SHAH ALAM - Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM
yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara
rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di
sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.
Philip Wood
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan
berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang
mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini
menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik
kehilangan MH370.
"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu
banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara
ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing
sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej
Malaysia," katanya.
Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku
dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera
selepas pesawat MH370 dirampas.
'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah
diberikan dadah oleh perampas.
Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa dia dan
penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan dalam
sel yang berasingan daripada penumpang lain.
"Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur, membolehkan saya menghantar
mesej ini," tulis 'Wood'.
'Wood' yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227
penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan IBM
berpangkalan di Beijing
sejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam perjalanan pulang
selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini.
Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji, menggunakan
perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014.
Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada
yang menganggap tidak masuk akal. -SH
Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas
SHAH ALAM - Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip
Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.
Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan
seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.
"Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera
pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.
"Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang
mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di
sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan
pesawat terhempas," katanya.
Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian
berdasarkan common sense.
Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan
dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama 'Finding Philip Wood'.
"Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi
saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.
"Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan
cuba mengelirukan kami," katanya. -SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 3/30/2014 11:07:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.