TUMPAT - Seorang remaja berusia 17 tahun dirogol seorang kenalan yang
dikenali di laman sosial selepas diajak keluar dan dibawa ke rumah lelaki
tersebut di Kampung Geting di sini.
Lebih malang, remaja itu juga turut dirogol bergilir-gilir lebih lima
lelaki merupakan rakan teman lelakinya yang baru dikenali di laman sosial
itu.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, remaja
terbabit mengenali lelaki itu yang dikenali Edi sejak awal Februari ini
menerusi laman sosial.
Bagaimanapun, katanya pada Jumaat lalu, remaja terbabit telah keluar dari
rumahnya pada jam 11.30 malam di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa,
Kota Bharu setelah dijemput Edi.
"Edi membawa mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Geting menaiki motosikal.
"Setibanya di rumah tersebut, Edi telah menarik tangan mangsa masuk ke
dalam bilik lalu merogolnya," katanya.
Menurutnya, remaja terbabit mendengar suara orang di dalam rumah tetapi Edi
memberitahu itu suara abangnya.
"Kemudian beberapa lelaki telah masuk dan merogol mangsa bergilir-gilir.
"Dua daripada mereka mencekik leher mangsa apabila mangsa cuba melepaskan
diri," katanya.
Zaharudin berkata, keesokan paginya Edi menghantar mangsa pulang ke rumah
di Pangkalan Chepa.
Katanya, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan
menahan lima suspek berusia 16 tahun hingga 20 tahun dan direman tujuh hari
berakhir 22 Februari ini.
"Manakala lima lagi suspek termasuk Edi sedang diburu polis.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,"
katanya. - SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 2/17/2014 05:09:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.