*Antara Ramadhan dan Syawal** *

* *

* Ku bertanya pada diri ini *

* apakah arti menyambut Syawal *

* jika dalam Ramadhan daku terleka *

* gagal merebut rahmat yang melimpah *

* alpa dengan kesenangan dunia *

* ***

*Antara Ramadhan dan Syawal *

* penuh rahmat penuh berkat *

* perginya Ramadhan *

* kenapakah aku girang? *

* adakah kerana datangnya Syawal *

* bersama aku menyambut kemenangan *

* benarkah aku sudah menang? *

* layak kah aku mendabik dada *

* lantang menyahut takbir yang bergema *

* tanda Syawal sudah menjelma *

* padahal *

* ***

*Ramadhan yang akan pergi *

* tidak ku kesali *

* layak kah aku berpakaian baru *

* sedangkan tiada pasti pakaian aku *

* di sana nanti mungkin dari api *

* layak kah aku menikmati juadah *

* sedangkan tiada pasti makanan aku *

* di sana nanti mungkin dari duri *

* sadar ku mungkin terlambat *

* *

* *

*Ramadhan sudah pergi *

* dan aku pasti menanti *

* selagi belum tertutup pintu taubat *

* penuh tekad penuh janji *

* sabar menunggu Ramadhan kembali *

* moga bertemu bulan seribu rahmat *

* agar boleh ku kecapi *

* arti sebenar menyambut Syawal *

* ** ~~~~~~~ ***
--
Have you visited my blog today?
http://andriesalima.multiply.com

Kirim email ke