Gambar Hiasan
Miri: Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta
terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar bogel
dan video bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak seminggu
lalu.
Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta
di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan
ini kerana tidak tahan sikap panas barannya.
Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan
menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel
mangsa di laman sosial.
Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit
sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang
rakan yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook.
Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun
Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut
dimuatkan ke YouTube.
"Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab
mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.
"Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan
memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan
tindakannya memutuskan hubungan mereka," katanya.
Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis
Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin. -HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 2/25/2014 08:24:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.