
anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah
percuma
dan mudah diperolehi.
Hak-hak Kaum Wanita
Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita.
Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami
memerintah?
Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin
di
sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban
memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai
binatang. Mereka dijual. Kami (Taliban)menghapuskan amalan yang sangat
keji
ini.
Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka.
Antara
perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk
memileh
bakal suami masing-masing.
Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan
adalah
mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Semangnya amalan ini bercanggah
dengan
agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua
puak
yang bertempor ingin berdamai, maka mereka akan bertukar-tukar wanita.
Dan
amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban.
Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di
Afghanistan sebenarnya diidzin bekerja. Kami akui sebelum1996, iaitu
sebelum
kami menalukki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya
dudok rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka
dudok rumah buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita
bahawa
mereka perlu dudok rumah kerana pada masa itu keadaan huruhara tanpa
kuatkuasa undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah.
Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milek persendirian, kami
sudah
menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita
sudah
dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan
berkhidmat Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak
mahu
wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai
objek-objek
menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja.
Mereka
bekerja di Kementerian Kesiahatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan,
kebajikan awam dan seterusnya.
Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan.  Kami
telah menyatakan kami mahu wanita diberipelajaran, dan kalau pun tidak
ada
tekanan dari pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada kaum
wanita
kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk
memberi
pelajaran kepada kaum wanita.  Bila kami menetapkan sekolah-sekolah
berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak
ingin
wanita diberi pendidikan.  Memang benar kami menentang 'co-education'
(sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali
untuk
menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan.
Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber
pembiyaan.
Sebelum kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam sukatan
pelajaran
Ekurrikulum yang mendidik taat setia kepada keluarga di raja, sukatan
pelajaran ala komunis, dan kurrikulum yang diperkenalkan oleh bermacam
pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingong. Kami sudah pun
dapat
menyatukan semua kurrikulum yang bercanggah-canggah itu.
Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan
lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita
dari
lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka
diasingkan.
Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan sekolah-sekolah perempuan.
Memangnya masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat
masa
ini.
Osama bin Laden
Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika
keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu
anda
semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17
tahun,
iaitu sebelum Taliban wujud.
Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet Union,
dan
Ronald Reagan, presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah
memberi
sanjungan kepada Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang
pembebasan(freedom fighters)atau wira-wira yang memperjuangkan
kemerdekaan(Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin Laden dan
kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar Amerika menentang Soviet
Union.
Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah,
orang-orang
seperti Bin Ladin tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika
melabel
mereka sebagai pengganas dan diburu.
Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai
pengganas-pengganas
Islam. Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang dulunya pengganas
tetapi sekarang di anggap wira (boneka barat).
Sebenarnya tidak ada bedza antara keganasan yang Osama bin Laden dituduh
melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas
Afghanistan. Kedua-duanya tidak diistiharkan terlebeh dahulu, dan
kedua-duanya membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden
dituduh melakukan itu sesutau yang sangat kejam, maka serangan missiles
Amerika keatas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang sangat kejam
kerana
orang-orang awam telah terbunuh.
Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberi
beliau
terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak US menyerang
Afghanistan
dengan missiles, dan pihak US dengan selamba mengumumkan mereka cuba
hendak
membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali
oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh
demikian kami semua terperanjat.
Saya antara ramai yang berada dirumah pada malam tersebut. Saya
dipanggil
hadhir mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa United States
telah
menyerang Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba membunuh
satu
orang. Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19
orang
kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas
pembunuhan
tersebut.
Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden
Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan
jika
Osama bin laden benar-benar terlibat dalam serangan keatas kepentingan
US di
Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden
memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat
memberi kami bukti tersebut.  Kami membawa beliau ke pengadilan selama
45
hari dan tidak sesiapa pun memberti kami sebarang apa bukti.
United States memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem
kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan.
Bukankah mereka baru sahaja mencuba membunuh saorang tanpa terlebih
dahulu
memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika
sesaorang itu dianngap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi
memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu ke
mahkamah.
Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata mereka tidak percaya
dengan
sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden.
Kami
mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau
antarabangsa
untuk mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh
lakukan
apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi kepunyaannya.
Syor
kami ini juga ditolak.
Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia
menerima
jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini
juga
telah turut ditolak oleh US.
Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya membuat
jarum
oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman kepada dunia ini?
Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuh
berjuta
manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami.
Sekatan Ekonomi
Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah.
Kami
telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami
habis
musnah, masalah orang pelarian, dan masalah periok api yang sengaja
ditanam
oleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa
Bersatu
dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi keatas Afghanistan. Dan
sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus kanak-kanak mati setiap
bulan
kerana kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk.
Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil berat tentang
patung-patung
yang dimusnahkan.
Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati
Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka
dunia
tiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami.
Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah
UNESCO
dan sebuah NGO dari Scandinavia yang datang dengan projek untuk
memulihkan
muka-muka patung-patung tersebut yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis
Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan patung-patung
tersebut
digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak Afghanistan yang
kebuluran
akibat sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut
menjawab,"Tidak
boleh, duit ini hanya untuk patung-patung."
Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO yang
berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang
Afghanistan
pun berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak-anak kami yang
kebuluran itu, kami akan musnahkan patung-patung tersebut.
Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu
lakukan?
Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu dibawah sekatan
ekonomi,
dan orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi keatas kamu itu telah
datang
untuk membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan?
Kofi Annan
Dan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke
Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi
orang
bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan
anak-anak kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak
langsung
mahu bercakap tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di
perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk
membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan. Kofi Annan hanya mahu
membincangkan pasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu.
Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli
penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir
mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubatan akibat sekatan ekonomi
mereka.
Yang mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan
patung-patung tersebut.  Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan
keatas negara kami, Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak
mengubah pengangan (agama Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan
sekali-kali berganjak, kerana bagi kami pegangan (agama Islam)kami
adalah
segala-galanya. Sesiapa yang cuba memaksa kami mengubah pegangan agama
kami
dengan sekatan eknomi tidak akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya
di
Amerika, sebab di Amerika ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya.
Tetapi bagi kami agama Islam kami adalah segala-galanya. Dan kami
berpegang
teguh kepada kepercayaan adalah lebih elok mati kerana agama kami
daripada
hidup yang sia-sia.."

[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los Angeles
6 bulan sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon]
Terjemahan: Tarabulsi
16 Rejab 1422
4 Oktober 2001
_________________

--



-- 
--[YONSATU - ITB]----------------------------------------------------------
Online archive : <http://yonsatu.mahawarman.net>
Moderators     : <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Unsubscribe    : <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Vacation       : <mailto:[EMAIL PROTECTED]?BODY=vacation%20yonsatu>
1 Mail/day     : <mailto:[EMAIL PROTECTED]?BODY=set%20yonsatu%20digest>

-- 
--[YONSATU - ITB]----------------------------------------------------------
Online archive : <http://yonsatu.mahawarman.net>
Moderators     : <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Unsubscribe    : <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Vacation       : <mailto:[EMAIL PROTECTED]?BODY=vacation%20yonsatu>
1 Mail/day     : <mailto:[EMAIL PROTECTED]?BODY=set%20yonsatu%20digest>

Kirim email ke