Lundu: Akibat percaya membuta tuli dengan orang yang tidak dikenali,
seorang janda anak tiga berdepan detik hitam apabila dirogol dua lelaki
dalam kejadian di sebuah tanah perkuburan, dekat sini, Selasa lalu.
Difahamkan, dalam kejadian jam 1 pagi itu mangsa yang berusia 39 tahun
meminta pertolongan seorang lelaki yang tidak dikenali untuk menghantarnya
ke rumah saudara di Kampung Jangkar.
Sumber polis berkata, lelaki itu bersetuju menghantar mangsa dengan menaiki
motosikal sebelum suspek bertindak luar dugaan apabila membawa wanita
terbabit ke lokasi lain sebelum berhenti di kawasan tanah perkuburan di
Kampung Biawak.
"Mangsa diugut akan dipukul dengan kayu jika enggan mengikut arahan, dan
dalam pada itu seorang lagi rakan suspek sudah menunggu di kawasan
terbabit. "Akibat takut dengan ugutan itu, mangsa terpaksa akur kemudian
dirogol kedua-dua lelaki berkenaan bergilir-gilir," katanya ketika
dihubungi, di sini, semalam.
Menurut sumber lagi, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di
bahagian dada, lengan dan paha akibat tindakan ganas dua lelaki terbabit.
Katanya, berdasarkan siasatan awal mangsa baru pulang dari rumah rakannya
sebelum bertemu dengan suspek pertama dan meminta pertolongan untuk
menghantarnya pulang ke rumah saudara berikutan sudah lewat malam.
"Pemeriksaan forensik dilakukan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sudah
mengambil beberapa sampel daripada mangsa dan mendapati tiada kecederaan
baru di bahagian kemaluan mangsa.
"Polis masih lagi mengesan kedua-dua suspek dalam kejadian itu termasuk
saksi dan tiada tangkapan dilakukan sehingga semalam," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Wong Chee
Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan
mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol. - HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 3/29/2014 05:55:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.