Kuala Lumpur: Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya 'hymenoplasti' makin popular di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.

Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazimnya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami. Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin.

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.

Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.




--
Posted By apa tu to Says Blog on 4/13/2014 06:22:00 pm

--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis: http://groups.google.com/group/gudangmedia Blog: http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
  http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
  http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
  http://pendek.in/0xn7
-
--- Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.

Kirim email ke