Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk
mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan
tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya.
Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.
Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah
dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang
baru ketika mengadakan seks.
Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang
luar biasa di bahagian berkenaan.
Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba
mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal,
wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga.
Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata,
pasangan itu mengambil risiko yang tinggi.
"Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang
rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi
jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan
rawatan di hospital," katanya. -Agensi
--
Posted By apa tu to Says Blog on 2/28/2014 11:34:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.