BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua
keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan
kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.
Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar
sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.
Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah
terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.
"Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan
berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.
"Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut," katanya
kepada Sinar Harian.
Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya
terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang
juga kerap menggunakan jambatan.
"Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh
halang, yang penting kita kena buat biasa saja.
"Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk
halus atas jambatan, ia adalah biasa," katanya.
Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada
waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau
Pinang membuatkannya berwaspada.
"Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan
kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.
"Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan,
setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang
lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya
seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal
motor.
"Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal
kepada ALLAH SWT," katanya.
Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di
tengah jambatan adalah perkara biasa.
"Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di
kawasan mereka tinggal.
"Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang
benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil," katanya kepada Sinar Harian.
Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok
tempat.
"Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau
hantu raya ataupun toyol," katanya.
Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya
berlaku dengan izin ALLAH SWT.
"ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk
atau pada-NYA.
"Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih
kepada ALLAH," katanya.
-SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 4/02/2014 12:43:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.