dari millist tentangga nih,semoga bermanfaat...agar lebih berhati-hati
terhadap bahaya nyamuk aedes...

> -----Original Message-----
> From: Yanthie Y. 
> Sent: Tuesday, September 23, 2003 11:19 AM
> Subject:      FW: [keluarga-islami] Anis Sabrina dalam Kenangan
> 
> 
> Menyedihkan.............
> 
> Anak kami Anis Sabrina , 8 bulan telah kembali ke rahmatullah pada 24
> November 2002 pukul 6.30 pm di Katil No. 5 , Unit Rawatan Rapi (PICU) ,
> Institut Pediatrik , HKL. Anis Sabrina meninggal disebabkan serangan
> "Dengue Shock Syndrome" , ataupun denggi berdarah Grade IV, yang telah
> merosakkan keseluruhan organ didalam badannya. Tetapi virus yang menyerang
> Anis ini baru ditemui dan pakar-pakar perubatan tidak mengetahui punca
> sebenar virus ini..melainkan secara kasarnya ianya hanyalah demam denggi
> yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
> Tujuan saya meneceritakan pengalaman benar ini adalah untuk peringatan
> kita semua dan juga ihubapa akan bahayanya Demam Denggi , kerana sehingga
> ke hari ini belum ditemui lagi vaksin untuk merawat penyakit denggi.
> Ikutilah pengalam Anis Sabrina diserang denggi dan sehingga menghembuskan
> nafas terakhirnya dalam keadaan yang teramat sakit , menderita dan
> pilu.....
> Peringkat demam denggi adalah dalam lingkungan 10 hari. 4 hari pertama
> merupakan demam panas yang berpanjangan, masuk hari ke 5 , demam panas
> akan hilang. Kebanyakkan kita beranggapan , bila panas dah hilang , demam
> dah baik, sedangkan hakikatnya bagi demam denggi, hari ke 5 hingga ke 10
> merupakan hari virus denggi mula membiak.  Sekiranya seseorang dapat
> bertahan hingga hari ke 10 tanpa menghadapi komplikasi lain insyallah akan
> selamat , tetapi jika sebaliknya,,memang akan menjadi korban, Dan anak
> saya terkorban pada hari ke 11 demamnya. Walaupun melepasi tahap hari
> kritital 10 hari , namun virus telah menyerang keseluruhan organ
> dalamannya sehingga gagal berfungsi. Khamis (14 November 2002).....pukul
> 4.30 pagi (Hari ke 1 demam)
> Seperti kebiasaanya Anis akan terbangun bila saya bangun untuk bersahur.
> Dan pagi itu Anis macam biasa , ceria dan bermain-main...sehingga saya
> selesai bersahur....kemudian selepas subuh Anis tertidur semula. Saya
> seperti biasa bersiap untuk ke tempat kerja..dan ketika mahu mengangkat
> Anis keluar dari bilik lebih kurang pukul 7.45 pagi,,saya dapati badan
> Anis sedikit panas. 
> Saya telah berpesan kepada Pembantu rumah untuk memberikan Anis ubat
> demam. Di pejabat hati saya resah. Saya seperti menjangkakan yang anis
> mungkin diserang denggi kerana dikawasan ini banyak kes denggi.  Sehingga
> petang saya kembali dari bekerja..keadaan Anis masih panas.  Saya terus
> membawa Anis ke Klinik untuk mendapatkan rawatan...doktor mengatakan hanya
> demam biasa... dan mengingatkan jika demam tidak baik sehingga hari Ahad ,
> kembali semula ke Klinik untuk membuat ujian darah. Keadaan Anis tidak
> berubah...sekejap panas , sekejap hilang.Walaubagaimana pun Anis masih
> mahu minum susu dan makan.
> Jumaat (15 November 2002 - Hari ke 2 demam)
> Keadaan Anis masih tidak berubah. Sementara saya pula mengalami demam.
> Oleh kerana kurang sihat dan tidak sedap hati..saya tidak ke pejabat
> disebablan keadaan Anis dan diri saya yang demam. Tapi Alhamdulillah
> menjelang petang demam saya beransur hilang. 
> Hanya Anis yang masih demam walaupun tidak sepanas semalam. Dan petang itu
> seluruh ahli keluarga suami saya mengadakan majlis berbuka puasa dan
> kesyukuran , kerana ibu mertua saya baru sembuh dari demam denggi. Tapi
> hati saya tetap risau mengenangkan keadaan Anis. Masa Anis banyak
> dihabiskan dengan tidur dan sekali-sekala mahu bermain-main. Keadaannya
> seperti tidak selesa..kerana dia lebih suka berbaring di dalam buaian
> walaupun sebenarnya dia tidak tidur.
> Sabtu (16 November 2002 - Hari ke 3 demam)
> Badan Anis sedikit sejuk hari ini. Saya bersyukur , mungkin demam Anis dah
> sembuh. Saya tinggalkan dia dirumah dan pergi membeli barangan keperluan
> rumah. Tengahhari Anis banyak tidur....dan mula kurang makan. Saya buatkan
> bubur nasi dan sup..dia makan dalam 3 -4 sudu ...lepas tu tidur.
> Ahad ( 17 November 2002 - Hari ke 4 demam)
> Menjelang pagi. Suhu badan Anis naik lagi...Selepas Subuh saya bawa Anis
> ke klinik sekali lagi. Setibanya di Klinik..doctor mencadangkan Anis
> dibawa ke HKL , kerana kalau ujian darah dibuat di Klinik , akan mengambil
> masa yang agak lama untuk tahu keputusannya. Lagipun Ahri Ahad makmal
> ujian tutup. Saya pun terus membawa Anis ke HKL, Unit Kecemasan. 
> Keadaannya agak sedikit lemah..tapi masih lagi boleh menyusu dan tertawa.
> Selepas membuat pemeriksaan,(pukul 9.45 a.m) doctor menahan Anis di Wad ,
> kerana disyaki menghidap denggi. Anis ditempatkan di Wad KK2 , Bilik No.
> 1. Hati saya mula tidak tenteram melihatkan terlalu ramai kanak-kanak di
> wad itu yang diserang denggi. Setibanya di Wad, doctor telah mengambil
> sample darah Anis untuk membuat ujian. Oleh kerana Anis masih terlalu
> kecil , amat sukar untuk memasukkan jarum ke badannya..untuk mengambil
> darah. 
> Sehingga 5 - 6 kali mencuba baru berjaya. Kesian Anis , lebam-lebam
> tanhgannya...Pukul 2.00pm , ujian darah diketahui , dan dari ujian
> berkenaan darah Anis tidak ada virus denggi. Saya bersyukur...tetapi Anis
> diletakkan dlaam pemerhatian kerana tanda-tanda denggi ada
> padanya..seperti tidak lalu makan dan lemah badan.Walaupun begitu, hati
> saya masih risau dan kuat mengatakan yang Anis dijangkiti denggi. Setiap 6
> jam darah Anis diuji dan setiap kali itu saya menyaksikan Anis akan
> menangis kesakitan...Kesian Anis. Malam tu Anis asyik tidur dan langsung
> tidak mahu makan dan minum. 
> Dia bergantung sepenuhnya pada drip air yang dimasukkan ke dalam badannya.
> Kencing Anis juga semakin berkurangan. Menjelang tengah malam doctor
> memberitahu yang memang confirm Anis telah dierang denggi , berdasarkan
> ujian darah yang di buat petang tadi.  Walaubagaimana pun masih
> diperingkat awal kerana bacaam ujian Platelette menunjukkan bacaan 195.
> (Normal antara 130 - 400) , tetapi Anis diletakkan dalam pengawasan doctor
> , kerana tidak mahu melarat.
> Isnin (18 November 2002 - hari ke 5)
> Keadaan Anis lemah, tapi masih boleh membuka mata dan bermain-main bila
> diagah. Susu langsung tak mahu, yang mahu hanya menhisap putting. Pukul
> 8.00 pagi darah Anis diambil lagi. Kali ini doctor menyuntik lubang jarun
> baru..kerana darah Anis terpaksa duji setiap 4 jam sekali. Sebelah tangan
> Anis disuntik jarum untuk memasukkan drip air , dan sebelah lagi untuk
> merngambil darah. 
> Tak sampai hati asya meliohat keadan Anis ketika itu.Pukul 9.00 Doktor
> P.G. Lim , Pakar Kanak-Kanak membuat pemeriksaan ke atas Anis..dan doctor
> mendapati hati Anis sedikit bengkak.Doktor mengarahkan supaya Anis di
> X-Ray untuk melihat keadaan paru-parunya.  Hati sya semakin bimbang ,
> namun saya hanya mampu berdoa dan sambil berkata , yang Anis hanya demam
> biasa......semasa menunggu giliran untuk di X-Ray, jarum ditangan kanan
> Anis terbuka..menyebabkan darah keluar meleleh..sehingga membasahi baju
> saya dan Anis , dan diatas lantai. 
> Oleh kerana banyak darah yang mengalir , Anis kelihatan agak lemah.  Hati
> saya hanya Allah yang tahu. Selepas di x-ray Anis lebih banyak
> menghabiskan masanya dengan tidur. Bila diangkat dia akan menangis.
> Didudukkan di atas katil , dia tak dapat bertahan. Pukul 4.00 petang
> doctor membuat pemeriksaan sekali lagi...dan doctor mengatakan yang
> paru-paru Anis dimasuki sedikit air dijangkiti sedikit kuman. 
> Hati Anis juga telah membengkak 4 cm. Doktor mengarah Anis dipindahkan
> Kebilik No. 7, untuk dibuat lebih kerap pemerhatian keatasnya. Pukul 4.30
> pm Anis dipindah dan doctor lebih kerap mengambil darah. Anis hanya tidur
> ,, dan tidak menangis. Menjelang waktu berbuka , Anis langsung tidak mahu
> membuka mata , dan saya hanya meneguk segelas air untuk berbuka puasa ,
> kerana tekak ini rasa telah tersumbat untuk menerima sebarang makanan.
> Selepas solat Maghrib , saya cuba menitiskan sedikit air ke mulut Anis
> menggunakan syringe ubat. 
> Namun Anis meluahkan balik. Pada pukul 7.30 malam saya cuba untuk
> mendudukan Anis , tapi alangkan terkejutnya , Anis tiba -tiba muntah darah
> yang berwarna kehitam-hitaman. Saya menjadi teramat panik.  Saya menjerit
> memanggil jururawat dan doctor . dan menelefon suami.  Suami saya dalam
> perjalanan ke hospital. Saya serasa hampir pitam melihatkan keadaan Anis.
> Setibanya suami dihospital. Saya terus menyuruhnya memegang Anis, kerana
> saya tidak sangup melihat keadaannya. 
> Selapas tu Anis muntah lagi dengan meluahkan darah seperti tadi, malahan
> kali ini lebih banyak lagi sehingga membasahi baju dan juga cadar katil.
> Keadaannya semakin lemah. Tidak sampai 5 minit , Anis muntah darah
> lagi....Doktor membuat keputusan untuk memindahkan Anis ke PHDW (Pediatrik
> High Dependency Wad) atau semi ICU. Semasa dibawa Anis masih menangis
> lagi...dan setibanya di PHDW, Doktor telah memasukkan segalam macam tiub
> di badan Anis. Ujian Plattelette juga didapati semakin menurun iaitu , 55.
> 
> Doktor mencucuk lagi lengan kecil Anis untuk mencari salur darah yang
> baru, kerana yang sediada telah tersumbat. Anis menangis dengan kuat , dan
> saya berlari keluar kerana tidak sampai hati melihat keadan Anis. Kalaulah
> saya tahu yang itulah mungkin kali terakhir saya boleh mendengar tangisan
> Anis , mungkin saya akan tunggu Anis.  Selesai semua tiub di masukkan ke
> tubuh Anis, Sel darah kuning (Platelette) dimasukkan kedalam badan Anis ,
> untuk membantu menambah kan sel darah kuning , bagi melawan virus tersebut
> , kerana hati Anis tidak berfungsi untuk menghasilkan sel-sel darah. 
> Pukul 12.00 malam doctor memberitahu keadaan nya kritikal tapi agak stabil
> , dengan bacaan platelette hanya tinggal 29.  Walaubagaimanapun menurut
> doctor mungkin keadaan Anis akan berubah jika badannya dapat menerima sel
> darah kuning yang dibekalkan , dan mungkin dapat dipindahkan ke wad biasa.
> Selasa (19 November 2002 - Hari ke 6)
> Pukul 6.00 pagi , saya melihat Anis tidur ambil menghisap putting.  Memang
> sepanjang masa di hospital Anis tidak boleh berenggang dengan putingnya.
> Suami pulang kerumah kerana menyangkakan Anis semakin baik. Tetapi
> alangkan terkejutnya saya apabila doctor memberitahu yang Anis terpaksa
> dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami maslah pernafasan
> dan juga Platelette yang semakin menurun iaitu 16 , disamping hati yang
> mula kurang berfungsi dan semakin membengkak sehingga 9cm.
> Tahap ini amat kritika kerana ia akan menyebabkan pendarahan pada otak.
> Bantuan pernafasan yang diberikan tidak berkesan , kerana bila Anis
> terjaga dari tidur dia akan cuba mencabut semua wayar dan tiub dibadannya,
> jadi doctor mahu memasukkannya ke dalam ICU dan memberikan ubat tidur
> supaya dia tidak menganggu segala macam alat yang dipasang ke dalam
> badannya. Saya menelefon suami , yang ketika itu baru sampai dirumah , dan
> dia bergegas semula ke Hospital. Pukul 8.30 am. 
> Anis di pindah kan ke Unit Rawatan Rapi (PICU) HKL. Saya hanya
> menghantarnya ke muka pintu , kerana doctor tidak membenarkan ibubpa
> berada didalam semasa doctor membuat rawatan. Saya terdengan tangisan
> Anis. Yang rupanya kali terakhir dapat didengar). Saya menanti diluar ICU
> dengan keadaan yang amat tertekan sekali. Kerana saya dapat tahu ,pada
> pukul 7.00 am. 
> Sebelum Anis dipindah kan ke ICU , seorang kanak-kanak berumur 9 tahun
> meninggal dunia kerana masalah yang sama macam Anis , dan kebetulan Anis
> ditempatkan di katil yang sama dengannya. Namun sokongan ahli keluarga dan
> juga jururawat serta doctor telah menguatkan semangat saya untuk melalui
> saat-saat getir ini. Hanya doa yang dapat saya lakukan untuk menolong
> Anis. Hampir 3.5 jam menunggu , doctor masih belum selesai menjalankan
> kerja-kerjanya.  Kaum keluarga , sahabat handai ramai mengerumuni ICU
> untuk melihat perkembanagn Anis. 
> Pukul 1.00 tengahari doctor keluar dari unit ICU dan menemui saya dan
> suami , untuk memberitahu pekembangan Anis. Doktor memberitahu yang Anis
> telah "ditidurkan" dengan ubat tidur , dan pernafasan Anis diambil alih
> sepenuhnya oleh mesin dan komputer. Kami dibenarkan melawat Anis. Hampir
> pengsan saya melihat keadan Anis. Dengan hanya memakai "diapers" , tiub
> dan wayar berselirat ditubuhnya dan saluran pernafasan dimasukkan ke dalam
> mulutnya. Satu tiub lagi dipasangkan dihidungnya untuk mengeluarkan darah
> dari dalam badannya. 
> Doktor memberitahu kami yang Anis mengalami masalah saluran darah yang
> bocor, iaitu oleh kerana terlalu banyak air yang dimasukkan ke dalam
> badannya dan Anis tidak boleh kencing menyebabkan , saluran darah yang ada
> tidak dapat menampung air yang ada di dalam badan Anis sehingga berlaku
> kebocoran , dan air itu telah memenuhi keseluruhan ruang perut, hati ,
> paru-paru . Ditambah lagi dengan keadaan buah pinggang Anis yang sudah
> tidak berfungsi menyebabkan dia tidak boleh kencing sehingga menyebabkan
> badan Anis mengembang seperti belon.Walaubagaimana pun sya lihat Anis
> seperti tidur.  Mukanya bersih seolah-olah dia tak sakit. Kesian Anis ,
> dalam usianya dia terpaksa berhadapan dengan kesakitan.
> Rabu (20 November 2002 - Hari Ke7 demam)
> Saya telah berkampung di HKL sejak hari pertama Anis dimasukkan kesini.
> Pukul 8.30 pagi doctor menenui saya , dan membritahu keadaan Anis. Anis
> dalam keadaan amat tenat. Kerana kandungan sir dalam badannya terlalu
> banyak. 
> Anis tidak boleh kencing secara normal kerana buah pinggang Anis telah
> rosak. Disamping itu hati Anis semakin membengkak , dan paru-parunya
> dipenuhi air dan darah. Doktor juga menerangkan yang salur darah Anis
> telah bocor menyebabkan air telah meresap ke deluruh organ di dalam
> badannya. Ya allah..tabahkan lah hati saya. Oleh kerana kedua-dua buah
> pinggang Anis telah rosak maka proses perkumuhan tidak dapat dilakukan
> secara semulajadi. Doktor mungkin akan menebuk perut Anis untuk
> mengeluarkan kandungan air di badanya untuk mengelakkan keracunan. 
> Apalagi yang saya boleh lakukan melainkan menyerahkan pada kebijaksanaan
> doctor dan berdoa kepada Allah. Pukul 10.30 pagi Dr Selva , pakau Urologi
> (Buah Pinggang) memanggil saya dan suami.  Doktor meminta keizinan dari
> kami untuk melakukan sedikit pembedahan dengan menebuk perut Anis. Doktor
> berkata tiada cara lain lagi.  Melainkan cecair perkumuhan dalam badan
> Anis perlu dikeluarkan , sebelum , rawatan yang lain boleh dilakukan. 
> Apa lagi yang boleh saya dan suami lakukan , melainkan menandatangani
> surat kebenaran. Proses mengeluarkan air dari badan ini sama seperti
> proses "Homodialysis" bagi pesakit buah pinggang.  Cuma bezanya dia
> dipanggil PD , dan dia hanya untuk mengeluarkan air kencing dan bukannya
> mencuci darah. Prosesnya adalah dengan memasukkan berliter-liter air ke
> badan Anis , membiarkannya selama 5 minit dan mengeluarkannya semula.
> Semasa proses mengeluarkan air ini , dia akan menyedut sama air kencing
> dari badan Anis.Kemudaian air akan diasingkan , iaitu air yang dimasukkan
> tadi akan di tadah didalam baldi , dan air kencing Anis yang disedut
> keluar akan di sukat untuk mengetahui , berapa banyak yang berjaya disedut
> keluar. 
> Badan Anis jua kelihatan semakin membengkak. Tentu anda semua dapat
> bayangkan , andainya terlalu banyak air yang dimasukkan ke dalam badan ,
> tetapi tidak ada yang keluar tentu badan anak membengkak seperti belon.
> Itulah yang terjadi kepada Anis. Sementara itu darah merah dan
> kuning(platelette)telah berpaket-paket dimasukkan ke badan badan Anis ,
> namun semuanya tiada tindak balas. Bacaan Platelette juga semakin turun
> naik. Tidak ada sebarang improvement pada diri Anis , malahan semakin
> teruk lagi.
> Khamis (21 November 2002 - Hari ke 8)
> Keadaan Anis tidak berubah , dan amat kritikal. Doktor hanya meneruskan
> rawatan yang sama. Oleh kerana denggi tiada vaksin , rawatan hanya
> berdasarkan permehatian sahaja. Pada ketika ini nyawa Anis memang
> bergantung sepenuhnya pada mesin. Jika bacaan mesin menunjukkann Anis
> kekurangan darah merah, doctor akan masukkan darah merah, kalau kelurangan
> platelette , doctor akan masukkan , kalau kurang air , tambah lagi, kalau
> kurang oksigen, tambah lagi bekalan oksigen. Begitulah keadaan Anis.
> Sehingga anak saya yang dahulunya putih gebu , kini telah membengkak , dan
> sedikit kehitaman. Sehingga pada suatu ketika berlaku pendarahan dari
> mulut , dan hidung Anis , darah bercampur lendir dan berbuih-buih. Saya
> teramat sebak. 
> Sampai pada satu tahap badan Anis tidak dapat menampung darah yang
> dibekalkan padanya, pada masa ini berlaku pendarahan dari hidungnya.
> Doktor memberitahu , ini kerana bekalan darah telah overload sehingga ia
> membuak keluar. Tetapi bekalan darah tak dapat dihentikan , kerana hati
> Anis telah rosak dan tidak dapat berfungsi untuk menghasilkan sel-sel
> darah, Jadi Anis bergantung sepenuhnya pada bekalan darah.Pemantauan ke
> atas Anis lebih rapi lagi dengan setiap 2 jam dibuat ujian darah dan
> bermacam-macam ujian lagi.Badan Anis juga mula kuning kerana hatinya tidak
> berfungsi lagi. 
> Petang ini lebih kurang pukul 6.00 sedang saya duduk di hadapan ICU , saya
> telah menyaksikan 2 kematian . Mayat 2 orang sedang ditolak dihadapan mata
> saya. Dan saya tahu salah seorang dari mereka meninggal dunia kerana
> serangan denggi. Hati saya mula berdebar , adakah saat untuk Anis akan
> tiba jua... ini kerana sepanjang saya berkampung di HKL sehingga hari ini
> , saya telah menyaksikan 3 kematian kanak-kanak kerana denggi. Saya hanya
> berdoa semoga akan selamat dan sembuh seperti sediakala, walaupun memang
> saya tahu saya akan pasti melalui saat seperti itu jua.
> Jumaat (22 November 2002 - Hari ke 9)
> Keadaan Anis bertambah tenat. Pukul 2.00 petang doctor memanggil saya dan
> suami untuk menerangkan keadaan Anis. Consultant Dr Hung , Paeditrician Dr
> PG Lim , Dr Zamani , Dr Siti Aishah dan Dr Ismail telah menerangkan yang
> keadaan Anis semakin tenat dan peluang untuknya sembuh adalah teramat
> nipis. Ya Allah inilah dugaan yang paling hebat saya terima. Ini adalah
> kerana semua organ didalam badanya telah rosak dan tidap dapat berfungsi.
> Kedua-dua buah pinggangnya rosak , hatinya bengkak , paru-parunya berair
> dan berdarah serta dijangkiti kuman , tekanan darahnya rendah , pendarahan
> dalaman berlaku di di sana sini dan boleh dilihat secara luaran memalui
> hidung dan mulut , badannya semakin mengembang , kekuningan dan agak
> sedikit kehitaman. 
> Saya bertanya kepad doctor , oleh kerana keadaanynya yang sedemikian ,
> adakah doctor akan menruskan rawatan (pada saya penyiksaan) kepadanya ,
> doctor berkata mengikut peraturan doctor tidak boleh menghentikan rawatan
> ke atas pesakit sehingga pesakit itu pergi dengan sedirinya. Keadaan saya
> amat tertekan sehingga saya langsung tidak menjamah sebarang makanan
> melainkan minum air selama berhari-hari , namun peliknya saya berasa kuat
> walaupun tidak mengambil sebarang makanan.
> Sabtu (23 November 2002 -- Hari ke 10)
> Sepatutnya hari ni Anis telah melepasi tahap kritkal demamnya. Tapi apakan
> daya oleh kerana berlaku terlalu banyak komplikasi dalam badannya ,
> keadaan sebaliknya yang berlaku. Pada tahap ini masalah denggi tidak ada
> lagi, yang tinggal hanyalah komplikasi-komplikasi terhadap organ
> dalamannya. 
> Pada hari ini doctor menemui saya lagi dan memberitahu yang Anis semakin
> tenat...dan peluangnya amat nipis. Sekarang ini tekanan darahnya terlalu
> rendah sehingga jantungnya terpaksa dibantu dengan 5 jenis ubat untuk
> menguatkannya. Sistem badan Anis juga terlalu lemah kerana darahnya
> kekurangan oksigen. Oksigen tidak boleh dibekalkan terlalu banyak kerana
> paru-paru Anis tidak dapat berfungsi dengan baik dan jika dibekalkan juga
> oksigen maka akan berlaku kemungkinan paru-paru Anis akan pecah. 
> Untuk mengelakkan ini berlaku doctor membuat pemantauan yang rapi dengan
> membekalkan darah sedikit demi sedikit dan mengawal pendarahan dari
> berlaku. Semasa sample darah diambil , warna darah dari badan Anis
> berwarna kehitaman akibat kekurangan oksigen.Keadaan memang amat kritikal
> sekali.. Melihatkan keadaan Anis memang saya teramat sedih , dan hampir
> hilang akal. 
> Tetapi setelah saya berfikir kembali , jika ini hanya merupakan suatu
> penyiksaan terhadap Anis , saye redha...saya merelakan dia pergi..tapi
> doctor kata jangan mudah nmeyerah kalah , selagi ada jalan akan dicuba
> untuk menyelamatkan Anis. Malam selepas solat maghrib , jururawat meminta
> saya tidak pergi kemana-mana kerana mungkin masa Anis hampir tiba. Saya
> cuba kuatkan hati dengan membara surah yasin dan ayat-ayat alquran di
> telinga Anis disamping memberikan kata-kata semangat pada Anis. 
> Walaupin Anis tidak sedar, tetapi naluri keibuan saya tahu yang Anis
> mendengar apa yang saya katakan padanya.Saya habiskan banyak masa dengan
> Anis sepanjang hari ini sehingga tengah malam....saya tidak dibenarkan
> berada di dala ICU , kerana ketika itu Unit ICU sibut dengan berita
> pemisahan kembar Siam Azami dan Azama. Oleh kerana itu keadan di ICU agak
> sibuk dan saya mengambil keputusan menunggu diluar sahaja.
> Ahad (24 November 2002 - Hari ke 11)
> Selepas subuh saya balik kerumah sebentar untuk menukar pakaian.Kemudian
> saya terus bergegas semula ke HKL. Sejak pagi ini, keadaan Anis teramat
> tenat dengan hidupnya bergantung sepenuhnya pada ubat yang menguatkan
> jantungnya. Saya meminta keizinan pada doctor untuk memberi peluang anak
> saya yang lain iaitu Zikry, 5 dan Zulaikha , 3 untuk melihat adik mereka
> buat kali yang terakhir. 
> Ini kerana sejak seminggu yang lalu. Iky dan Ika tak dapat nak lihat
> adiknya , kerana kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dalam ICU.  Sebak
> melihatkan kedua anak saya melihat keadaan adik mereka, kerana saya selalu
> berkata yang adiknya dihospital untuk baik , tetapi sebaliknya yang
> berlaku. Oleh kerana saya tahu hari ini mungkin hari terakhir Anis , saya
> tak mahu berganjak dari tepi katil Anis sambil mebacakan surah Yasin dan
> bercakap-cakap dengannya. Kulit Anis semakin kehitaman....pukul 2.00
> petang saya semakin tidak sanggup melihat keadaan Anis , dan memohon
> jururawat menhentikan ubat-ubatan keatas Anis. Jururawat tidak berani
> membuat keputusan , kerana doctor tak ada. 
> Tidak lama doctor datang dan saya merayu supaya dihentikan saja ubat ke
> dalam badanya kerana melihatkan keadaanya yang semakin membiru dan
> kehitaman. Andainya sudah ditakdirkan sampai disini saja Anis dipinjamkan
> kepada saya , saya redha dan relakan permegian Anis.  Saya mahu Anis pergi
> dengan tenang.Doktor memanggil suami saya untuk mendapatkan pengesahan
> kebenaran...dan akhirnya satu demi satu ubat untuk penyambung hayat di
> badan Anis dihentikan. Doktor tidak membuangnya secara serentak. Kerana
> tidak mahu saya terkejut dengan pemergian Anis. 
> Jadi doktor menghentikannya satu persatu melain ubat tidur. Dia bertanya
> kepada saya , samada saya mahu melihat dia pegi dalam sedar atau tidak.
> Walaupun sebenarnya saya ingin melihat Anis membuka mata buat kali
> terakhir , tapi apabila doctor mengatakan jika ubat tidurnya dihentikan ,
> dia akan tersedar . tetapi akan menanggung kesakitan yang amat sangat dan
> tidak boleh melihat dan memberi respond apa yang diberikan , saya
> mengambil keputusan untuk tidak menghentikan ubat tidur padanya. 
> Walaupun kesemua ubat telah ditanggalkan , tetapi dia tetap akan mengambil
> masa yang lama untuk Anis mengakhiri hayatnya , menurut doctor mungkin
> Anis akan nazak sekitar 2-3 jam lagi. Terus terang saya katakan saya tak
> sanggup lagi melihat Anis begitu.Kalau boleh saya mahu dia cepat
> menghabiskan hayatnya. Bukannya saya mendoakan dia pergi , tapi melihatkan
> pada keadaan nya , jikalau anda semua berada ditempat saya, pasti anda
> jua..akan melakukan apa yang saya lakukan . 
> Mujur tidak lama selepas itu muncul Dr Abd. Halim...melihatkan pada
> keadaan Anis, dia lantas memanggil saya dan suami dekat dikepala Anis ,
> dan meminta jururawat mengangkat Anis ke pangkuan saya untuk Anis
> menhabiskan hayatnya. Dan dengan perlahan-lahan Doktor mencabut satu
> persatu penyambung hayat Anis.... Saya peluk badan Anis, saya bisikkan
> ayat-ayat suci kepadanya. 
> Saya katakan padanya yang...mama dan ayah redha dengan pemergian
> Anis....pergilah sayang...mama dan ayah relakan Anis pergi...pergilah
> dengan tenang Anis..jangan takut...Anis pergi dulu..nanti Anis tunggu mama
> , ayah Iky dan Ika diakhirat.Ketika monitor yang menunjukkan nyawa Anis
> hampir sampai keakhirnya , ayah saya iaitu datuk Anis baru tiba dari kg.
> Dan sebaik saja datuknay mengucupnya Anis Sabrina pun pegi dengan tenang
> menghadap ilahi...Saya masih tidak percaya yang Anis telah pergi...dan
> apabila saya melihat monitor ....barulah saya pasti yang anak saya ANIS
> SABRINA telah kembali kepadanya dengan keadaan yang menyayat
> hati...INNALILLAHI WAINNALILLAH HIR RAJIUNNNNNN. 
> Buat yang meyaksikan Anis Meghembuskan nafasnya , pasti tidak dapat
> menahan sebak...Selamat Anis....tenanglah Anis disana. Anis pergi dengan
> disaksikan ahli keluarga saya dan suami , datuknya , cik gee, cik som, cik
> lah ,cik rin, cik mah...mak lang , mak ngah, pak ngah, cik wan , radzwan ,
> cih shah, jururawat dan doctor yang ada disekeliling Anis.Anis pergi
> menghadap ilahi tepat pukul 6.30 petang dalam hujan renyai-renyai. 
> Selamat Tinggal Anak Mama ANIS SABRINA. Mama sentiasa sayang dan
> mengingati Anis sehingga keakhir hayat mama...dan semoga kita dipertemukan
> disana.ANIS SABRINA tetap kekal dalam ingatan mama , ayah , Iky , Ika dan
> semua saudara mara . Mungkin ketika itu Anis telah mendapat ketenangan dan
> tidak merasakan kesakitan seperti sebelumnya. Ini dapat saya lihat dari
> keadaan wajah Anis yang cukup tenang, cantik dan teramat comel , berbeza
> sewaktu sedang tenat. 
> Mungkin ini juga kerana saya telah merelakan dia pergi, kerana sebelum ini
> saya seperti tidak mahu kehilangannya, namun apabila difikirkan buat apa
> sya menyiksanya...dan saya bedoa semoga dipercepatkan masa untuk Anis
> bertemu penciptanya. Selamat tinggal anak mama....Mungkin selama ini Anis
> menunggu keizinan dan kerelaan dari saya ibunya untuk meninggalkan dunia
> ini. Pergilah Anis.......... Jenazah Anis dibawa pulang kerumah lebih
> kurang pukul 9.30 malam. Malam itu merupakan malam terakhir Anis tidur
> dirumah diatas katil Anis. 
> Mungkin kuasa Allah , walaupin sewaktu nazaknya badannya hampir semua
> kehitamannya, sebaik sampai ke rumah dan dibaringkan dikatilnya...lama
> kelamaan kulit nya kembali seperi biasa....malah saya lihat Anis seperti
> tidur dengan nyenyaknya. Saya sentiasa disisi Anis sepanjang malam. Semua
> yang datang melihay jenazahnya Anis mengatakan Anis cantik , tidur dan
> terlalu comel.
> Anak saya Iky dan Ika sukat untuk menerima kenyataan yang adiknya telah
> pergi. Sepanjang malam Iky disisi adiknya dan terlena disisi jenazah
> adiknya. Dan dia tak henti-henti merenung adiknya...sehingga tak bagi saya
> munutup wajah jenazahnya. Bertambah sedih bila dia bertanya ..berapa lama
> Anis nak mati...bila dia nak hidup balik...dan kenapa mama tak bawa adik
> ke Klinik untuk bagi adik hidup.
> Isnin (25 November 2002)
> Pukul 9.00 pagi jenazah Anis dimandikan , Saya , suami , ditemani ustazah
> telah memandikan Anis buat kali yang terakhir. Terasa badannya amat lembut
> ,seolah-olah sedang tidur , dan berbau wangi.  Kesian Anis , ada bahagia
> anggota badannya yang membengkak dan lebam-lebam. Sewaktu sedang
> dimandikan , badannya darih masih mengalir melalui hidung dan mulut. Ini
> kerana pembeku darah dalam badan Anis ridak ada. 
> Jadi darah masih tetap mengalir. Sewaktu saya membersihkan mulut Anis ,
> dan membuka mulut Anis , Ya Allah..darah cair kehitaman memenuhi mulut
> Anis..di saat out saya melihat gigi Anis 2 batang yang baru mula
> tumbuh...Saya tabahkan hati untuk tidak mengalirkan air mata , kerana
> ustazah telah berpesan kepada saya , jangan menangis hingga mengalirkan
> air mata di atas jenazah..Ini adalah kali teakhir saya dapat memandikan
> Anis , selalunya memang diwaktu begini Anis akan bangun tidur dan
> menandikannya. Tapi hari ini adalah kali terakhir Anis akan mandi di rumah
> saya. Saya juga telah mengkafankan jenazah anak saya bersama suami dengan
> tunjuk ajar ustazah.....Pukul 11.00 pagi setelah disembahyangkan ,Jenazah
> Anis selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas , Ampang. 
> Suami saya merupakan orang yang terakhir memegang Anis ...kerana dia yang
> telah membaringkan Anis di liang lahad. Semadilah ANIS SABRINA dengan
> tenang. Mama , Ayah , Iky dan Ika akan selalu datang melawat Anis.Mungkin
> disaat ini Anis sedang bahagia bertemu yang menciptanya. Sedekahlah
> AL-FATIHAH.......untuk Anis Sabrina.
> Begitulah kesudahanya serangan "Dengue Shock Syndrome" ke atas anak saya.
> Semuanya berlalu dengan terlalu pantas dan seperti bermimpi.  Selama 11
> hari Anis memalu saat-saat derita untuk menemui ilahi. 3 hari dirumah , 1
> hari di wad KK2 , 1 hari di HDPW dan 6 Hari di ICU..dan untuk seterusnya
> Anis akan tinggal di suatu tempat yang amat indah sekali.... Amin......
> Hilangalah seorang permata hati saya yang menjadi korban kerana seekor
> NYAMUK AEDES. Untuk mengelakkan lebih ramai lagi kanak-kanak seperti Anis
> menjadi mangsa , saya dan suami telah memberi kebenaran kepada doctor
> untuk mengambil sedikit tisu hati , air tulang belakang dan darah Anis
> untuk dibuat ujikaji. Ini kerana "Dengue Shock Syndrome " yang menyerang
> Anis ,adalah sejenis viris yang baru..tidak seperti virus denggi sebelum
> ini yang hanya menyerang sel darah seseornag. Tetapi "Dengue Shock
> Syndrome" yang dialami oleh Anis teleh menyerang keseluriuhan organ
> dalaman badan Anis dan menyebabkan pendarahan yang banyak. 
> Menurut doctor mereka sedang membuat kajian mengenai virus ini. Oleh
> kerana itu doctor ingin mendaptkan sample dari tubuh Anis untuk mengkaji ,
> virus apakah yang sebenarnya telah mengorbankan Anis. Ini kerana sebelum
> ini ada seorang pesakit ayng berjaya dirawat dengan kaedah yang sama
> digunakan ke atas Anis. Dan anak itu selamat hidup sehingga kini setelah
> terlantari 14 hari di ICU. Doktor ingin mndapatkan sedikit tisu organ
> badannya untuk dibuat kajian ..apakah yang sebenarnya yang dapat
> menyelamatkan pesakit ini. 
> Tetapi malangnya kedua ibubapanya enggan memberikan kerjasama dengan tidak
> memberikan kebenaran doctor berbuat demikian. Maka doctor tidak dapat
> mengesan apakah sebenarnya antibody yang telah menyelamatkan nyawa
> anaknya. Bagi saya kalaulah dengan mengambil sedikit sample dari tubuh
> Anis , doctor boleh manjalankan kajian dan seterusnya dapat mencari vaksin
> untuk merawat penyakit ini , saya merasa bangga sekurang kurang seorang
> anak saya terkorban tetapi ramai lagi kanak-kanak lain yang dapat
> diselamatkan.Waullahualam..
> Peringatan buat Semua Ibubapa. Jika anak anda demam melebihi sehari
> bawalah terus ke hospital.....Begitulah bahayanya penyakit denggi.  Hanya
> kerana Seekor Nyamuk Aedes , anak saya terkorban. Nyamuk Aedes menyerang
> pada waktu pagi dan hampir senja. Berhati-hatilah. Aedes juga tidak
> membiak ditempat yang kotor, tetapi ditempat yang bersih. 
> Walaupun pengalaman ini pahit dan sukar untuk diterima..namun saya
> terpaksa meneruskan kehidupan ini kerana yang pergi tetap pergi..tapi saya
> masih ada 2 orang anak lagi yang perlu diberikan perhatian. Semoga
> pengalaman saya ini boleh dijadikan panduan pada anda semua.
> Saya juga berterima kasih terutama kepada kakitangan Unit Rawatan Rapi
> (PICU) , Institut Pediatrik , Hospital Kuala Lumpur yang telah bertungkus
> lumus menyelamatkan nyawa anak saya , Wad KK2 dan PHDW .  Mereka telah
> berusaha bersungguh-sungguh , namun Allah lebih menyayangi ANIS SABRINA.
> Dia telah dipinjamkan kepada saya selama 8 bulan sahaja. Saya puas kerana
> dapat menhabiskan masa dihujung-hujung hayatnya. Selamat Jalan anak
> mama...ANIS SABRINA........(yang bermakna "teman setia dan sabar)... 
> kisah yang paling menyayat hati yang ditulis oleh seorang ibu diatas
> pemergian bayinya yang tersayang. 
> 

---------------------------------------------------------------------
>> Mau kirim bunga hari ini ? Klik, http://www.indokado.com/
>> Info balita, http://www.balita-anda.com
>> Stop berlangganan, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke