Kota Bharu: Seorang pelatih pusat latihan penerbangan, Asia Pacific Flight
Training (APFT) nyaris maut apabila pesawat ringan yang dinaiki terhempas
di kawasan lapang berdekatan Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, di sini.
Kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari tadi menyebabkan M Shankar,
20, parah kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki sebelum
dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), di sini.
Difahamkan, mangsa sedang menjalani latihan penerbangan seorang diri dengan
memandu pesawat ringan jenis Piper Warrior.
Bagaimanapun dia dipercayai gagal mengawal pesawat itu selepas mengesan
kerosakan pada enjin sebelum pesawat itu menjunam.
Beberapa penduduk turut mendakwa enjin pesawat itu sudah berhenti, sebelum
ia terhempas di kawasan berkenaan. -HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 4/28/2014 07:22:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.