AYER KEROH - Padah merakam adegan anak perempuannya sedang mandi, seorang
pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh
Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki rakaman video
lucah.
Hukuman itu diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap tertuduh
yang berusia 40 tahun selepas mengangguk faham dan mengaku bersalah
pertuduhan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memiliki sebuah telefon bimbit
jenis Sony Ericson W5801 yang mengandungi rakaman video lucah di sebuah
rumah di Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar kira-kira jam 2.30 pagi pada 24
Januari lalu.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, isteri tertuduh mengambil telefon
bimbit milik tertuduh daripada anak lelaki mereka berusia empat tahun,
kemudian mendapati terdapat rakaman video anak perempuan mereka berusia 12
tahun sedang berkemban sambil menggosok gigi untuk mandi.
Sebelum ini, isterinya juga pernah melihat rakaman anak perempuan mereka
itu sedang tidur tetapi dipadam tertuduh, bimbang perkara lebih buruk
berlaku wanita berkenaan membuat laporan polis.
Peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah
supaya menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya yang telah insaf.
"Tertuduh hanya bekerja kilang dengan pendapatan kurang RM1,000 dan perlu
menanggung anak serta ibu bapa, saya memohon supaya mahkamah menjatuhkan
hukuman rendah terhadapnya," katanya.
Bagaimanapun, Nabilah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai
pengajaran selain mengambil kira faktor tindakan tidak bermoral dilakukan
tertuduh terhadap anak sendiri.
Selepas mendengar rayuan dan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan,
Syajaratudur kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam hari
dari tarikh ditangkap pada 5 Februari lalu dan denda RM1,400 atau tiga
bulan penjara jika gagal membayar denda. SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 2/12/2014 11:46:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.