Saiz purata zakar normal pada ketika tegang adalah pada saiz 3.5-4 inci.
Saiz itu dianggap pendek. Tetapi sebilangan mereka rasa tidak puas,
lebih-lebih lagi kepada mereka yang bertubuh rendah dan inginkan zakar
lebih besar dan panjang. Ramai lelaki mencari petua untuk membesarkan zakar
mereka. Perlu anda ingat bahawa, jika anda tersilap memilih kaedah
membesarkan zakar, ia boleh merosak dan mematikan zakar anda!
Dibawah ini adalah kaedah-kaedah pembesaran zakar yang meragukan yang boleh
membahayakan zakar anda serta terbukti TIDAK memberikan hasil yang
diharapkan! Jangan membahayakan zakar anda dengan risiko kecederaan dan
kecacatan selain membazirkan duit dan masa anda dengan kaedah-kaedah ini:
Pam Vakum Dan Pam Air, ELAKKAN!
Pam vakum hanya mampu mengembangkan zakar anda untuk beberapa minit, bukan
membesarkannya apatah lagi memanjangkan. Alat ini tidak sesuai untuk
pelbagai keadaan. Selain itu pam diketahui boleh meninggalkan bekas, zakar
boleh melecet bahkan kadang-kadang menyebabkan rasa kebas dan membuat zakar
terasa sakit berdenyut-denyut. Pam ini mengisi zakar dengan udara. Cara ini
hanya mengembangkan zakar beberapa minit tapi tidak boleh meningkatkan
kapasiti darah di sel zakar yang sebenarnya sangat penting untuk mencapai
pembesaran kekal.
Kerugian lain alat ini berisiko untuk anda mengalami mati pucuk sementara,
berisiko melepuhkan zakar sehingga menyebabkan rasa sakit, dislokasi dan
lebam, pendarahan dari kapilari yang membengkak dan terlalu banyak usaha
yang perlu dilakukan dengan hasil minimum. Kaedah ini sememangnya tidak
berkesan langsung.
Pam air adalah satu lagi produk baru yang dicipta sebagai alternatif kepada
pam vakum yang banyak kelemahannya. Namun produk ini juga gagal untuk
berfungsi membesarkan zakar sebagaimana yang didakwa. Adakah air boleh
diguna untuk membesarkan zakar? Ia bukan sekadar melucukan tapi kesan dari
penggunaan alat ini amat membahayakan. Seperti juga pam vakum, ia akan
melecetkan kulit dan ditokok dengan rendaman zakar didalam air, kulit zakar
anda akan mengalami kerengsaan. Ada pengguna yang mencuba alat ini
mengalami kelekangan kulit zakar akibat tindakan air yang dipam dengan
kuasa hidro menghakis sel kulit dan menyebabkannya mengelupas seolah-olah
seperti melecur dan memerlukan rawatan dari pakar kulit pula.
Alat Pemberat, Cincin Zakar Dan Peregang (Extender), ELAKKAN!
Kaedah menggunakan alat pemberat dilakukan dengan cara menggantungkan
pemberat di zakar anda, setiap hari selama 20-30 minit. Pemberat itu dapat
melatih zakar tapi mempunyai beberapa kelemahan seperti menyebabkan rasa
sakit, bengkak, kebas dan silap urat di beberapa bahagian. Yang lebih
buruk, pemberat itu memotong peredaran darah kezakar sehingga boleh
menimbulkan jangkitan dan amputasi. Kaedah ini sangat berisiko dan boleh
mencederakan dan mencacatkan zakar anda.
Cincin zakar pula digunakan dengan cara menyarungkannya kepangkal zakar
untuk melambatkan pancutan mani dan mengekalkan ereksi. Pemakainya boleh
mengalami kecederaan dibahagian pangkal zakar apabila melakukan aktiviti
seksual disamping berisiko mencederakan juga bibir faraj dan kelentit
pasangannya.
Begitu juga dengan alat peregang yang dipakaikan dizakar. Alat ini bukan
sahaja menghadkan pergerakan anda, malah jika tersilap langkah boleh
mencederakan zakar sehingga otot dalaman terkoyak dan berlaku kekerasan
otot yang menyebabkan zakar menjadi bengkok (penyakit Peyronie).
Gel / Minyak / Krim Sapu, ELAKKAN!
Kebanyakan gel atau minyak dan krim yang dipasarkan untuk disapu pada zakar
bagi membesarkannya adalah sebenarnya satu pembohongan nyata dan mengarut.
Kajian menunjukkan tiada sebarang gel atau minyak mahupun krim yang boleh
membesarkan alat sulit anda. Kebanyakan produk sapuan seperti
krim 'pembesar ajaib' yang dijual semuanya mengandungi bahan-bahan dan
ramuan kimia yang boleh membahayakan zakar anda. Penggunaan krim seperti
ini bukan saja tidak mampu membesarkan zakar malah ia menipiskan lagi kulit
zakar anda yang boleh membawa kesan buruk seperti mati pucuk dan ejakulasi
pra-matang untuk tempoh jangka panjang.
Pil / Ubat Kuat, ELAKKAN!
Bolehkah pil pembesar zakar membesarkan zakar anda dengan sendirinya?
Tentu saja tidak! Pil Pembesar Zakar hanya mampu membuatkan ereksi zakar
anda sedikit keras tetapi bukan membesarkannya. Syarikat pil biasanya
memberikan anda program latihan asas dan sebenarnya latihan itulah yang
dapat membesarkan zakar anda, bukan pilnya. Malangnya, program latihan itu
ditulis dengan sangat buruk, kurang terperinci dan sangat tidak berkesan.
Ya, kita tahu beberapa bahan herba yang digunakan untuk meramuankan pil
tersebut mungkin dapat membantu anda meningkatkan aliran darah dan mungkin
membuat ereksi anda sedikit lebih keras, tapi apakah ini kekal? Tidak
mungkin!
Simpan wang anda, jangan bazirkannya untuk sebotol pil yang sama sekali
tidak boleh membantu membesarkan zakar anda. Jika anda memutuskan untuk
cuba menggunakan pil sama ertinya anda menghamburkan wang anda.
Apa risiko pil dan seumpamanya ini?
Ubat-ubat kuat dan sebagainya mengandungi bahan yang berbahaya bagi
kesihatan, pada beberapa kes boleh menyebabkan kematian!
Suntikan /Operasi / Pembedahan, ELAKKAN!
Ada lelaki menggunakan khidmat tukang urut atau tabib untuk membesarkan
alat kelaminnya dengan cara suntikan. Tabib atau tukang urut yang memberi
khidmat ini melakukannya dengan menyuntik bawah kulit zakar dengan minyak
cendana atau minyak bunga hingga menyebabkan keseluruhan zakar mengalami
radang. Memang benar zakar menjadi besar, tapi ia tidak berfungsi.
Akibatnya mangsa terpaksa pula membelanja ribuan ringgit untuk menjalani
pembedahan pemulihan yang akan 'membantutkan' lagi zakar mereka!
Selain suntikan, banyak lelaki menggunakan kaedah salah dengan melakukan
pembedahan kemudian menyedari bahawa mereka telah menghabiskan banyak wang
tetapi berisiko tinggi dan hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Untuk
melakukan kaedah ini pula memerlukan belanja yang bukan sedikit.
Operasi ini biasanya dilakukan dengan cara menambah lemak atau sejenis
hormon ke zakar dan menggantungkan beban seberat 15 paun agar lemak tidak
naik kembali ke bahagian perut. Boleh terjadi impotensi kekal jika berlaku
kesalahan dalam operasi. Hal inilah yang menyebabkan para lelaki menjauhi
cara operasi ini.
Kaedah-kaedah diatas dikenalpasti tidak memberikan kesan yang dikehendaki
disamping membahayakan zakar anda baik secara luaran mahupun dalaman.
Elakkan dari menggunakan kaedah-kaedah tersebut demi kesihatan dan juga
keselamatan nyawa kedua (zakar) anda!
--
Posted By apa tu to Says Blog on 4/13/2014 08:55:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.