Baling: Tindakan seorang murid lelaki berusia sembilan tahun yang didakwa
mengancam mahu merogol seorang guru wanita menerusi khidmat pesanan ringkas
(SMS) pada Khamis lalu, disifatkan sebagai perbuatan nakal berikutan
kanak-kanak itu dipercayai tidak memahami maksud perkataan berkenaan.
Pengarah Pendidikan Kedah Datuk Mansor Lat berkata, siasatan awal berhubung
kejadian sudah dijalankan oleh wakil Jabatan Pendidikan negeri dengan
menemui murid tahun tiga terbabit untuk mengetahui punca dia berbuat
demikian.
Menurutnya, berdasarkan maklumat, murid berkenaan mempunyai pencapaian
akademik yang baik dan bukan seorang bermasalah.
"Guru yang mengajar murid berkenaan sejak di tahun dua mendapati murid
terbabit tidak memahami maksud perkataan (rogol) yang ditulis kepada
gurunya itu.
"Pihak Jabatan Pendidikan akan mengadakan pertemuan antara murid itu dan
kedua ibu bapanya serta guru terbabit dalam masa terdekat.
"Murid berkenaan akan diberikan sesi kaunseling dan pada masa sama kita
berharap kejadian itu dapat diselesaikan dengan cara baik," katanya ketika
dihubungi, di sini, semalam.
Sementara itu, cubaan wartawan Harian Metro untuk menemui pengurusan
sekolah tidak berjaya apabila dihalang masuk ke dalam kawasan sekolah yang
terletak di Parit Panjang.
Dalam pada itu, sumber berkata, murid lelaki terbabit tidak memahami maksud
sebenar perkataan 'rogol' yang dihantarnya kepada seorang guru perempuan
menerusi SMS berkenaan.
"Murid itu menggunakan telefon bimbit ibunya dan ibunya juga tidak
menyedari perbuatan anaknya melakukan kesalahan berkenaan," katanya. - HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 2/18/2014 05:31:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.