*********************** No virus was detected in the attachment no filename No virus was detected in the attachment no filename
Your mail has been scanned by InterScan. ***********-*********** cuma mo nanya aja nih... gimana caranya kita tau bahwa kita gak menikah karna gak berjodoh, bukan karna terlalu pemilih misalnya, waktu ibu2 msh pada single, trus ada pria yg datang melamar si pria ini pengangguran, pemabok, sudah punya istri dan suka pukulin istrinya apa masih diterima tuh lamarannya?? trus, kalo misalnya seumur hidup memang hanya satu pria ini yg melamar, apakah wanita tersebut masuk dalam kategori "tidak menikah karena takdirnya begitu" atau "tidak menikah krn terlalu pilih2" karena kesannya, wanita yg gak nikah itu sangat sangat sangat rugi padahal, kayaknya mendingan hidup melajang drpd punya suami pemabok dan tukang pukul deh *jadi mikir* ----- Original Message ----- From: Irman Ard To: balita-anda@balita-anda.com Sent: Friday, July 27, 2007 10:10 AM Subject: [balita-anda] OOT - Wanita Yang Menolak Perkahwinan Bismillahirrohmanirrohiim Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh *Wanita Yang Menolak Perkahwinan* Sepertimana yang diberitakan terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah karena memandang perkahwinan sebagai satu beban yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak. Justru itu ada yang lebih rela sendiri walaupun pada hakikatnya, ia tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan karena terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerja masing-masing. Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mau kahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin karena tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan karena sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkawin tetapi menolak dengan alasan-alasan seperti mana yang disebutkan di atas tadi. Perkembangan tentang wanita yang tidak ingin berkawin bukan saja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan saja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkawinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkawin dianggap jelek. Menyerupai para pendeta Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkawin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak dibandingkan dengan lelaki. Karena umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "*Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah/martabat dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki*." Sekiranya seorang wanita itu tidak berkawin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada tempat yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkawin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami. Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkawin bahwa ia akan diberi pahala seperti pahala *jihad fisabilillah* (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah karena mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah salallahu 'alaihi wasalam di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah salallahu 'alaihi wasalam : "*Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan*. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami. http://www.darulnuman.com/mhikmah/kahwin.html Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh