Ampang: Seorang abang sanggup menjadikan dua adik perempuannya sebagai
hamba seksnya di rumah mereka di Taman Ukay Bistari.
Malah lelaki berusia 30-an itu turut mengugut kedua-dua adiknya itu yang
berusia 20-an supaya tidak menceritakan perbuatan terkutuknya setiap kali
merogol mereka jika tidak mahu dibelasah lebih teruk.
Dalam kejadian terbaru Ahad lalu, mangsa bersama kakaknya yang sedang tidur
di dalam bilik sekali lagi didatangi abang mereka sebelum lelaki itu
bertindak memperkosa kedua-dua mereka.
Lelaki itu dipercayai merogol adiknya seorang demi seorang di bilik tidur
berasingan.
Mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti itu akhirnya nekad membuat
laporan polis, kelmarin.
Sumber berkata, ketika mangsa cuba menjerit meminta tolong, suspek yang
berang terus menampar muka mangsa beberapa kali sebelum membelasahnya.
"Selepas puas memperkosa mangsa, suspek mengugut supaya mereka tidak
menceritakan perkara itu kepada sesiapa sebelum dia keluar dari rumah,"
katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan
Abdullah mengesahkan kejadian itu dan suspek sudah ditahan di kediamannya
kira-kira jam 3 pagi kelmarin.
Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes
disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 2/20/2014 04:23:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.