Mahkamah Tinggi benarkan permohonan isteri tahanan ISA



Isteri bekas seorang tahanan ISA warnegara Indonesia, hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tinggal di negara ini bersama anak-anaknya yang dilahirkan di Malaysia, sehingga selesai proses permohonannya untuk menetap di Malaysia.

Pesuruhjaya Kehakiman Rohana Yusuf membenarkan perintah itu di kamarnya, berikutan permohonan ex-parte oleh Romita Hasibuan, 37, seorang suri rumah.

Romita yang visanya tamat hari ini dibenarkan tinggal bersama anak-anaknya yang berusia enam hingga 13 tahun, sehingga selesainya permohonan bagi "interparte" (untuk menetap di Malaysia) yang dijadual pada 26 Oktober tahun ini.

Jumaat lalu, seorang warganegara Indonesia, Abdul Mutalib Taib, 47, yang mempunyai status penduduk tetap (PR), menfailkan saman sejumlah RM29 juta terhadap kerajaan kerana menangkap dan meletakkannya dalam tahanan sebelum dihantar pulang ke Indonesia pada April lalu, yang didakwanya menyalahi undang-undang.

Beliau dan isterinya, menamakan 14 defendan dalam saman itu, termasuk Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mohamed Jamal Kamdi dan Timbalannya Saadun Mat Sabari, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara serta Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Datuk Azmi Khalid.

Antara lain mereka memohon pengisytiharan bahawa penangkapan, penahanan dan penghantaran pulang Abdul Mutalib dilakukan secara tidak sah dan meminta supaya seluruh keluarganya dibenarkan terus tinggal di Malaysia.

Menurut laporan Bernama, pada 15 September, Romita bersama suaminya menfailkan saman malu sejumlah RM10 juta terhadap Azmi kerana mendakwa Abdul Mutalib sebagai penjenayah dan pengkhianat besar.




------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/




SPONSORED LINKS
Root cause analysis Hair loss cause Human rights
Human rights watch Human rights violations Human rights abuses


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke