BACHOK - Seorang wanita hamil tujuh bulan mendakwa menjadi mangsa rogol
lima lelaki ketika keluar bersama rakannya untuk membeli makanan di Tangok,
malam Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad
berkata, mangsa, seorang suri rumah berusia 21 tahun keluar dari rumahnya
di Kampung Kuchelong, kira- kira jam 10.30 malam untuk ke rumah rakannya di
Tangok.
Setengah jam kemudian katanya, mangsa mengajak adik kawannya ke kedai untuk
membeli makanan.
"Tiba di tengah jalan, teman lelaki adik rakannya menghalang perjalanan
mereka dan mengarahkan mereka menurutinya ke sebuah wakaf di tengah sawah
di Kampung Kuau.
"Adik rakannya dan teman lelakinya meninggalkan mangsa di wakaf itu bersama
dua lelaki lain. Salah seorang lelaki tersebut memarahi mangsa yang
menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya agar menjemputnya.
Lelaki itu kemudiannya menghubungi tiga lagi rakannya yang menunggang
motosikal," katanya.
Menurutnya, semua lelaki terbabit bergilir merogol mangsa dan mangsa hanya
dihantar berdekatan rumah rakannya kira-kira jam 4.30 pagi.
"Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tawang pada 1 April.
"Difahamkan, mangsa berkahwin dengan seorang pemandu lori yang kini berada
di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai seorang anak berusia 5 tahun," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua
suspek giat dijalankan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, pihak polis berjaya mengesan seorang
lelaki warga Bangladesh yang dipercayai diculik di Tangok pada 28 Mac lalu.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 2 petang 28 Mac lalu.
Mangsa diheret masuk ke dalam kereta oleh suspek yang tidak dikenali.
Bapa saudara mangsa yang berusia 33 tahun membuat laporan polis mengenai
kejadian itu di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi, 2 Mac.
Suspek didakwa meminta tebusan daripada keluarga mangsa di Bangladesh
sebanyak RM15,000.
Hasil maklumat, polis berjaya menemui semula mangsa di Machang dan menahan
10 suspek terlibat.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan Tangok, Berkelam. Semua
suspek dibawa ke IPD Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman. -SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 4/03/2014 06:55:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.