-Ali bin Abi Talib r.a berkata :  

 

      "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan
Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi
lalu berkata: Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat
yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S.yang tidak  diberikan
kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'  

      Lalu Rasullullah S.A.W.bersabda: 

'Silahkan bertanya.'   Berkata orang Yahudi:'Silahkan terangkan kepada kami
tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'  

      Sabda Rasullullah S.A.W.:'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari,
maka  bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah
saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu
adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,maka setiap mukmin yang
bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada
Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.  

      Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para
Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini
kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan
di situ sujudnya tiap orang kafir.' Setelah orang Yahudi mendengar
penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa
yang kamu katakan itu Muhammad,  katakanlah kepada kami apakah pahala yang
akan didapati oleh orang yang sembahyang.

      Rasullullah S.A.W bersabda:  

      'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,
sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang
mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api
neraka Jahanam pada hari Kiamat.'  

      Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat
di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan
sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'  

      Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan,
sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima.  

      Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian
meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'Sabda Rasullullah
S.A.W. : 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap
dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam
malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah
S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk
menyeberangi titi sirath.'  

      Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang
mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah,
diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:  

      1. Dibebaskan dari api neraka.  

      2. Dibebaskan dari nifaq.  

      Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka
mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(S.A.W).  Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T.
mewajibkan  puasa 30 hari ke atas umatmu?'.  

      Sabda Rasullullah S.A.W.:  

      'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang,lalu makanan itu
tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S.selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T.
mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari.  

      Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah
S.W.T. kepada makhlukNya.'  

       Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari
puasa itu.'  

      Sabda Rasullullah S.A.W.:

'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah
S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:  

      1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya(daging yang
tumbuh dengan makanan yang haram).  

      2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.  

      3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.  

      4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.  

      5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).  

      6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk
menyeberang titian sirath.  

      7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'  

 Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan
kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'  

      Sabda Rasullullah S.A.W.:

'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi
saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada
umat saya di hari kiamat).'  

      Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini
kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan
Allah).'  

      "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah  berita
gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)  

      Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing
masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK
MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.  

      Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"  

      Maka jawabnya Rasulullah saw,"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'."  

      Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas  SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.  

      Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapidebu itu ialah
debu.  

      KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui
titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang
melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah pelayan Ku dan
hamba-hambaKu.  

      Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang
mayatnya  TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati :  

      1. Para Nabi  

      2. Para Ahli Jihad  

      3. Para Alim Ulama  

      4. Para Syuhada  

      5. Para Penghafal Al Quran  

      6. Imam atau Pemimpin yang Adil  

      7. Tukang Azan  

      8. Wanita yang mati kelahiran/beranak  

      9. Orang mati dibunuh atau dianiaya  

      10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.  

      Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw:  

      Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan :  

      Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.
Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah
buahan syurga.  

      Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh,lalu mereka semua datang dengan membawa  dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang  penuh
dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat  banyak
melebihi daun-daun kayu dibumi.  

      Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu
kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di
dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :  

      "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."  

      * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu  yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."  Surah
Al-Baqarah : 237

 

 

Best Regards,

Liana Saufika Fitri

 

<<image001.jpg>>

Kirim email ke