London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk
pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama
enam jam.
Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan
penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.
Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan
sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan
pihak berkuasa.
Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak
menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela
penyerang.
Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes
dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan
segera.
"Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk
seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang
muncul secara berkumpulan," katanya.
Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan
daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa
penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.
Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil
tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki
Asia yang menyerang remaja kulit putih.
"Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale
dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,"
katanya.
Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak
dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.
Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki
Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.
Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia.
Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi
berbangsa Inggeris.
Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan -
dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak.
Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan
latar kebudayaan yang sama.
Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan
risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.
Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar
mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu
berkenaan berpanjangan.- Agensi
--
Posted By apa tu to Says Blog on 2/23/2014 02:38:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.